BAB 34

4.5K 270 1
                                    

QURAN ditutup dan di simpan di rak, Rayqal mengalihkan pandangannya ke balkoni bilik. Terdetik rasa hairan di hatinya apabila melihat tiada kelibat Alynna di balkoni bilik gadis itu seperti kebiasaannya.

"Biasanya jam-jam macam ni minah tu ada tercongok dekat situ" gumam Rayqal.

Dia melangkah keluar ke balkoni, pandangan dilemparkan seketika ke bilik Alynna sebelum mendongak memandang langit. "Sah lah... Kau ni Qal... Kau dah jatuh hati dengan dia..." rungut Rayqal perlahan. Senyuman terukir di bibirnya, kepala digelengkan perlahan.

"Kau dah jampi apa dekat aku ni, Alyn?"

________

ALYNNA melangkah sambil memandang sekeliling, menikmati pemandangan negara bernama Itali itu. Sengaja dia berjalan-jalan di sana, kerana esok dia sudah perlu pulang ke Malaysia. Mana boleh ponteng lama-lama, trial SPM dah nak dekat.

"Alyn, tengok ni!"

Tangan Alynna ditarik masuk ke dalam satu kedai cenderamata. Xander, Wiz dan Hayden juga mengikutnya sedari tadi, selepas dipaksa Alynna dan diugut Asy.

"Wah..."

Rambang mata Alynna melihat aksesori di situ, seperti rantai, gelang, cincin mahupun loket.

"Yang ni sesuai untuk kau!" Hayden menunjukkan seutas rantai cincin.

"Tak yang ni!" Wiz menghulurkan sebentuk cincin perak. "No!" bantah Xander, dia menunjuk seutas gelang berbuahkan bentuk hati. "Yang ni lagi cantiklah" Wiz mempertahankan cincinnya. "Nope, aku punya lagi cantik!" kata Hayden pula.

"Woah, no way!!"

Berbalah lah tiga lelaki itu, Alynna memandang mereka pelik.

'Dah kenapa mamat-mamat ni? Tiba-tiba je' desisnya.

Alynna menilik jam di situ, hatinya terpaut pada G-Shock couple set. Keduanya berwarna putih emas.

"Sudah-sudah lah tu, aku nak jam ni.. Hay bayarkan, nah duit" Alynna menunjukkan jam itu. Beberapa keping not Itali diberi kepada Hayden. Dia melangkah keluar daripada kedai tersebut, Wiz dan Xander setia mengekorinya.

"Nak ke mana pula ni?" soal Wiz ingin tahu. "Entah lah, kita balik je lah" ajak Alynna. "Okay" Xander bersetuju. Hayden yang baru keluar daripada kedai itu ditarik bersama menuju ke kereta mereka.

"Jap!"

Alynna menahan langkah mereka daripada mendekati kereta itu, entah kenapa dia tidak sedap hati.

"Why, Alyn?" soal Xander pelik.

"Tak... Aku rasa tak sedap hati dengan kereta ni" luahnya.

"Perasa-"

BOOM!!

Tiba-tiba saja kereta itu meletup kuat, membuatkan empat mafia itu melayang ke belakang.

"Aduh!"

Mereka mengaduh sakit, orang di sekeliling memandang ke arah mereka terkejut. Alynna bangun, dia menggosok belakang kepalanya yang terasa sakit.

"Kau orang okay?" tiga orang kanannya itu disoal.

"Okay"

Alynna memandang sekeliling, sebelum tertancap pada seorang lelaki masuk ke dalam sebuah lorong. Di tangannya terdapat tatu harimau.

"Fire Tiger"

Dia pantas mengejar lelaki bertatu itu. "Alynna!" panggilan Xander tidak diendahkan. "Wiz, Xander! Kau orang kejar dia biar aku tunggu sini" arah Hayden pantas. Xander dan Wiz mengangguk lalu mengejar Alynna.

"Gotcha!" Alynna merentap kolar baju lelaki itu kuat sehingga terlentang.

"Who sent you here?" tengkingnya kuat.

Namun lelaki itu hanya tersenyum sinis, "you know who sent me".

"Fire Tiger right?! Answer me!!" dada orang asing itu dipijak kuat.

" Icy!! "

Xander menarik Alynna menjauhi lelaki itu manakala Wiz menahan, jika dibiarkan dia risau ada yang mati sebentar lagi.

"I'm just want to say, keep your eyes on your friends and Asy"

Alynna mengetap gigi, amarahnya membuak-buak. Tangan direntap daripada dipegang Xander. "What do you say?"

" Zaff really excited to destroy your life... Just like you destroy his life "

"Bila masa aku buat hidup dia musnah ha?" jerkah Alynna kuat. Buku limanya hinggap di wajah lelaki asing itu. Geram!

"Sabar, Icy... Mati mamat ni nanti" pujuk Xander gelabah.

"Suruh budak-budak terbaik kita jaga Black Angel... Aku takkan biarkan dia sentuh abang atau kawan-kawan aku"

________

Kerana dendam...
Semuanya akan punah...

Kerana dendam...
Persahabatan yang terjalin akan terputus...

Kerana dendam...
Kebahagian itu diragut kejam...

Kerana apabila dendam menguasai diri...
Pertumpahan darah akan berlaku...

Tangisan...
Jeritan...
Semuanya dikuasai amarah!

Kerana DENDAM itu juga...
Sejarah hitam akan berulang kembali...

Ia akan menjadi lebih teruk...
Satu-persatu akan diragut...

Nyawa...
Kepercayaan...
Kebahagiaan...
Dan cinta....

Bersedialah...

BERSAMBUNG :

Yo!!

Aku tahu chapternya agak hambar...

Aku tak ada mood.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now