Part 25

95K 3.9K 372
                                    

"Sekarang kita nak pergi mana ni?" kami masih lagi berjalan-jalan di kawasan kampung ini. Tenang dan aman suasana pada pagi ini, tidak seperti di bandar yang sentiasa sibuk dengan kenderaan lalu lalang.

"Kita pergi mandi dekat air terjun."

"Betul ke?!" Airil mengangguk dan terus menarikku ke tempatnya. Kelihatan dari jauh wajah Amran dan Azri yang sedang berebut joran. Aku kerling ke arah Airil, geng-geng mafia yang childish. Tapi handsome semua.

Hehe.

"Banyak ikan korang dapat?" soal Airil lalu memandang baldi yang penuh dengan air tapi tiada seekor ikan pun di dalamnya.

"Tadi banyak, ni ha budak mata sepet ni cuah semua air aku. Habis ikan takde." Azri menyekeh kepala Amran sambil membuat muka geram. Aku dapat merasakan bagaimana perasaannya ketika ini, marah.

"Eh kau yang mula dulu!"

"Kau la! Tiba-tiba langgar aku pastu nak salahkan orang pulak."

"Kau ar!"

"Tak, kau!"

"Weii dah la, macam budak-budak." automatik mereka berhenti bergaduh dan saling menolak bahu sesama sendiri. Apelaa, perangai tak melambangkan umur.

"Saya nak turun dekat diorang, sayang nak ikut?" Airil menunjukkan muka excitednya. Aku alihkan pandanganku ke bawah sana. Macam mana aku nak turun, dah la kena pijak atas batu besar untuk sampai ke sana.

Silap langkah karang..

"Saya nak duduk sini je la."

"Okay. Kalau ada apa-apa, jerit tau?" pesannya aku balas dengan anggukan lalu memerhati Airil yang telah turun ke bawah dengan pantas. Wuih, tak menyabar betul ni.

Aku duduk memeluk lutut di atas batu kecil sambil melihat mereka memancing ikan. Pandangan di sekeliling aku amati, cantik. Tak ramai orang yang datang ke sini. Cuma ada sekumpulan remaja yang sedang melepak di seberang sana saja, jauh daripada tempat aku.

Tiba-tiba mulutku ditekup dari belakang. Aku sedaya upaya melawannya sehingga kakiku bergesel dengan batu-batu tajam yang ada di situ. Aku menggigit tangannya dan terus menjerit memanggil Airil. Namun hampa, Airil mungkin tidak mendengar suaraku kerana aku telah berada jauh darinya.

"Aisya!" suara Azri kedengaran. Mana Airil?

Aku sedang bergelut dengan lelaki bertopeng ini yang sedang menarik tanganku. Kakiku terasa pedih akibat daripada luka terkena batu tadi. Sedang aku melawan lelaki bertopeng ini, mukanya ditumbuk kuat dari sebelah kanan.

Airil!

Lelaki itu jatuh tersungkur dan bangun semula. Airil menolakku ke belakangnya. Lelaki tadi mengeluarkan pisau lipat di dalam poketnya lalu diacukan kepada Airil. Amran yang datang entah dari mana terus menendang lengan lelaki tersebut dan mula mengikat tangannya.

Airil merapati lelaki itu dengan muka sinisnya. "Jay hantar kau?" lelaki itu tidak menjawab, malah mendiamkan dirinya. Airil terus menyepak perut lelaki itu manakala Amran dan Azri duduk di hadapanku. Aku menutup mata lalu menunduk. Biarlah dia selesaikan benda ni.

"Cakap lah." suara Airil kedengaran mendatar namun tegas. Lelaki itu kemudiannya ketawa sakan. Entah apa yang lawak.

"Perlu ke aku bagitahu kau kalau kau dah tahu? Perampas." kata lelaki itu seperti sedang mengejeknya. Baru sahaja Airil ingin menendang lelaki itu, Azri menarik bahunya.

"Ril, dah. Kaki Aisya berdarah banyak tu, pergi tengok. Biar aku uruskan dia. Ingat, jangan biar sifat marah kau tu datang." Airil menarik nafas sedalamnya dan dia mula menuju ke arahku. Badanku diangkat lalu dibawa ke tepi kawasan air terjun itu.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now