14

28 4 0
                                    

Arslan dan keluarganya cuba untuk menghadam kisah Izabel. Mereka seakan-akan tidak percaya bahawa Izabel merupakan seorang puteri diraja. Aisha dan Ibu sedari tadi menangis mendengar kisah itu. Ibu menyesal kerana dulu bertempik kepada Izabel hanya kerana dia berasal dari Kota Belista. Dia juga sudah boleh menerima kematian suaminya.


Suasana sepi seketika sebelum Yousuf datang berlari melintasi mereka dan keluar ikut pintu hadapan. Dua pengawal Izabel yang berdiri di luar rumah terkejut melihat anak kecil yang muncul entah dari mana itu. Arslan segera bangkit, keluar mengejar anak kecil itu. Izabel sempat memerhatikan Yousuf yang comel melintasi di hadapannya. Mukanya mirip Arslan. Anak kecil itu juga berteriak memanggilnya 'Abi'.


'Bodohnya aku kerana sedikit berharap,' hati kecilnya bersuara.


"Izabel, kalian mesti penat kan berjalan jauh? Aku nak siapkan ubat untuk Ibu dan sediakan hidangan untuk kau. Kau pergilah berbual dulu dengan Arslan," Aisha meminta diri. Dia tahu, pasti ada banyak perkara yang ingin Izabel ceritakan kepada Arslan. Dan dia juga tahu, adiknya itu juga pasti mempunyai banyak persoalan yang terbuku di dalam hatinya.


Izabel mengangguk dan mencari Arslan di luar. Arslan sedang mendukung Yousuf yang leka bermain dengan sekuntum bunga di tangannya. Barangkali dipetik dari pohon bunga yang ditanam di tepi rumah itu.


"Comel. Berapa umurnya?"


"Hampir masuk lima tahun. Yousuf namanya."


Suasana sepi seketika.


"Izabel." Arslan mula bersuara. "Aku minta maaf sebab sekali pun aku tak pernah keluar cari kau. Aku tak boleh tinggalkan keluarga aku. Lagi-lagi ibuku yang sakit. Setiap hari, aku akan tertanya-tanya nasib kau di ibu kota. Aku cuba juga untuk bertanya berita, tapi tak ada satu pun berita tentang kau."


Izabel menarik senyumnya, manis. "Tak apa, Arslan. Aku yang minta kau untuk tak cari aku. Ada benda yang perlu aku uruskan sendiri. Aku yang bawa diri aku ke dalam masalah dan aku sendiri yang kena selesaikannya. Bukan semua puteri kena ada putera pahlawan macam kau," Izabel separuh bercanda.


"Keluarga kau tak kisah kau datang sini?"


"Mula-mula keluargaku agak keberatan. Tapi aku berjaya yakinkan mereka."


"Erm... macam mana pula dengan suami kau? Atau tunang? Atau kekasih?"


"Aku tak ada semua tu. Sibuk uruskan pentadbiran kerajaan. Tapi sekarang aku dah berhenti, mungkin aku boleh mulakan kehidupan baru di sini." Izabel tertawa kecil.


Jantung Arslan sedikit berdegup melihat tawa itu. Izabel memang cantik beginikah sebelum ini?


"Aku nak rasa semula apa yang aku pernah rasa dulu sewaktu tinggal di Kota Zaiden. Nak cari pekerjaan baru, rumah baru, sahabat baru, dan mungkin mulakan keluarga di sini. Aku rasa Allah itu Maha Penyayang. Dia berikan aku ujian yang berat, tapi dalam masa yang sama berikan aku rahmat yang banyak. Aku nak kenal Tuhan dengan lebih mendalam. Aku harap aku boleh temukan semua itu." Bicara Izabel terhenti apabila Yousuf merengek mahu menunjukkan bunga di tangannya kepada ibunya.

"Ibunya mana? Sejak aku datang tadi, tak nampak pun."

Teduhan Langit di Kota ZaidenWhere stories live. Discover now