SPECIAL PART ✨

100K 3.8K 318
                                    

"Luthfi sini!" jerit Airil sambil membawa songkok di tangannya. Luthfi tidak menghiraukannya dan terus berlari lari di sekitar ruang tamu ini. Aku terus mendukung Luthfi dan membawanya kepada Airil.

"Penatnyaa.." keluhnya sambil mengelap peluh di dahinya. Aku letakkan Luthfi ke bawah lalu tisu yang elok berada di atas meja itu aku ambil. Peluh di dahinya aku lap begitu juga bahagian lehernya.

Alahai kesiann, sampai berpeluh peluh. Luthfi tu bukan dah besar sangat sampai tak boleh kejar.. Ke ni peluh fake? Ishh

Aku memeluk lehernya. "Abang okay?" aku membetulkan rambutnya serta mengibas ngibas mukanya. Kesian, anak dera bapak.

"Okay. Jom, nanti kita lambat pulak nak ke majlis tu." aku mengangguk lalu Luthfi diangkat. Begnya juga aku ambil lalu kami berangkat ke rumah Mary.

Mary nak kahwin guys.. dan bakal suami dia tu bukan laki orang..

Eh eh, astaghfirullah.

Selepas beberapa minit kami tiba di rumahnya. Kawasan rumahnya agak sibuk dengan orang yang sedang melakukan kerja masing-masing untuk majlis sebentar lagi. Mummy menyapa kami dengan senyuman lalu menjemput kami masuk ke dalam.

Aku mengambil tempat di sofa sambil mendodoikan Luthfi yang sedang nyenyak tidur. Memang menyempat budak ni.

"Awak jaga Luthfi?" soal Airil sambil meletakkan beg berisi barangan Luthfi di atas meja. Aku anggukkan kepala sambil menepuk-nepuk Luthfi di atas ribaku.

"Kalau ada apa-apa panggil abang tau?" sekali lagi aku angguk. Airil mula menapak keluar untuk menolong apa yang patut sempena majlis hari ini.

"Aisya kan?" tegur seorang wanita yang mungkin dalam lingkungan umur 40an kalau tak silap.

"Ya, saya." aku senyum sambil menyalam tangannya. Dia duduk di sofa sebelahku lalu matanya memerhati Luthfi.

"Meh Luthfi, Mummy letak dalam bilik. Aisya pergi la luar, tolong apa yang patut." Luthfi berada di pangkuan Mummy pula.

"Jangan risau, sini ramai orang. Diorang boleh jaga Luthfi." sambung Mummy lagi. Aku meminta izin untuk keluar terlebih dahulu.

Aku ke dapur untuk melihat apa yang boleh aku bantu. Mataku meliar ke sana sini, apa yang aku nak buat ni. Dah la rumah orang, mummy pulak takde. Segan aihh..

"Akak, meh tolong kitaorang susun pinggan kat luar. Jom." belum sempat aku memberikan kata putus, mereka sudah menarik aku ke halaman luar rumah. Alahaii budak ni.

"Cantiknyaa.." terpegun aku melihat hiasan meja makan pengantin di luar ini. Pinggan aku ambil lalu mula menyusunnya. Kerusi pula begitu cantik dihiasi bunga yang pelbagai warna itu.

Selepas beberapa jam aku 'melepak' di luar sambil melakukan kerja, Mummy memanggilku kerana Luthfi menangis. Terus aku meluru ke dalam rumah untuk mendapatkan Luthfi.

"Sekejapnya anak mama ni tidurrr, kerja tak siap lagi. Ee." pipinya aku kerjakan. Geram.

Aku tepuk dia taknak tidur, terus aku bawa Luthfi keluar. Mungkin dia bosan duduk dalam bilik.

Aku ke dapur semula untuk mengambil seliparku lalu pergi ke halaman rumah. Mummy menahan tanganku. "Tadi Airil minta air, bagi dekat dia boleh?" aku angguk dan menuju ke arah Airil yang sedang duduk berseorangan sambil bermain dengan handphone nya.

"Nah, air." kerusi aku tarik lalu duduk. Luthfi aku dudukkan di atas ribaku. "Anak papa dah bangun? Sekejapnya tidur dia niiii.." Luthfi tersenyum geli hati. Dia manja dengan papa dia aje.

"Sayang penat? Biar abang jaga Luthfi pulak." air oren di dalam gelas itu diteguknya. "Takpe, biar Aisya jaga je." lengannya diletakkan di belakang kerusiku lalu kerusinya dirapatkan denganku. Aku hanya membiarkannya.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now