BAB 46

6.4K 314 35
                                    

PEDANG di tangan Alynna tilik, dia sedang menunggu anak buahnya membuat persiapan akhir untuk menghadapi perang besar. Tipulah dia tidak cemas. Dadanya sedari tadi sesak.

"Icy... Semua, dah sedia" tegur Wiz. Alynna memandang lelaki itu dan membetulkan kedudukannya di atas superbike.

"Then, let's go... Goodluck semua, please... Survive" ucap Alynna sebelum menyarung topi keledarnya.

Dia keluar daripada kawasan mansion diikuti Black Phoenix. Pada kali ini, semua turun padang kecuali perempuan yang menguruskan hal perubatan. Alynna memandang jalan menuju ke sebuah lapangan, jauh daripada bandar.

Nafasnya ditarik dan dihembus dengan perlahan. Macam-macam bermain di fikirannya, sehinggakan dia berfikir untuk berpatah balik. Namun, dibatalkan niatnya itu apabila bayangan Black Angel, Zulaikha, ibu dan ayahnya serta Asy terlintas di fikiran.

Beberapa ketika, mereka tiba di lapangan yang dijanjikan. Tempat itu jauh daripada bandar dan juga sedikit dalam ke dalam hutan. Kelihatan Fire Tiger sudah menunggu, dengan Zaff berpeluk tubuh di bahagian hadapan.

Alynna turun daripada superbike nya, langkah di atur berhadapan dengan Zaff. Beberapa meter menjarakkan mereka.

"Kau datang rupanya..." sinis Zaff.

"Kau fikir aku pengecut, macam kau ke?" bidas Alynna turut sinis. Wajah mengejek dipaparkan. "Wow... Mulut kau berbisa ya?" Zaff memandang Alynna tajam.

"Semestinya..."

Zaff dan Alynna saling bertukar pandangan sinis.

"Dan... Aku datang bukan sebab aku nak balas dendam pada kau... If you come for revenge, I come for them"

"Fight!!!"

BANG!

Dengan bunyi tembakan itu saja, cukup untuk membuat dua kumpulan itu menyerang satu sama lain.

Alynna menarik keluar pisau rambo yang terselit di pinggangnya dan cuba menikam Zaff. Lelaki itu pantas mengelak, dan membalas dengan tumbukan di wajah.

Suasana ketika itu huru hara, lapangan yang asalnya cukup cantik untuk melihat bintang. Kini tercemar dengan darah.

Alynna menyepak lutut Zaff sehingga lelaki itu tersungkur, baru saja dia ingin memijak Zaff terlebih dahulu mencengkam kakinya dan menariknya sehingga terlentang. Dia mengeraskan badan apabila Zaff cuba menariknya, kemudian tangannya memegang kaki salah seorang ahli Fire Tiger dan menolaknya ke arah si ketua.

Keduanya jatuh ke tanah, Alynna segera bangun dan berlari sedikit jauh daripada manusia lain. Dia benci bersesak. Zaff mengejar dia, dan melepaskan tembakan. Alynna terselamat, dia membalas dengan balingan syukiren miliknya.

"Argh!"

Salah satu daripada syuriken itu mengenai lengan Zaff. Darah mengalir keluar daripada luka itu. "Sial" pedang di pinggangnya akhirnya di tarik keluar. Alynna turut mengacu pedang miliknya, pedang warisan Black Phoenix.

SHRING!

KTANG!

SRING!

BANG!

Mereka saling berbalas serangan, menunjukkan kekuatan masing-masing. Alynna mahupun Zaff, keduanya tidak mahu kalah. Luka yang sudah memenuhi tubuh diendahkan, rasa sakit nya turut hilang.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now