B A B 6

6K 331 12
                                    

ALYNNA berdiri di barisan hadapan pasukannya, di hadapannya ada seorang remaja lelaki. Dia tidak dapat mengecam siapa kerana lelaki itu bertopeng, tapi dia seperti pernah lihat fizikal si lelaki.

Alynna turut memakai topeng, menutup wajahnya. Hanya mata yang terlihat. Parutnya di mata samar-samar kelihatan. "Bertudung, means you're girl.. The new leader ha?" sinis lelaki itu.

"So what? Apa kau fikir lelaki aja boleh angkat senjata? Girl can too, but not all of them want to" balas Alynna turut sinis.

"Cukup sembang kencang, tunggu apa lagi?"

BANG!

Satu tembakan nyaris mengenai Alynna, tetapi gadis itu sempat mengelak. Dia membalas tembakan itu, "put weapon down! Fight me like a man!" cabar Alynna.

Senjata disimpan, mereka mulai bertumbuk. Satu sepakan dari Alynna mengenai kepala lelaki itu, dan dibalas dengan tumbukan di pipinya. Alynna terlentang, tetapi dia pantas memusingkan tubuhnya di lantai sehingga lelaki itu turut jatuh kerana kaki yang disadung Alynna.

Lelaki itu mengeluarkan pisau dari celah boot yang dipakai. Dia cuba menikam Alynna tetapi gadis itu mengelak dan turut mengeluarkan pisau rambo.

Kini mereka bermain pisau, cuba menikam satu sama lain. Tetapi hanya mendapat calar sahaja. Keduanya setanding. Sama kuat. Sama hebat.

"Not bad"

"Same to you"

Mereka memuji sinis. 'Nasib pedang aku dalam peti besi, kalau tak dah lama aku pancung!' desis Alynna.

"Special for you!"

PANG!!

Satu penampar hinggap di pipi lelaki itu. Alynna tersenyum sinis.

" Kau! "

BANG!

BANG!!

Kini mereka berbalas tembakan. Seperti tiada penghujung pergaduhan mereka itu.

____________

"Hesh kau ni, diri tu tak reti nak jaga ke? Tak nampak badan kau yang calar balar ni?! Lebamnya lagi!"

Alynna pulang saja dari villa, Naura memainkan peranannya sebagai fake mummy. Sudah setengah jam Alynna menadah telinga mendengar rakannya itu membebel. Irene dan Iris juga terpaksa menadah telinga, kalau lari nanti mereka diheret ke mari juga.


"Yelah, yelah! Aku tak buat dah" Alynna mengalah jua. Malas dia menadah telinga lagi. Silap hari bulan berdarah telinga nya.
"

Hm.. Ha dah siap!" Naura menyudahkan balutan di lengan Alynna akibat terkena pisau.

"Thanks" kata Alynna ringkas. "Pergi lah tidur.. Kang lewat lagi kita esok, tak sanggup aku" kata Iris.

"Okay, night girls"

Mereka berlalu ke bilik masing-masing. Alynna masuk ke biliknya dan mengunci pintu. Mindanya ligat memutarkan kejadian tadi. Semasa topeng yang dipakai lelaki yang berlawan dengannya tertanggal. Sekaligus mendedahkan wajahnya.

'He is... Rayqal?! Wow!'

Ya! Lelaki itu adalah Rayqal!

Alynna sungguh terkejut, tetapi dia cuba sorokkan. Dan dia tersangat berharap yang Rayqal tidak mengecam dia. Apabila diingat semula, suara lelaki itu juga sama seperti Rayqal. Begitu juga fizikalnya!

"Jangan-jangan... Yang back up dia tu... Danish, Qayyum dan Harrez?" Alynna mencapai telefonnya.

To : Wiz
Wiz, aku nak kau siasat siapa yang berlawan dengan aku tu. Check sekali siapa yang back up dia.

Terus dia mematikan telefon.

TOK TOK TOK!

"Al.. Boleh aku masuk?" kedengaran suara Irene memanggil. "Masuklah, aku tahu kau ada kunci" kata Alynna.

Ktak!

Pintu biliknya terbuka dan Irene melangkah masuk. Dia melabuhkan punggung di sebelah Alynna. "Ada apa kau masuk bilik aku malam-malam buta ni?" tanya Alynna.

"Apa yang kau risaukan?" tanya Irene jujur, dia malas ingin berkias-kias. Mudah. Terus kepada tajuk. Alynna diam. Tidak berkata apa-apa. "Kau boleh tipu orang lain, Lyn.. Tapi bukan aku" sambung Irene tenang.

Alynna mengeluh, "luka dekat badan aku ni... Luka aku berlawan dengan seorang lelaki" Irene diam.

"That guy is... Rayqal" Irene terkejut. Membulat matanya memandang Alynna. "Macam mana kau tahu?"

"Topeng dia tercabut kena rentap dengan anak buah aku, aku takut dia cam aku lah weh..." luah Alynna. Bagaimana dia hendak menghadap jejaka itu pagi esok?

"Kau pakai mask?" Alynna mengangguk. "Lense? "

" Yang warna kelabu" jawab Alynna. Sengaja dia memakai pelekap mata tadi. "Mungkin susah nak kenal kau, lagi-lagi kalau dia bukan jenis yang peka semua benda" kata Irene yakin. Alynna memandang gadis itu lama.

"Kau yakin?"

"Hey, ini Irene lah.. Mestilah" Irene menepuk dadanya beberapa kali. "Okaylah macam tu.." Alynna mengukir senyuman nipis. Kurang sikit gelisah hatinya.

"Aku masuk tidur dulu... Esok act normal aja" ucap Irene sebelum dia berlalu ke biliknya. Alynna melepaskan nafas lega, dan merebahkan diri ke katil.

'Mimpi indah'

_________

"Nanti kau orang balik ajalah dulu, tak payah tunggu aku.." kata Alynna.

Mereka sedang menjamah makanan di kafe pada waktu rehat. Sambil itu mata meliar ke sekeliling. "Kenapa?" tanya Iris ingin tahu. Tetapi dapat ketukan di kepala oleh Naura.

"Budak ni, mulut penuh jangan bercakap!" Iris tersengih. "Aku nak singgah rumah mama" jawab Alynna. Mee sup kegemarannya disuap ke dalam mulut.

"Oh.. Okay lah " Black Angel mengangguk akur. "Wei.. Tengok tu" Irene menunjukkan ke suatu arah.

Atau lebih tepat, ke arah White Devil dan sotong miang- maaf, Pink Divaz sedang bergelak ketawa bersama.

"Sotong tu kena sampuk ke apa? Mengilai kalah kak langsuir" kutuk Iris, seram dia mendengar hilaian Pink Divaz. Tegak bulu roma!

"Biarkan lah dia orang, jom.. Masuk kelas" ajak Alynna seraya berdiri. Mangkuk kosong diletakkan di tempat sepatutnya. Black Angel melangkah menuju ke pintu kafe, tiba-tiba saja telinga mereka menangkap sesuatu.

"Tengok, singa betina lah weh! Hahahaha!"

Mereka menjeling ke arah White Devil yang mengejek. Malas ingin menimbulkan kekecohan, langkah diatur keluar."Dasar pendatang, mujur aku malas gaduh hari ni" kata Naura, geram saja mahu menyumbat mulut Danish dengan cili padi, cili api, lada bengala.

Semua jenis lada dan cili lah dia mahu sumbat ke dalam mulut lelaki itu! Biar bengkak mulut tu berbulan.

"Biasalah.. Nama pun setan" kata Iris selamba. Dia memang menggelar White Devil sebagi setan. Setan bertopengkan manusia.

Alynna hanya menggeleng mendengar kutukan buat White Devil itu. Dia malas ingin join sekaki. Lebih baik dia tidak berjumpa dengan Rayqal buat sementara waktu. Memang malapetaka lah jika Rayqal mengecam dia. Silap hari bulan, kecoh sekolah yang dia seorang ketua mafia berpengaruh.

Silap haribulan juga, dia boleh dihumban ke juvana!

BERSAMBUNG :

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now