Part 35

86.3K 3.7K 383
                                    

Sarapan dibuat dengan aman dan tenang. Suasana pagi yang indah serta udaranya yang segar menambahkan lagi kenyamanan suasana pagi.

Aku duduk berehat seketika di atas kerusi setelah siap membuat nasi goreng ala kadar. Aku kerling jam di dinding, pukul 7:45 pagi. Pinggan aku susun dahulu di atas meja sambil menunggu Airil.

"Morning love. Nah, kerja sayang." tali lehernya diberikan kepadaku. Aku angkat tanganku. "Angkat. Tak larat la nak bangun." Airil terus menarikku dengan penuh berhati-hati. Aku ikat tali lehernya dengan penuh ketekunan.

"Sayang boleh ke duduk rumah sorang-sorang ni? Abang takut la nak biarkan." tanganku diusap.

"Okay, jangan risau. Jom, makan." tangannya aku tarik supaya duduk. Dia duduk dan menjamah sedikit nasi gorengku. Deringan telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Di skrinnya terpapar nama daddy.

"Hello...laa ye ke?.. okay, Airil ajak Aisya sekali." dia mematikan talian.

"Jom, kita pergi office sekali." ajaknya. Dengan keadaan aku macam ni?

"Nak buat apa? Nanti jadi apa-apa kat saya, tak ke menyusahkan abang. Tak payah la." dibuatnya aku termuntah kat situ. Dia jugak yang malu.

"Apa guna hero awak yang kacak ni? Pergi naik atas, siap cepat. Pakai jubah hitam yang ada atas katil tu. Cepat siap tau, jangan lama-lama." pesannya kemudian dia menapak ke ruang tamu. Aku segera mengemas meja makan, lalu naik ke atas.

AIRIL memandangku dari atas sampai bawah.

"Kenapa tengok saya macam tu?!" Airil ketawa. Lawak ke aku pakai baju ni?

"Mak buyung ni cantik sangat la harini. Geram je rasa." pipiku dicubit. Aku memukul perlahan tangannya. Gedik je lebih dia ni.

Dalam beberapa minit, kami sampai ke dewan pejabatnya. Katanya ada majlis makan-makan sikit. Sebabtu kot daddy ajak aku, daddy tahu yang aku ni suka makan. Hehe.

Aku mengenggam tangannya. "Awak, saya takut laa." tanganku sudah mulai kesejukan. Aku mana lah biasa pergi tempat ramai orang macam ni, dah la isteri kepada bos. Mesti tarik perhatian ramai orang. Malunyaa.

"Takut apanya sayang? Jom." dia menarik tanganku namun aku tarik semula tanganku daripada genggamannya. Aku memandang sekeliling, orang ramai sudah mula masuk ke dalam dewan ini. Airil merapatiku.

"Jangan takut, pegang tangan abang kuat-kuat. Kalau malu, meh sembunyi dalam baju abang. Abang tak kesah." dadanya aku pukul. Time-time macam ni boleh pulak dia main-main!

"Takde apa, sayang rilek je okay? Abang ada." tanganku digenggam semula lalu dahiku dicium. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mengikuti langkahnya.

"Ha sampai pun anak-anak daddy." daddy menegur kami. Terdapat juga beberapa orang rakannya yang sedang bercakap dengannya sebelum majlis bermula. Aku ternampak lelaki di sebelah daddy itu dari tadi merenungku.

Aku genggam dengan lebih kemas tangan Airil. Dia kerling ke arahku yang sedang menunduk ke bawah memandang lantai. Pinggangku dirangkul supaya lebih rapat dengannya. Mungkin dia tahu yang aku amatlah tidak selesa buat masa sekarang ni.

"Your wife?" soal lelaki yang tadi merenungku. Daddy dan rakannya yang lain sudah pergi bertemu dengan rakan-rakan sekerjanya yang baru sahaja datang.

"Yes. Dato' Haris berkenan ke nak jadikan dia isteri ketiga Dato' ?" soal Airil sinis. Mungkin dia tahu lelaki ini melihatku dari tadi lagi.

"She is your wife. And congrats for the first child." Dato' ini menyalam tangan Airil dan berjalan meninggalkan kami. Airil menghadapku, wajahku ditenung.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now