BAB 33

4.7K 295 6
                                    

PAGI sudah menjelang, ketika itu juga Alynna baru saja menyudahkan solat subuhnya.

Telekung dilipat kemas sebelum dimasukkan ke dalam beg sandang, kemudian beg itu diletakkan di sebelah pintu bilik. Bersama sebuah bagasi beroda, hari ini dia akan terbang ke Itali.

Sudah tiba masanya untuk Alynna dilantik sebagai ketua Black Phoenix yang rasmi. Jika dulu dia hanya menjaga kawasan-kawasan di Malaysia, namun kini seluruh Asia Tenggara akan dikawal oleh Alynna. Dan tanggungjawab akan menjadi lebih berat, musuh daripada seluruh dunia menumpukan perhatian kepadanya.

Bahaya? Ya, namun demi amanah dia sanggup.

"Okay... Jom!"

Alynna menolak keluar kedua-dua begnya itu, menuju ke ruang tamu. Black Angel sudah menunggu untuk menghantarnya ke airport. "Okay jom! Lambat pula nanti" ajak Alynna, senyuman terukir di bibirnya.

"Okay jom"

Empat sahabat itu masuk ke dalam kereta milik Naura, kereta itu keluar daripada kawasan rumah menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

"Kau jaga diri dekat sana, jangan skip makan.. Kau tu bukan boleh kira sangat" bebel Naura daripada tempat duduk pemandu. Alynna di sebelahnya hanya pasrah menadah telinga.

"Kenapa kau mesti dilantik?" soal Iris. "Sebab abang dah nak nikah" jawab Alynna selamba. "Aih? Nikah tak boleh jadi ketua mafia ke?" soal Irene pula, pelik. "Tak adalah.. Boleh je, cuma aku tak nak lah rumah tangga abang aku tu hancur disebabkan perkara ni" jawab Alynna tenang.

"Habis hidup kau?"

Soalan Naura berjaya mendiamkan Alynna daripada terus menjawab. Sungguh, dia langsung tidak memikirkan tentang dirinya sendiri. Motifnya hanya kerana Asy.

"Hidup aku? Biar je lah" kata Alynna selepas mendiamkan diri. "Kau nak biar hidup kau hancur macam tu je? Alyn, kita ni baru budak sekolah tau? Baru nak masuk Uni!" bebel Naura. "I can handle it girls.. Janganlah risau sangat" kata Alynna.

Mereka tiba di lapangan terbang setelah satu jam. Dan Xander, Hayden dan Wiz juga sudah terpacak di hadapan pintu menunggu ketua mereka itu.

"Hey! Maaf lambat"

Alynna mengeluarkan begnya, kemudian berpelukan dengan Black Angel lainnya. "Kau orang sepanjang aku tak ada jangan nak merayau sangat eh, apa-apa inform je aku" pesan Alynna.

"Ya... Dah pergi! Lambat nanti" halau Irene.

"Tahulah, sabar..." Alynna melangkah ke arah tiga orang kanannya itu, bagasi diheret.

"Italy, here I come!"

_________

Bumi Itali itu dipandang lama, akhirnya Alynna selamat tiba di sana. Xander, Hayden dan Wiz setia di sisi, mereka turut memandang ke sekeliling. Sudah lama tidak ke negara ini.

"Icy... Kereta dah tiba"

Seorang lelaki yakni anak buahnya menegur, Alynna mengangguk. Dia melangkah keluar daripada airport itu menuju ke sebuah kereta alphard diikuti tiga orang kanannya.

"Icy... Do you excited?" soal Hayden, lelaki itu mengambil tempat duduk. "No" jawab Alynna sepatah. "Habis tu? Kau rasa apa?" soal Xander ingin tahu. "Aku? Hm... Aku tak tahu, aku rasa biasa je" jawab Alynna tenang.

"Kau tahu? Masa Asy nak kena lantik dulu, muka dia pucat lesi! Macam nak mati pun ada" cerita Wiz.

Mereka berempat tergelak, tetapi Alynna ketawa perlahan. Takkanlah mahu mengilai? Jatuh maruah sebagai seorang anak dara dan ketua mafia.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now