B A B 11

5.7K 335 2
                                    

ALYNNA terkebil-kebil memandang siling bilik, masa hampir menginjak subuh tapi dia tidak boleh tidur.

"Ray..." tiba-tiba terlintas nama si sahabat di fikirannya.

"Dah lama aku tak cakap... I miss you, right?" senyuman kelat terukir di bibirnya. Pandangan matanya bertukar redup.

"Minggu depan aku kena bergaya lanun lah... Macam first aku jumpa kau dulu?" Alynna berkata perlahan. Nafas dihela perlahan. Bukan mengeluh, tetapi dadanya terasa sesak saat berbicara.

Sebelum ke Itali aku ada jumpa mama and Yana tau, mama dengan Yana sihat aja" ucapnya. Mata ditutup perlahan. "Masalah kembali datang Ray... Maybe akan ada perang epik nanti... Perang yang aku kena hadap sendiri, tanpa kau... Tanpa yang lain"

Detak jantungnya bertukar rentak apabila membayang situasi tersebut. Takut. Ya dia takut.

"Aku takut Ray.. Aku tak nak hilang orang yang aku sayang lagi..." luah Alynna. "Anak Rayden datang membalas dendam... Black Angel, aku memperketatkan kawalan ke atas mereka... Dan kau tahu? Musuh pengawas aku ialah adik kepada Lay"

"Rayqal... Luke Rayqal... Kenapa nama dia mesti lebih kurang dengan kau eh?" Alynna cuba menghiburkan hati sendiri.

"Dia mafia.. Aku mafia.. White Devil are mafia too!"

"Makin bertambah lah mafia dekat sekolah tu... Aku haraplah dia orang tak cam aku" ucap Alynna.

"I miss you guys... Night.."

_________

Pagi itu, selepas Black Angel dan Asy bersarapan mereka terus menuju ke rumah banglo Asy di Itali. Ingin berjumpa Mak Kiah.

"Assalamualaikum! Mak Kiah!" Alynna terus menyerbu masuk, walaupun jalan macam orang tempang tetap dia paling laju.

"Waalaikumsalam. Ya Allah, Lyn! Apa nak jadi dengan kamu ni? Berbalut sana sini, nak jadi mumia ke?" Mak Kiah mengucap panjang melihat keadaan Alynna.

"Alah.. Mak Kiah, biasalah.. Kita ketua mafia kan?" balas Alynna selamba. Tetapi mendapat habuan daripada wanita itu.

"Au! Sakit Mak Kiah..." telingannya yang berlapik tudung di pegang. Perit siot!

"Ini mafia kamu!"

"Au! Sakit Mak Kiah!"

Asy dan Black Angel tergelak melihat Alynna yang merengek sakit. Kata ketua mafia, kena tarik telinga dah menjerit macam ke apa!

"Aduh..." akhirnya telinga gadis itu dilepaskan.

"Hahahahahah!" tawa mereka pecah.

__________

White Devil menggaru kepala yang tidak gatal. Dewan yang huru hara itu di pandang, puas mereka menyuruh pelajar-pelajar itu diam namun makin bising ada lah.

"Aduh... Macam manalah minah-minah tu handle beruk sesat ni?" ucap Danish berang.

"Diam! Tak reti bahasa ke?" tempik Qayyum.

"Alah... You ni jangan lah marah-marah" ucap seorang pelajar tingkatan lima. Gedik. "Eei! Geli!" balas jejaka itu, dia melarikan diri ke belakang Rayqal.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now