BAB 38

4.8K 274 2
                                    

PANG!

Kepala Alynna terteleng ke kanan gara-gara di tampar Asy, pipinya mulai terasa pijar dan kebas. "Aku dah cakap, keep it secret!" tengking Asy kuat. Alynna hanya mampu menunduk, tidak berani melawan pandangan setajam mata pisau milik Asy.

"Kau tahu tak, hanya disebabkan rahsia kau pecah... Seluruh Black Phoenix boleh dihumban ke dalam penjara tahu? Mungkin ada yang ke tali gantung terus! Dan salah seorangnya adalah kau!"

Asy menolak bahu Alynna kasar, gadis itu terdorong beberapa tapak ke belakang.

"Kau memang nak bunuh semua orang ke?" Asy menyoal berang.

"B-But, it's not my-"

PANG!

Alynna terkedu, pipi kiri yang belum reda kebasnya telah ditambah dengan rasa pijar di pipi kanan. Air mata bertakung, mulut tiba-tiba terasa besi. Bibirnya pecah. Semua nya berlaku kerana hal ketika kelas tambahan pagi tadi.

FLASHBACK

Alynna menyanyi kecil lagu Tonight, sambil menunggu rakan-rakannya makan. Rayqal sedari tadi memerhatinya, namun tidak diendahkan.

"Kau kenapa, Lyn?"

Rayqal menyoal. "Kenapa apa?", tanya Alynna kembali. "Kau senyap, kau buat hal kau sendiri dan kau tak makan.. It's not usually for you", jelas Rayqal.

Alynna menggeleng, "aku okay, cuma aku kenyang" kata Alynna. Rayqal memandangnya curiga sebelum berlalu membasuh tangan.

Tiba-tiba -

Bang!

Bang!

Dua das tembakan bergema di dataran terbuka itu, membuatkan para pelajar tingkatan lima bertempiaran lari.

Black Angel dan White Devil berdiri akibat terkejut, mereka berpandangan dan terus menyorok di dalam sebuah stor di bahagian depan blok itu.

"Icy, Shadow! Keluar!"

Alynna terkelu, dia kenal suara ini!

'Zaff! What are he doing here?'

"Jangan malu Shadow, Icy.. Kata kawan?" kata Zaff sinis. "Kau orang fikir kau boleh menyorok daripada aku? Bodoh!" Pintu stor itu ditendang daripada luar, Iris dan Irene segera menjauhi pintu itu.

"Found you!"

Zaff mencengkam rambut Alynna daripada luar tudung dan menariknya keluar.

"Argh! Sakit!"

"Alynna!"

Rayqal keluar daripada tempat persembunyiannya. Dia menatap wajah Zaff penuh amarah.

"Keluar pun kau Shadow" kata Zaff mengejek. "Kau nak apa kacau sekolah aku ha, syaitan!" jerkah Rayqal lantang. Wajah kesakitan Alynna dipandang, membuatkan amarahnya memuncak.

"Kenapa? Marah? Sebab aku datang sekolah kau, atau sebab betina ni hm?"

Rahang Alynna dicengkam, membuatkan gadis itu berdecit sakit.

"Kau jangan sentuh dialah sial!" tengking Rayqal kuat, dia ingin mendekati tetapi dia tidak berani.

Ada beberapa orang sharp shooter Fire Tiger di koridor tingkat atas, mungkin saja selangkah dia mendekati. Alynna atau dia sendiri akan mati.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now