Part 39

83.2K 3.7K 587
                                    

"Umm!" mulutku ditekup dari belakang ketika aku sedang membuang sampah di luar rumah sebaik sahaja Airip berangkat ke pejabatnya. Aku pengsan setelah itu.

Sedar sahaja, aku membuka mataku sambil memerhati keadaan sekeliling. Seperti sebuah rumah besar yang telah lama ditinggalkan. Tapi, siapa yang bawa aku ke sini?

Ikatan di tangan cuba aku leraikan namun tiada hasilnya. Tape yang menutup mulutku menyebabkan aku tidak dapat meminta sebarang bantuan daripada sesiapa.

Terdapat juga daun-daun kering berteraburan di atas lantai dan juga daun-daun hijau terlilit kemas pada kerangka jendela rumah ini. Pintu dikuak dari luar, aku hanya melihat boot hitam gelapnya.

Pipiku dicengkam kemas sebaik sahaja dia duduk di hadapanku. Di mukanya kelihatan parut-parut kecil seperti kesan torehan dan juga ada dua kesan jahitan pada dahinya dan juga dagunya.

"Oh, ni ke isteri si mafia tu?" pipiku dicengkam dengan lebih kuat. Dia tersenyum sinis lalu mula menapak ke penjuru dinding. Banyak gambar-gambar di dinding tersebut yang telah ditikam oleh pisau.

"Suami kau akan mati, jadi kau pun kena lah ikut sama. Dan sudah semestinya anak kau!" kakiku disepak kuat. Aku menahan perit pada kakiku. Mujur sahaja dia tidak menendang perutku. Dia kembali duduk di hadapanku, pisau lipat dikeluarkan.

Sekali lagi mukaku dicengkam. Pisau tersebut diacukan di pipi kiriku, dia cuba bermain dengan pisau tersebut. Aku takut, dia akan apa-apakan anak aku. Dengan pantas tape di mulutku dibuka membuat aku menjerit kecil.

"Suami pergi kerja ke sayang? Dia memang tak sayang bini." bahuku ditolak kuat ke dinding di belakangku. Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, tanganku tidak mampu bergerak apatah lagi kakiku.

"Cantik." mukanya dirapatkan ke mukaku. Aku menggelengkan kepala lalu mengalihkan kepalaku ke arah lain. Dia kemudiannya menarik semula pipiku agar melihatnya. Peluh mula menitis keluar akibat kepanasan yang membahang di dalam bilik ini.

"Aku Jay."

Jay? Dia musuh Airil?

"Lepaskan aku la!" aku menyepak bahagian sulitnya lalu membuatkan dia terbaring ke lantai untuk seketika. Dia mendekatiku lalu pipiku ditanpar kuat. Darah mula mengalir keluar daripada hujung bibirku sedikit demi sedikit.

"Berani kau ya?" pisau diacukan ke leherku pula. Namun, tidak lama selepas itu dia memberhentikan perbuatannya dan mulutku diletakkan tape semula lalu dia mula melangkah keluar daripada rumah ini.

Aku menggerak-gerakkan tanganku agar tali itu dapat dileraikan, namun tidak berjaya. Aku terdengar satu bunyi seperti gas yang sedang dibebaskan keluar dari sebuah corong. Aku memandang ke atas dan terdapat dua corong asap yang terletak di situ.

Aku mula batuk-batuk dan badanku berpeluh banyak. Nafasku menjadi pendek kerana mulutku yang ditutup rapat dan juga ruangan bilik ini yang kecil. Asap sudah mulai memenuhi ruang bilik ini. Badanku mula terasa lemah.

Dari luar aku dapat mendengar berdas tembakan dilepaskan. Mataku mula memberat dan nafasku juga semakin tidak teratur. Lagi sekali aku cuba mencabut ikatan di tanganku sambil cuba untuk melihat keadaan sekeliling.

Aku berasa lemah yang amat. Telingaku dapat menangkap bunyi pintu yang dibuka dengan kuat lalu seseorang yang sedang menapak ke arahku. Belum sempat aku melihatnya, aku sudah tidak sedarkan diri lagi selepas kejadian itu.

"Sayang.." dapatku rasa tangannya mengusap-ngusap mukaku. Mataku buka perlahan-lahan, aku di dalam kereta dan sebelahku ialah Jay?!

"Lepaslah!" aku cuba melepaskan tangannya daripada menggenggam tanganku. Dia bertindak mengacukan pistol di hadapanku dan itu membuatkan aku automatik terdiam.

Kereta itu berhenti di tengah hutan. Aku ditarik keluar dan mengikuti langkahnya. Beberapa orang suruhannya juga berada di sisinya.

Tiba-tiba sahaja sebuah peluru betul-betul lalu dihadapan wajahku dan terkena sebuah pokok besar di sebelah. Lantas aku memalingkan kepala.

"Bodoh! Kalau kena macam mana tadi?! Siapa nak jawab?" bentak Azri. Amran sudah masam mencuka kerana dimarahi. Selepas 5 minit setengah kami mendengar pergaduhan mereka akhirnya mereka tersedar bahawa mereka sedang diperhati.

"Serang!" arah Jay kepada orang suruhannya. Tanganku dilepaskan serta merta dan dia mula meluru ke pohon besar lalu tembakan dilepaskan sesuka hati.

Tanganku ditarik laju ke belakang pokok sehingga badanku hampir jatuh. Tapi pinggangku ditahan olehnya dan dia menyandarkanku ke pokok.

"Sayang okey? Dia ada buat apa-apa?" soal Airil lalu memelukku kemas. Aku membalas pelukannya sambil menggeleng.

"Duduk sini diam-diam. Kalau ada orang kacau, jerit je."

"Airil!! Kau boleh larii siaall! Cepatlah tolong kitaorang bahenol!!!" jeritan nyaring Amran memecahkan kesunyian hutan ini. Burung-burung mula berterbangan di langit menenggelamkan kecerahan cahaya matahari.

dahsyat woo..

"Jaga anak kita." dahiku dicium dan dia mula meninggalkanku. Di sana, sedang berlaku aksi tembak menembak di antara satu sama lain. Aku cuba mengintai apa yang sedang terjadi. Rupanya keadaan telah reda.

Seperti biasa mereka elok duduk di atas badan lelaki bernama Jay itu. Darah yang mengalir pada pinggangnya aku pandang sekilas. Aku kerling pula Airil yang sedang duduk bersandar pada sebuah pokok.

"Sayang, come." aku jalan perlahan-lahan ke arahnya dan berhenti. Badanku ditarik ke dalam pelukannya dan dipeluk erat. Aku turut memeluknya. Kalau Airil tak datang tepat pada masa, apalah yang akan jadi pada aku.

"Sayang.."

"Hm?"

"Kaki abang kena tembak, darah banyak."

"Man.." belum sempat aku meleraikan pelukanku dia memelukku dengan lebih kuat.

"Abang, saya nak tengok. Nanti kalau teruk macam mana? Mana boleh biarkan, nanti kalau kuman masuk lagi parah tau pastu lagi sakit. Tulah saya pesan, ja.."

Bibirku dicium dan dia tersenyum. Aku mencebik. Orang nasihat bukan nak dengar.

"Abang main-main je la." katanya sambil tersengih. Aku senyum kelat. Bertuah punya laki.

"Due date sayang bila?" soalnya sambil menyapu debu pada bajunya.

"Ha.. Ah! abang!" aku memegang perutku. "Eh kenapa ni? Harini ke?!" soalnya cemas. Aku memukul mukul bahunya kerana aku sudah tidak tahan akan kesakitan yang aku rasakan.

"Abang cepatlahh!!" jeritku kuat sambil menggenggam kuat lengannya. Apa yang dia duk tercegat lagi kat situ!

"Am, kereta! Cepat!" dia juga menjerit sambil menahan badanku daripada terjatuh. Kunci kereta dicari di dalam poket seluarnya, muka cemas dia tanyangkan.

"Kunci takde ngan aku baii.."

"Amran!" marah Azri sambil menepuk kuat bahunya.

"Abangg!!!!"

"Ahhhhh!! Pushhhhhh!" jerit mereka.

"Jangan la main-main!"

"Mana ada main-main."

Sabar.

"Abang perut saya sakit ni! boleh serius tak?!"

"Kejap sayang, tahann kejap je." poketnya pula dicelup lama.

"Abanggg!!"

Bila aku boleh beranak ni?!

"Hah jumpa, jom-jom!" lalu badanku dicempung ke kereta.

Disaster.





















HA HA HAMBARRR.

part beranak tu siyes aku tak pandai 😂 sebab belum rasa..

EH EH 😰

sorry yg mana komen tak balas, sbb jarang bukak wattpad.. 🙁

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now