Part 37

83.6K 3.6K 127
                                    

Pintu balkoni dibuka lalu dia menapak ke arahku yang sedang berdiri tegak mengambil angin malam.

Tanganku ditarik merapati badannya lalu dipeluk kemas pinggangku. Hidungnya digeselkan ke hidungku.

"Sayang.. abang takut nak tinggal awak sorang-sorang kat sini." dahinya dan dahiku bersentuhan. Aku cuma mendiamkan diri. Aku tak boleh pergi ikut Airil buat lawatan ke Perak.

Daddy tak bagi kebenaran untuk aku ikut sebab takut apa-apa jadi dekat aku. Hm.

"Saya okay lah.. Lagipun dekat sini ada mummy, daddy. Amran pun ada sekali." aku ukir senyum nipis untuk menyenangkan hatinya. Hakikatnya, aku pun tengah runsing sekarang ni.

Mia ada kan best. Macam mana lah dia sekarang ni ya?

"Abang arahkan Mary untuk jaga sayang boleh?"

"Kenapa nak susahkan dia? Saya boleh jaga diri. Kenapa? Abang tak percaya saya boleh jaga diri saya sendiri? Ab.."

Bibirku dicium. Aku mencebik.

"Tak penat ke, hm?" keningnya diangkat. Dia menarik badanku erat ke dalam pelukannya. Lama dia diam tidak bersuara. Hanya memeluk tubuhku. Angin sempoi sempoi menyapa pipiku.

"Jaga diri tau? Jaga anak kita." katanya perlahan. Aku memukul lembut badannya.

"Abang jangan la cakap macam abang tak akan balik sini lagi." aku membalas pelukannya. Aku sembamkan kepala pada bahunya. Mata dipejam, cuba merasakan kehangatan badannya.

"Jom masuk, tak elok duduk luar ni lama-lama." dia senyum ke arahku kemudian tanganku ditarik ke dalam bilik. Pintu balkoni ditutup lalu dia menapak ke luar bilik.

Haih..

Aku terjaga daripada tidurku lalu tempat di sebelahku dipandang. Kosong, Airil takde.

Aku duduk bersandar sambil mengusap-usap perutku yang sudah membesar. Sudah tidak lama lagi.

"Aik? Kenapa belum tidur ni? Terjaga ke?" soalnya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik lalu melangkah ke arahku. Dia juga turut duduk bersandar di sebelahku. Tangan kirinya mengenggam erat tangan kananku.

"Abang.. wajib ke pergi sana?" drastik Airil berpaling sambil tersenyum. "Abang pergi sana ada kerja, lagipun dua hari je. Dah rindu ke apa ni?" dia senyum nakal. Aku menggeleng.

"Tak, cuma.."

"Cuma apa?"

"Tak tahu."

Aku berbaring sambil berbantalkan pehanya. Rambutku diusap lembut. Kami diam, masing-masing sedang melayan perasaan sendiri mungkin.

"Jangan risau, takde apa yang akan jadi la. Abang janji." hidungku dicuit. Aku bangun perlahan-lahan merapatinya. Pinggangnya aku peluk kemas lalu kepalaku sembamkan di dadanya.

"Goodnight."

SEPERTI biasa, aku menyediakan sarapan pagi untuk anak diraja yang masih lagi tidur dekat dalam bilik. Malam tadi entah dia buat apa.

Buah anggur disusun elok ke dalam pinggan.

"Buat apa ni?" Airil menahan kedua tangannya pada kabinet dapur. Aku tersekat di tengah-tengah. Ish, saja je.

Aku memusingkan badanku menghadapnya. "Morning." senyuman paling manis aku hadiahkan untuknya. "Morning too." balasnya.

Mukanya dirapatkan ke mukaku. Lantas aku mengambil buah anggur di dalam pinggan lalu disumbatkan ke dalam mulutnya. "Jangan nak menggatal." larangku. Dia hanya mengukir senyum.

"Nah." sebuah kotak kecil berwarna pink dihulurkan kepadaku. Kotak itu kini bertukar tangan. Aku mendongak, melihat reaksi wajahnya. "Buka." aku perhati semula kotak tadi lalu dibuka perlahan-lahan.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now