BAB 36

4.8K 259 4
                                    

SENYUMAN manis terukir melihat jari manis Zulaikha telah dihiasi sebentuk cincin.

"Congrats Kak Ikha!"

Alynna memegang erat tangan Zulaikha, gembira kerana wanita itu menjadi bakal kakak iparnya. "Thank you Aisy" Zulaikha membalas.

"Hehe... Tak sabarnya tunggu dua bulan lagi!" kata Alynna ceria. Hari yang paling bermakna buat abangnya akan tiba. "Eh, akak yang nak kahwin Aisy yang excited" sakat Zulaikha. Alynna tersengih.

"Okaylah, mama dah tunggu.. Aisy balik dulu, esok jumpa lagi" kata Alynna.

Dia melambai Zulaikha sebelum melangkah ke kereta keluarga angkatnya itu. Pn. Sri Ayana dan suaminya yang menguruskan pertunangan Asy dan Zulaikha.

"Lyn ada nak singgah mana-mana?" soal Pn. Sri Ayana. "Tak ada, terus balik je" jawab Alynna, dia menongkat dagu di tingkap. Kereta-kereta di luar di pandang, entah kenapa dia terasa tidak sedap hati.

Bagaikan ada sesuatu akan terjadi.

"Okay, dah sampai"

Alynna memandang keluar, sudah tiba di rumah banglo Asy. "Terima kasih, mama papa.. Bye Yana!" Pn. Sri Ayana di salam dan pipi Ryana dikucup pantas sebelum dia keluar.

"Assalamualaikum, abang!"

Belum sempat Alynna membuka pintu, pintu utama itu sudah terbuka daripada dalam.

"Eo? Hayden? Gwenchanaya? (Kau okay? )" soal Alynna dalam bahasa Korea sebaik saja melihat wajah lesu Hayden.

"Nae.. Masuklah"

Alynna melangkah masuk ke dalam rumah, terlopong dia melihat bekas maggi cup yang sudah kosong bersepah!

"What the heck?"

"Oh.. Aisy"

Asy mengangkat tangannya, dia sedang berbaring di sofa.

"Dah kenapa bersepah ni? Bekas maggi merata, baju kotor bersepah... Eeuw!! Boxer siapa ni?"

Hayden pantas menyambar miliknya itu dan berlari ke bilik. Asy terkekek ketawa melihat rakannya itu.

Alynna menggeleng, dia menuju ke dapur dan mengambil penyapu. Lalu ruang tamu itu disapu. "Angkat barang-barang yang nak, Aisy nak sapu ni.. Cepat!" arah Alynna tegas. Asy lambat-lambat mencapai harta bendanya dan Hayden lalu diletak di atas meja.

"Jangan letak situ. Pergi hantar dalam bilik"

Mahu tidak mahu abangnya itu melangkah juga ke biliknya. Alynna mengeluh perlahan, "hish... Ini kalau dengan ibu ni mesti kena bebel sehari semalam".

Alynna tersenyum nipis, teringat akan kenangan bersama arwah ibunya. Kerja menyapu diteruskan sehingga ruang tamu itu bersih.

"Done! Sekarang..." kata-kata Alynna terhenti. "Jap, jap... Xander mana eh? Aku tak nampak pula mamat tu" gumam Alynna.

"Argh!! Dah fresh!"

Alynna memandang Wiz yang baru turun dengan pandangan, 'kau apahal? '.

"Eh hey, Ice.. Morning" kata Wiz ceria. "Kepala otak kau morning, dah nak afternoon bodoh" terkulat-kulat lelaki itu apabila dimaki Alynna.

"Alah.. Relax ah", kata Wiz. "Xander mana? Aku tak nampak dia pun" soal Alynna, dia mengeluarkan bahan masakan. "Entah, dah dua hari dia hilang... Kita orang call tak angkat" adu Wiz, dia duduk di meja 'pulau'.

"Hilang? Pelik... Kalau dia nak pergi mana-mana mesti dia beritahu aku dulu" kata Alynna hairan.

Tok! Tok! Tok!

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now