Part 7

133K 5.1K 804
                                    

Kami memulakan perjalanan dengan senyap dan sunyi. Aku tak larat dah nak bercakap, hari ni rasa letih pulak nak bebel sana sini. Airil pula masih fokus dengan pemanduannya. Aku tutup mata, buat-buat tidur sudah la. Nak sampai pun lambat lagi ni.

"Hello. Aku sampai rumah Mummy Daddy, plan tu jalan terus. Aku taknak habiskan masa lagi dengan dia tu. Kau tolong aku. Okay." Airil mematikan panggilan itu. Aku mula rasa curious nak tahu, plan apa pulak dia buat ni. Nak tanya, nanti dia kata aku ni penyibuk nak tahu hal dia.

Aku terpaksa diam je la. Airil, awak memang seorang yang penuh misteri. Tapi takpe, janji awak sweet. Ahaks!

Aku membuka mataku. Tadi buat-buat tidur je, sekarang jadi lena pulak tidurnya. Airil yang sedang bermain dengan telefonnya aku pandang. Kemudian aku alihkan pandangan ke luar kereta. Aik? Kata balik rumah mummy dengan daddy. Ni kat mana pulak dia culik aku ni. Seatbelt aku buka.

"Tunggu Amran kejap, kau tidur la balik." tungkas Airil. Aku menyandarkan badanku di seat dan hanya termenung. Airil merapatiku dan memasang semula seatbeltku. Aku agak tersentak dengan perbuatannya namun cuba untuk mengawalnya. Dia juga turut mencium dahiku seketika. Dan kembali membuka telefonnya.

Pintu kereta dibuka dan kelihatan Amran yang berpakaian pejabat. Baru balik kerja kot. "Kita gerak, kau kalau ada barang tertinggal siap kau." bentak Airil kepada Amran. Amran membuka kotnya. "Jangan risau la bro." jawab Amran. Airil kini mula memandu bergerak ke rumah Mummy dan Daddy.

Sampai di sana aku segera ke arah Mummy dan menyalamnya. "Daddy mana?" soalku. Airil dan Amran juga turut menyalamnya. "Daddy kerja, malam nanti dia balik la." jawab Mummy. Aku balas dengan anggukan. "Mummy, Mary ada datang tak?" tanya Airil. Aku hanya menadah telinga.

"Dia ada bagitahu dia nak datang, Mummy pun tak tahu bila. Aisya, jom masuk." pelawa Mummy. Aku senyum dan mula membuka kasut lalu diletakkan di atas rak. Sempat aku toleh ke belakang dan melihat Amran seperti sedang membincangkan sesuatu dengan Airil. Malas nak ambil tahu, aku terus mengikut mummy ke dapur.

"Mummy!!" jerit seseorang meriuhkan suasana yang tadinya sunyi. Seorang wanita berpakaian serba merah sedang memeluk mummy. "Ni la Aisya." aku senyum sedikit dan tundukkan kepala tanda menyapanya. "I Mary, Ex girlfriend Airil. Haha." katanya, penuh dengan kegedikan. Aku hanya tersenyum kelat memerhatinya. Dari pandangan dia pandang aku pun, aku dah tahu dia tidak begitu senang dengan keberadaan aku di sini.

Aku pamit untuk naik ke bilik. Sampai di bilik aku duduk di birai katil. Otak ligat memikirkan sesuatu. Hati mula berasa geram, perlu ke sebut ex girlfriend tu? Ingat aku nak sangat ke tahu semua pasal dia? Bukan dia penting sangat pun, sepupu Airil je. Macam mana la Airil boleh lekat dengan dia. Erghh, aku jeles!

"Tadi bukan dekat dapur ke?" tegur Airil yang sedang berdiri di hadapanku. Aku mendongak memandangnya. "Er, sepupu awak dah ada dekat sana tolong mummy. Jadi, saya naik la bilik dulu. Penat." bohongku. Padahal dalam kereta tadi aku lah yang lena nak mampus tidur. Lantak la Airil nak percaya ke tidak.

"Aku turun bawah dulu lah. Nanti turun, kita dinner sama-sama." pesannya. Aku mengangguk dan mula menunduk. Airil duduk melutut, menyamai kedudukannya denganku. Aku memandang perbuatannya. "Jangan banyak fikir tau? Rilek je. Okey sayang?" aku terkebil-kebil dan hanya mengangguk. Airil tersenyum manis dan mula menapak keluar.

Aku merebahkan badanku di atas katil. Cuba menenangkan diri sendiri. Mary? Aku pernah dengar nama ni. Aku berfikir sejenak, cuba mengingat kembali. Tak silap aku, Mia pernah cerita tapi aku tak ingat. Yes, Mary Natasha. Seorang model yang cukup terkenal. Eleh.

Cakap pasal Mia. Aku rindu dia! Aku rindu hotel! Aku rindu semuanya! Hotel itu lah dimana aku ditangkap basah dengan Airil oleh Daddynya merangkap bos aku. Bila fikir balik rasa cam.. Entah, takde rasa pape. Cuma, bahagia tu ada la. Hehe.

"Bilik kau mana?" kedengaran suara Mary di muka pintu. Pantas aku bangun dan mencapai telefonku. Buat-buat main phone dah la. Aku pandang Mary yang selamba badak masuk ke bilik aku dan Airil. Riak muka Airil hanya biasa. Dia tak marah ke?! Dah la bawak stranger masuk bilik. Aish!

Kini almari aku pula dibuka olehnya. Izinkan aku mencarut kejap. Fish! Ape yang dia cuba buat sebenarnya ni. Almari aku ditutup dan dia mula melangkah ke arahku. Dia berbaring di atas katil lalu memandang Airil. "Kalau kita tak break, mesti you dengan I dah dekat atas ni kan?" Airil tersenyum sinis. Senyuman yang mempunyai pelbagai makna.

Aku bergerak ke sebelah Airil sambil memerhati si dugong yang sedang bertapa di atas katil aku. Dia buat macam bilik lain takde katil je. Airil mengenggam tanganku lalu menghadiahkan senyuman manis kepadaku. Aku tahan senyum, mana boleh tunjuk kebahagiaan kita pada orang lain. Nak-nak depan manusia yang duduk atas katil tu.

Mary mula bangun dan berdiri di hadapan kami. "Tunjuk la bilik I mana biey. Ops, sorry." Ya Allah, penuh dengan kemunafikan dan kegedikannya dia ni. Saja nak menggatal depan laki aku. Ke nak menunjuk depan aku? Hello, sedar diri sikit kau dengan Airil nothing. Airil pun pandang kau sebelah mata je ada hati nak ngorat.

Hati aku tengah panas ni!

"Bilik kau kat bawah kot, takpun hujung sana. Kau cari lah sendiri, aku nak layan bini aku." kata Airil lalu memeluk pinggangku dari tepi. Mary memandangku atas bawah. "Okay fine." katanya dan berlalu pergi. Ergh baru ada nur sikit bilik aku ni. Sorry ar, time marah mulut aku memang cam longkang sikit. Maklum la dulu jadi penolong ketua pengawas.

Ceh.

"What did I said? Don't think too much sayang, demam kau pun belum baik lagi." katanya lalu mengusap lembut tanganku. "Mana ada saya fikir apa-apa." aku mendongak memandangnya. Airil merenung lama mataku. "Sabar sikit ye, aku usaha. Aku janji." katanya serius. Kening aku bertaut. Aku ada buat perjanjian dengan dia ke? Pelik.

"Maksud awak?" tanyaku. Semejak dua menjak ini Airil selalu bercakap benda pelik. "Takde apa. Jom turun, Daddy dah nak balik ni." ajaknya dan menarik tanganku. Aku mengambil tempat di sebelah Airil dan di hadapan Mary. Aku mengeluh kecil. Apehal pulak dia ni duduk depan aku, pastu mata tu tak habis-habis tengok Airil.

Erghh.

"Airil bila balik?" soal Daddy memecahkan kesunyian. "Petang tadi." jawabnya. Daddy mengangguk dan meneguk air di hadapannya sedikit. "Mary, so what are you doing here?" Mary pula disoal. Nasi di pinggan aku kuis-kuis, hanya setia mendengar perbualan mereka. "Saja, nak jumpa Airil kejap. Rindu." jawabnya dan melihatku.

"Jumpa Airil? Dah meet your parents first?" soal daddy lagi. Muka Daddy kali ini agak serius. "Anytime je boleh jumpa diorang, lagipun masing-masing busy dengan work." jawabnya dan ketawa gedik.

My gad menyampahnya aku!

"Kalau ye pun jumpa your parents first, kesian diorang." pesan Daddy. Mary tersenyum kelat lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Airil hanya diam dari tadi, mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi apa-apa. Mungkin malas ambil tahu.

"Okay daddy, Airil esok you teman I eh?" Airil dipandang. Airil hanya balas dengan anggukan.

What?! Apesal dia tak tolak? Dia tak tahu ke aku ni tengah berapi dekat sini? Bila-bila masa je boleh meletus ni. Aku cuba beriak tenang, sabar. Kau isteri dia, takpe.

Aku pinta untuk naik ke bilik. Daddy mengajak kami berbual-bual di ruang tamu. Daddy asyik cakap pasal kerja je, baik aku beredar dulu sebab aku bukan tahu apa-apa. Sempat aku kerling ke belakang, Mary dah duduk di sebelah Airil.

Ya Allah, kuatkan aku.






















Maaf typo. 🙆

Ma Sweet Mafia! Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin