Part 12

115K 4.8K 517
                                    

Aku turun ke bawah dan mataku fokus kepada 3 orang manusia yang tengah main game di depan tv. Dia kata tetamu special? Special apanya kalau hari-hari dah jumpa si Amran dengan Azri ni. Mana Airil berada, di situ mereka berada. Cewah.

"Aisyaaa, buatkan air untuk kitaorang eh? Pastu apa-apa makanan yang ada bak je lah sini. Kami lapo belum makan." pinta Azri dengan matanya yang masih fokus pada kaca tv itu. Aku ke dapur, jus oren di dalam peti aku ambil dan menuangnya ke dalam jug. Biskut chipsmore, oreo dan juga beberapa potong kek cheese aku letakkan ke dalam piring lalu menapak ke ruang tamu.

Dulang aku letakkan ke atas meja di belakang mereka. "Tu je yang ada, makan je lah seadanya." kataku. Di antara mereka bertiga, tiada seorang pun yang berpaling termasuklah Airil. Sampai hati dia buat tak endah je dekat aku?!

Malas mahu menghadap mereka, aku keluar dari muka pintu rumah ini lalu duduk di atas buaian yang ada di sebelah kiri, tidak jauh daripada pintu. Airil buat macam aku tak wujud je tadi. Aku mencebik sendiri apabila memikirkan semula bagaimana dia langsung tidak memandangku.

Ah! Nak merajuk.

Aku mengeluarkan telefonku dari hoodie dan membuka pelbagai jenis aplikasi bagi menghilangkan rasa bosan. Buaian bergerak sedikit menandakan ada orang duduk di sebelahku. "Kenapa duduk luar sorang-sorang?" soal Airil. Aku memeluk tubuh tanpa menjawab pertanyaannya. Airil merapatiku lalu mengusap lembut pipiku.

"Kenapa ni sayang? Tell me." soalnya lagi. Aku menarik muka dan menggeleng sahaja. Airil mula mengenggam tanganku. "Pergi la sana, main game." perliku. Airil ketawa memerhatikan aku yang sedang cemberut. "Tak lawak la, sana." aku menarik tanganku daripada genggamannya. Airil mengangkat kedua tangannya dan mula berdiri di hadapanku.

"Okay, aku masuk dulu." katanya.

"Sampainya hati!" kakiku hentak ke buaian. Airil berpusing semula sambil gelak sakan kepadaku. "Dah tak merajuk lagi kan sayang? Jom kita masuk, aku nak sambung main." dia menarik tanganku agar mengikutinya.

"Game tu penting kan?" soalku dengan muka masam. Airil memberhentikan langkahnya dan menarik badanku ke badannya. Pinggangku dipeluk erat lalu hidungnya digeselkan ke hidungku.

"Ermmmm, yes." jawabnya.

"Awakkkkk!" bentakku. Airil ketawa lagi. Suka la tu mainkan aku. Tangannya pula naik di kepalaku lalu diusap lembut. "Tak ada apa yang lebih penting melainkan kau ada kat depan aku la sayang. Sensitif sangat ni kenapa?" katanya lembut.

Okey harini saja dah berapa kali aku cair dengan kata-kata dia ni.

"Tapi awak tak layan saya pun. Awak tak pandang saya pun." kataku. Airil mengemaskan pelukannya di pinggangku lalu dahiku dicium sekilas. Dia tidak berkata apa-apa, malahan memandangku lama dengan mata yang penuh dengan maksud tersirat.

"Kenapa pandang saya macam tu?" soalku.

"Dah tadi kata saya tak pandang awak pun, sekarang saya nak pandang awak puas-puas ni." jawabnya.

Suka mainkan hati aku.

Aku terpandang bayang Mary di luar pagar dan kembali memandang Airil. Kenapa Mary datang sini? Tak puas ganggu aku dekat rumah Mummy, nak ganggu rumah tangga aku dekat sini pulak ke?

Aku terus memeluk Airil dan Airil membalas pelukanku. "Okey saya janji taknak merajuk dah. Jom masuk dalam." kataku sambil melepaskan semula pelukanku. Aku saja, tak sedap lah nak bermanja tapi ada orang tengok. Nanti kata aku tunjukkan kebahagiaan pulak.

Erm.

Kami pun masuk ke dalam sambil berpegangan tangan. Aku kerling ke belakang melihat Mary sedang menghentakkan kedua kakinya. Ya Allah, hentak kaki pun nampak gedik la. Aish.

Aku duduk di sofa manakala Airil di sebelahku yang sedang melihat Amran dan Azri bermain gamenya. Aku pelik lah, kenapa Mary datang tadi? Macam mana dia tahu kat mana kondo Airil? Setahu aku, Airil tak pernah lagi ajak dia datang sini.

Melainkan..

"Tadi Mary datang." kataku memecahkan kesunyian. Ketiga-tiga mereka terus memandang ke arahku dengan muka yang serius. Seram pulak rasa. Airil merapatiku, game yang dimain tadi di pause terlebih dahulu.

Ceh.

"Mana kau tahu?" soal Airil. Aku berpaling pula ke arahnya. "Tadi masa kita kat luar." sambungku lagi. Amran dan Azri sedang memikirkan sesuatu, Airil pula mendiamkan dirinya sendiri.

"Ril, aku rasa diorang dah ambik first step lah." tungkas Azri. Sampai sekarang aku masih tak tahu dengan diorang punya plan. Yang aku tahu, diorang cuma nak jauhkan Mary daripada aku. Tapi kenapa?

Sepanjang aku kenal Mary, segedik gedik dia pun takde pulak dia sakitkan aku. Cuma sakitkan hati aku tu ada la. Bila ingat balik ni rasa cam nak hempuk-hempuk je dengan kuali Mummy haritu. Nasib aku ini masih ada akal yang waras.

"Takpe, kita tengok dulu permainan dia." kata Airil lalu memandangku dan kembali memandang Amran dan Azri di bawah. "Okey, jom kita main game balik! Turn aku pulak." sambungnya lagi dan turut duduk di atas karpet bersama dengan mereka.

Whatt?! Ee, benci.

Selesai segala kerja, Amran dan Azri akhirnya pulang. Bukan aku tak suka, tapi dalam rumah ni dah macam zoo dah bila diorang bergabung. Nasiblah Airil pilih rumah jauh daripada rumah orang lain, takde la orang ingat sebelah rumah dia tu zoo negara.

Eh.

"Buatkan air kopi untuk aku ya? Lepastu hantar dekat pejabat aku dekat hujung belah kanan." arahnya lalu berlalu naik ke atas. Aku pula ke dapur untuk membuatkan air untuknya dan naik ke atas ke pejabatnya di dalam rumah ini.

Kira cam tu office kedua dia la selain dekat hotel.

"Nah." aku hulurkan gelas kepadanya yang sedang mengurut kepala. Aku menapak ke arahnya dan memandangnya. "Awak okey?" soalku. Airil tersenyum nipis lalu menarik tanganku agar duduk di atas ribanya. Aku akur.

"Okey." jawabnya sepatah. Aku mengalihkan pandangan di atas meja kerjanya yang bertimbun dengan kertas-kertas kerjanya dan juga sebuah laptop yang masih menyala. Kemudian, aku berpaling ke arahnya semula.

"Meh saya urut kepala awak." pintaku. Airil mengangguk dan aku mula mengurut kepalanya perlahan-lahan. Lama aku memerhati wajahnya yang kelihatan seperti kepenatan itu. Dia penat buat kerja ke penat main game tadi? Haa.

Hidungnya aku cium sekilas, entah mana aku dapat keberanian tu. Airil yang tadinya memejam mata kini membuka matanya dan memandangku. Pinggangku dipeluk olehnya, senyuman terukir di bibirnya.

"Pandai sekarang, siapa ajar ni?" soalnya.

"Awak." jawabku lalu menghadiahkan senyuman ke arahnya.

"Jom kita tidur, kesian awak." aku terkelip-kelip memandangnya. Airil menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Angkat aku dulu." pintanya serta tersenyum nakal. Aku memukul dadanya.

"Awak berat lah, saya tak larat."

"Belum cuba belum tahu la sayang."

"Ee, mengada."

Baru saja aku ingin bangun, tubuhku dicempung olehnya. Aku memeluk lehernya lalu berpaling ke arahnya yang sedang tersenyum.

"Nak ke syurga sekali lagi tak?" soalnya. Aku hanya mengangguk polos, Airil sudah tersenyum lebar. Lama itu, baru aku perasan makna di sebalik ayatnya itu.

"Taknak!"

"Nak la."

"Taknak. Taknak."

"Mana boleh tolak dah."

"Saya taknak la."

"Taknak masuk syurga, dahtu nak masuk neraka ke? Ayokk tak baik."

"Ee jahatlah." aku memukul bahunya.

Airil ketawa sakan sambil melangkah ke bilik. Nasib dia tak cakap apa-apa lepastu. Dia suruh aku tidur je sebab dia kata dia penat.

Fuh, rasa nak gugur jantung ni.











































Maaf typo. 🙆

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now