BAB 14

5.3K 333 14
                                    

PINTU bilik di tutup rapat lalu dikunci, tubuh Alynna rebahkan ke atas katil empuknya. Telefon Rayyan yang disorok di bawah bantal di ambil. Dia sudah mengecas baterinya jadi telefon itu menyala.


Password Rayyan dibuka. Wallpaper home screen di pandang lama. Gambar mereka berdua ketika bermain di pantai. Senyuman tipis terukir. "Macam-macam lah kau, Ray..."


Semua aplikasi di dalam telefon itu digelodah Alynna. Lagi-lagi galeri, terdapat banyak gambar candid Alynna. "Bila masa pulak dia ambil gambar aku ni?" senyuman tipis bertukar menjadi senyuman manis.


Hatinya berbunga-bunga, tetapi dalam masa yang sama sedih kerana si pemilik sudah tiada bersamanya. Tiba di satu video, Alynna terus menekannya. Susuk tubuh Rayyan terpampang di skrin telefon itu.


"Hey Alynna"

Rayyan menyapa seolah-olah jejaka itu berada di hadapannya. Mengundang rasa sebak gadis itu.

"Actually... Aku nak minta maaf banyak-banyak dekat kau, aku banyak menyusahkan kau..."

"Lagi tiga hari kita nak perang, jadi... Aku rakam video ni, sebab aku takut aku tak sempat nak terus terang dengan kau"

Alynna menekup mulutnya, cuba menahan tangisan.

"Dah lama aku nak beritahu sebenarnya... Aku... Suka kau... Aku suka kau! I like you Alynna"

"Mungkin perasaan aku tidak dapat dibalas.. Oh yeah... Aku ada jumpa satu lagu ni, lagu lama tapi perfect lah dengan apa aku nak beritahu dekat kau ni"

"Kau dengar eh?"

Di dalam video itu, Rayyan memulai petikan guitar.

"Hanya satu pinta ku,
untukmu dan hidupmu,
Baik-baik sayang,
Ada aku untuk mu"

_________

Rayqal melangkah masuk ke dalam mansion Scorpio Thunder di Malaysia. Wajahnya beku tidak berperasaan.

"Bos"

Si anak buah menunduk hormat. "Any info?" soal Rayqal, dia mengambil tempat di sofa. "Black Phoenix serang tempat kita di Itali, Lay.. Teruk juga dia cedera, kedua bahu dia ditembak orang kanan Icy"


Rayqal mengangguk faham. Tidak terdetik rasa risau akan abangnya di Itali itu, sudah biasa lelaki itu ditembak. "Kita buat serang balas. Malam ni. Now" arah Rayqal.


"Baik bos!"

Semua yang mendengar terus bergerak, membuat persiapan. Rayqal pula melangkah menuju ke bilik khas White Devil. Dia melangkah masuk dan menutup pintu, matanya tajam memandang gambar dia dan seorang remaja lelaki seumuran dengannya.


"Hey... Alex, perang dah tak lama"

S K I P

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now