Part 33

80.9K 3.6K 362
                                    

Aku tenung Airil yang nyenyak dibuai mimpi. Kadang-kadang saja tanganku naik menyentuh setiap mukanya. Dari rambut, hidung, bibir, pipi. Semua lah.

Tiba-tiba bahagian di sekitar perutku berasa sakit. Belakang badanku juga terasa amat perit, kepalaku pula dengan automatiknya menjadi pening. Aku usap perutku yang semakin membesar.

"Sakitnyaa.." mukaku berkerut menahan sakit. Airil bergerak sedikit, mungkin dia dengar suara aku. Namun, aku abaikan saja. Yang penting, perutku sakit, pinggangku sakit. Baby ni lasak sangat ni.

"Kenapa ni?" Airil bangun lalu mendapatkanku. Mungkin dari riak wajahku, dia tahu bahawa aku sedang dalam kesakitan.

"Sakit perut je, takde apa." Airil membaringkangku lalu mengurut sedikit pinggangku. "Tunggu sini kejap tau, abang ambil minyak ubat." dia bangun lalu menapak keluar. Lama selepas itu, dia masuk semula dan kembali duduk di sebelahku.

Tanganku yang mengurut kepalaku dia alihkan. "Pening ke?" tangannya naik mengurut sedikit kepalaku. Aku cuma mengangguk.

"Izinkan abang urut perut awak tau."

Laa, kena mintak izin jugak ke?

Bajuku diselak sehingga menampakkan perutku yang sudah sedikit kelihatan. Baby buat hal la tengah-tengah malam.

Pinggangku diurut perlahan-lahan sehingga ke belakang badanku. Yang sakit perut, effect dia habis semua sakit.

"Tu la, siapa suruh sayang buat kerja berat-berat. Kan dah sakit."

"Saya bosan la takde apa nak buat." aku mencebik. Bibirku ditarik olehnya. Ish, dah la tangan tu bau ubat.

"Ee mulut ni ada je nak menjawab kan?" dia ni saja buat aku hilang mood ke apa.

"Biarlah, kan mulut saya." aku dah muncung sedepa.

"Ada perangai baru rupanya. Perangai lama pun, abang dah penat melayan."

"Jadi, abang penat dengan saya ya?" soalku, merajuk. Airil mengangguk sambil tersenyum manis. Jahatnyaa!

"Okay. Nanti kalau saya sakit, saya taknak panggil abang."

"Habistu nak panggil siapa?"

"Amran pun boleh." aku menjelingnya. Ubat dicalit sedikit pada jari telunjuknya lalu disapukan ke hidungku.

"Awakkkk." hidungku sapu.

"Menggatal depan suami ek? Elok lah." tangannya masih lagi mengurut perutku. Aku diam, dah banyak dosa ni aku buat. Erm.

"Ha, diam kenapa? dah mengaku kalah?"

"Tak baik gaduh dengan suami."

Airil tersenyum nipis lalu pipiku dicium. "Rasa macam nak gomol la muka ni." hidungku ditarik.

"Sayang.."

"Hm.."

"Cium abang sekali boleh? Asyik abang je yang selalu cium awak." senyuman nakal terbit di bibirnya.

"Kalau saya cium abang, apa yang abang nak bagi?" keningku diangkat-angkat. Airil ukir senyum.

"Dah sayang nak apa?"

"Nak kek."

"Sure. Tapi cium abang dulu, kat sini sini sini sini." dahi, hidung, pipi, bibir habis ditunjuknya. Tanpa teragak-agak aku memaut lehernya dengan kedua tanganku lalu dicium semua tempat yang dia tunjukkan.

Tangannya melingkar pula di pinggangku lalu dahiku dicium lama.

"Sejak bila jadi berani ni sayang?" rambutku diselitkan di telinga. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now