B A B 12

5.5K 327 7
                                    

PANDANGAN para pelajar Alynna endahkan, blazernya ditanggalkan sebelum diikat di pinggang.

Sudah agak dia akan menjadi perhatian hari ini. Mungkin kerana dua sebab, dia mengaum SIKIT hari ni dan disebabkan dia memakai penutup mata di mata kiri.

Air kotak oren disedutnya perlahan, kafe itu sunyi sepi. Bunyi sudu berlaga juga hampir tidak kedengaran. Betapa gerunnya para pelajar pada Alynna.

"Alyn"

Dia mengangkat muka, White Devil di hadapan mata di pandang. "Aku nak ucap terima kasih sebab balik dan.... Aku jujur, aku kagum dengan kau" kata Rayqal.

Alynna memandang lama mata jejaka itu, mencari keikhlasan dalam katanya. "Kau mampu tundukkan mereka, dengan hanya sekali pandang... Tapi kita orang, nak tercabut anak tekak menjerit pun tak ada seorang layan" sambung Danish.

"Kau memang hebat, ciri-ciri kau memang mengagumkan" puji Qayyum.

"Terima kasih atas pujian kau" kata Alynna.

"Aku ingat... Aku nak tamatkan 'perang' ni.. Kau setuju?" cadang Rayqal. "Aku.... setuju" ucap Alynna, sungguh. Dia rasa seperti tidak matang. Bergaduh hanya kerana hal kecil.

"So... Friends?"

"Friends"

_________

Black Angel memandang Alynna dengan wajah tidak percaya. Like seriously? Ketua mereka tamatkan perang dengan sendiri nya!

"Kau demam eh, Alyn?" soal Iris, dahi Alynna disentuh.

"Aku rasa wayar otak kau ni dah putus lah, kena libas dek si Lay tu.. Tapi kau kena dekat mata, bukan kepala" kata Naura, dagunya dipegang cara berfikir.

"Mengarutlah kau orang ni, apa salahnya perang tamat" kata Irene. Mister potato di tangannya disumbat ke dalam mulut. "Entah.. Aku rasa macam tak matang, bergaduh hanya sebab benda kecil" ucap Alynna, dia memandang televisyen.

"Akhirnya! Kawan aku dah besar!"

"Aku memang dah besar, kau je yang tak besar-besar"

Alynna membalas kata Iris, lalu tersenyum mengejek. "Hey! Tinggi-tinggi jangan main eh!" bentak Iris geram. Tahulah dia rendah, janganlah persendakan!

"Hahaha!" pecah tawa mereka melihat wajah merah Iris.

" Eeii!! Korang ni!! "

SKIP

"Ra! Aku keluar tau! Sebelum maghrib aku balik!" laung Alynna, dia menyarung sneakers miliknya dan melangkah mendekati superbike nya.

"Ha yelah!"

Mendengar sahutan Naura, motorsikal berkuasa tinggi itu pantas dihidupkan dan memecut pergi. Hanya satu tempat dia ingin tuju, rumah arwah Danish.

Rumah itu telah kosong kerana keluarga Danish berpindah ke Johor. Dan kuncinya diserahkan kepada Alynna. Sampai sahaja, dia pantas turun dan membuka pintu pagar rumah banglo setingkat itu.

Dia menolak masuk superbike nya ke dalam. Lalu pintu pagar itu ditutup. Dia menuju ke laman belakang, di sana ada sebuah rumah pokok. Tempat kedua dia dan arwah sahabat-sahabatnya melepak.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now