Part 19

100K 4.5K 816
                                    

Aku duduk bersila sambil memerhati Airil yang sedang nyenyak tidur. Matahari dah naik tinggi, dia ni belum bangun lagi. Aku menongkat dagu sambil memikirkan kejadian semalam, dimana dia langsung tidak menjawab soalan-soalanku.

"Awak marah dekat saya ke? Saya ada buat salah dekat awak ke? Saya ada tersakitkan hati awak? Saya ada tak layan awak ke? Huarghhh." aku tekup mukaku dengan kedua tanganku. Apa yang aku dah buat sebenarnya. Aku manja sangat ke sampai Airil taknak layan aku?

Airil benci aku? Hm.

Tiba-tiba tanganku ditarik perlahan oleh seseorang. Aku memandangnya yang elok duduk di hadapanku sambil menenyeh matanya itu. Muka masam aku ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Aku melihat Airil tanpa berkelip.

"Awak benci saya kan? Awak tak suka saya kan? Awak dah muak tengok muka saya kan? Takpe, saya boleh pergi!" baru saja aku ingin bergerak, pinggangku ditarik olehnya. Airil duduk melutut dengan kedua-dua lututnya di hadapanku sambil memelukku.

Rambutku dia kuak ke belakang lalu dia menundukkan badannya sedikit lalu hidungku dicium.

"Apa sayang merepek pagi-pagi ni?" soalnya lembut. Aku tidak menjawab pertanyaannya malah aku alihkan anak mataku daripada melihat ke matanya. Aku tak kuat sebenarnya. Rambut serabai tapi still hensem, suara serak-serak basah.

Aishh menggugat.

"Awak dah tak sayang saya." jawabku lalu menundukkan kepala ke bawah. Airil mengangkat daguku dengan tangannya, mata kami bertemu. Dup dap dup dap jantung aku. Macam tak pernah alami benda ni.

Ceh. Ngade.

"Bila? Saya ada kata tak sayang awak ke?" soalnya lagi. Dahinya ditekup ke dahiku lama. Selepas itu, dia kembali merenungku sampai aku rasa macam dia tengah tikam mata aku dengan matanya. Aish.

"Semalam awak tak layan saya."

"Lagi?"

"Awak tak jawab soalan saya."

"Lagi?"

"Saya cemburu."

Dapat aku dengar tawanya. Ee makin bertambah geram aku!

"Jangan la suka!"

"Okay okay, tak. Lagi?"

"Awak dah benci kat saya. Sebab saya mengada, saya gedik."

"Lagi?"

"Sebab saya tak cantik macam Mary. Kan?"

Tubir mataku berair. Perasaan cemburu cuba aku padam, memang aku sentap sikit bab-bab macam ni. Tak tahu lah sebab apa. Sebab aku dah gilakan laki aku sendiri kot sampai dia tak boleh langsung rapat dengan perempuan lain.

Erm.

"Sayang, listen. I love you, I love you and I love you so so much. I'm married, with you. Sebab apa? Because I love you. Only you."

Dush!

Ya Allah hati akuuuuu. Somebody help!

"Mary bukan sesiapa. Semalam tu.." dia memandangku lama. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia menyambung ayatnya.

"Semalam Mary kata Jay dah mulakan plan. Awak kenal Jay kan? Musuh saya." tanyanya. Aku mengangguk. Nama comel tapi sayang, notty.

Eh silap, bad guy.

"Dia nakkan sayang untuk dapatkan saya. I've been thinking of this problem since last night. Sorry sayang, sebab tak layan awak. Tapi saya serabut sangat semalam." jelasnya sambil mencium dahiku.

"Awak, kalau perlu apa-apa cakap dekat saya. Dan, awak jangan pandang saya sebelah mata tau. Dulu, arwah papa seorang penyiasat, dia tak boleh nak selesaikan satu kes ni.."

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now