𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 11

24 6 0
                                    


🅢︎🅘︎🅡︎ 🅐︎🅡︎🅕︎🅐︎🅝︎ 🅟︎🅞︎🅥︎:

Hari ini aku terpaksa bekerja sehingga lewat petang. Selepas tamat sesi pembelajaran,aku hanya terperap di dalam bilik guru. Aku hanya menghabiskan sisa waktu aku dengan menanda kertas peperiksaan pelajar tingkatan 1 dan 2 subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Aku melihat ke arah jam berbentuk bulat yang tergantung elok di atas dinding. Jarumnya tepat menunjukkan sekarang telah masuk jam 6.00 petang.

Daripada pagi sehingga sekarang,aku langsung tidak berhenti bekerja. Perut pun terasa kosong. Tekak aku hanya di basahi dengan satu botol air mineral sahaja.Dek kerana terlalu penat,aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Kertas-kertas peperiksaan yang belum siap di tanda aku bawa sekali untuk di selesaikan di rumah. Meja aku yang pada awalnya bersepah telah aku susunkan semula.

Setelah berpuas hati dengan keadaan meja aku,barulah aku beredar dari bilik guru.Suasana sekolah yang dipenuhi dengan suara pelajar-pelajar sesi petang tidak aku dengari kerana fon telinga terpasang elok di kedua-dua rongga telinga aku. Rentak lagu kpop yang sedang didengari hanya mampu diikut di dalam hati.

Semasa aku sedang berjalan sambil asyik melayan irama melodi yang dipasang, tiba-tiba aku ternampak susuk tubuh kecil sedang berlari-lari anak menuju ke bilik kaunseling. Susuk itu menyedarkan aku tentang sesuatu.

Ya, sudah lama aku tidak menjenguk Alicia. Aku tidak mempunyai masa. Aku sangat-sangat mahu menjenguk dia. Namun apakan daya,takdir Allah telah tersusun rapi. Memang buat masa ini, aku perlu selesaikan urusan-urusan di sekolah. Biarlah umi dan kakak melawat Alicia. Andai kata aku ada masa nanti,barulah aku jenguk dia. Seminit pun jadilah.

"Ah,maaf!" Sewaktu aku sedang mengelamun,tiba-tiba susuk tubuh yang amat aku kenali dan aku rindui benar-benar berada di hadapan aku. Alicia kelihatan sangat kelam-kabut. Tangannya tadi dipenuhi kertas-kertas namun kertas itu terlepas dari tangannya selepas dia terlanggar aku tadi. Aku yakin,kertas-kertas yang dibawanya itu adalah kertas milik para kaunselor. Rajin betul Alicia membantu guru.

"Ermm..Sir? Are you okey? Saya dah tolong angkatkan Sir punya kertas exam ni. Tak nak ke?Ke ada sakit kat mana-mana?"

Prihatin saja dia bertanya. Aku suka cara dia berkomunikasi. Sopan dan beradab. Tapi, sekarang ini aku sangat malu. Lama pula aku melepaskan rindu pada favourite student ni.

"Ah,tak ada lah. Terkejut aje tadi. Nasib lah tak kena heart attack. Apa pun thank you very much"

Aku tipu sunat. Terpaksa,bukan sengaja. Tangan aku segera mendapatkan kertas di tangan Alicia lalu aku terus berlalu pergi. Tiba-tiba pergerakan aku terhenti. Aku lupa mahu bertanya tentang bagaimana keadaannya sekarang. Namun,sudah terlewat. Alicia sudah pun berlalu pergi apabila aku menoleh kebelakang.
Aku hanya mampu mengeluh kecil.

Kereta berjenama Toyota yang aku baru tukar satu minggu yang lalu di letakkan di tempat letak kereta. Pada mulanya,aku bercadang hanya mahu makan di rumah bersama keluarga tercinta. Malangnya,perut aku mahu mencari gaduh. Sengaja dia berkeroncong semasa di pertengahan jalan. Apa lagi yang aku mampu lakukan? Tahan? Maaflah,aku sudah ikat perut daripada pagi. Jadi,aku tidak rasa aku mampu ikat perut lagi. Cukuplah tu. Perut pun ada 'limit' juga untuk diikat. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku membuka ikatan perutku dan mengisi ruang-ruang kosong di dalam perut aku.

Apabila aku keluar daripada kereta, aroma-aroma menyelerakan daripada restoran ibu Cikgu Azam telah menusuk hidung aku. Perut aku pula semakin galak berkeroncong.

Tangan aku menampar perut sendiri. Sabarlah duhai perut. Bawa-bawalah bertenang.

Tanpa membuang masa lagi,aku segera melangkah masuk ke dalam restoran. Mata aku melilau mencari kelibat kawan aku,Cikgu Azam. Pandangan aku terhenti apabila melihat Cikgu Azam sedang melambai-lambai tangan ke arah aku.

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now