Part 6

153K 5.5K 520
                                    

Aku selubung di dalam selimut, serius sejuk malam ni. Dalam aku tak sedar Airil sudah duduk di sebelahku, bersandar di kepala katil sambil bermain dengan telefonnya. Aku kerling ke arahnya seketika dan kembali memeluk tubuhku. Aku rasa selimut ni dah cukup tebal, tapi aku masih rasa sejuk. Kepala terasa berat.

"Kan aku dah kata kau nak demam. Sekarang, dah demam." suara Airil berada di cuping telingaku. Aku mendongak sedikit memandangnya dan terkejut sedikit dengan jarak mukanya yang dekat dengan mukaku. Tangannya menyentuh dahiku lama dan dia memandangku semula.

Airil bangun dan aircond diperlahankan. Kemudian dia kembali duduk di sebelah. Selimutku ditarik dan dia baring di sebelahku sambil memeluk pinggangku. Belakang badan aku ditarik supaya rapat dengannya lalu diusap lembut.

"Tidur, esok pagi kita balik rumah." katanya. Aku mengangguk dan cuba memejamkan mata namun tiada hasil. Aku tak mengantuk langsung, dan aku tengah tak sedap badan. Hidung aku berair tak henti-henti, tengkak ku terasa perit. Aku tenung wajah Airil di hadapanku. Lenanya dia tidur.

Aku memandang tangannya yang sedang mengenggam erat tanganku. Senyuman manis terukir seketika, aku bahagia. Airil bergerak sedikit membetulkan posisi tidurnya. Tangannya masih lagi mengenggam tanganku. Aku mengangkatnya dan tangannya aku cium sekilas. Wajahnya dari tepi aku pandang, alahai begitu kacak sekali!

Lama aku meneliti segenap wajahnya, mata aku mula memberat dan aku turut terlelap.

Aku sedar apabila terasa matahari memancar ke mukaku. "Peningnya." aku memegang kepala dan aku cuba untuk bangun. Badanku sandarkan di kepala katil lalu bangun dari katil untuk ke bilik air. Aku jalan perlahan-lahan dengan lemah longlai. Semalam takde pulak dia sakit sampai macam ni sekali.

Aku keluar dari bilik untuk mencari Airil. Aku terserempak dengan Amran yang juga keluar dari biliknya. "Aisya, kau nak makan ke? Aku boleh siapkan." tanya Amran. Aku menggeleng dan berlalu ke ruang tamu. Aku duduk di sofa sementara menunggu Airil. Kemana la dia ni pergi.

"Airil ada dekat sungai, nanti dia balik." kata Amran dan berlalu keluar. Aku berdiri dan hendak menuju ke dapur, baru selangkah aku berjalan aku sudah hampir rebah. Kaki aku gagahkan juga untuk berjalan dan menuju ke dapur. Kepalaku terasa berat, aku jatuh dan badanku terbaring lemah di atas lantai.

"Aisya!" aku dapat menangkap suara Airil dan mula tidak sedarkan diri selepas itu.

Kelopak mata aku cuba buka perlahan-lahan. Dapat aku rasakan sendiri haba yang amat panas daripada badan aku sendiri. Terasa tanganku diusap lembut oleh seseorang. Aku berpaling dan kelihatan Airil yang sedang tidur di sebelahku. Aku menukar posisi tidurku iaitu menghadapnya. Tangannya aku raih dan genggam. Kepala aku tundukkan.

"Ha, ambil kesempatan." aku mendongak memandangnya. "Mana ada." tangan aku tarik semula daripada mengenggam tangannya. Airil senyum nipis dan menarik semula tanganku lalu diletakkan di atas tangannya. Tangannya satu lagi mengusap lembut dahiku. Aku hanya memerhati perlakuannya.

"Kau demam panas la sayang." katanya lalu memandangku. "Nanti bila kau dah sihat kita balik rumah. Harini cancel." sambungnya lagi. Aku mengangguk faham. Perutku terasa lapar, aku memang macam ni. Demam pun selera makan tetap jalan.

"Awak." panggilku. Airil hanya mendiamkan diri. "Awakkk." suaraku mula meleret. Aku mencebik. Tangannya aku tolak-tolak cuba menyedarkan dia yang sedang memejam mata. "Ee, awakkkk." tiada lagi sahutan darinya. Aku berpeluk tubuh. Airil mula bergerak merapati badanku. Tangannya menolak belakang badanku agar rapat dengannya. Pinggangku dipeluk kemas.

"Cuba panggil aku abang." arahnya. "Abang." kelihatan Airil mengukir senyuman. "Lain kali panggil aku camtu, baru aku layan." katanya sambil ketawa. Aku memukul bahunya. "Jahat la." aku mencebik.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now