𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 3.

31 6 0
                                    


_________________________________________

"A..Apa korang nak buat ni!?" Hatinya tidak sedap. Melihat 3 susuk yang berdiri di hadapannya ini membuatkan perutnya kecut. Takut barangkali.

"Alice,Ouh..ni la yang dibangga-banggakan cikgu satu sekolah? Hello!! Kau ingat hebat sangat ke kau tu. Setakat dari sekolah murah tu! Beb,aku ni dari sekolah Elit tau. Saje je aku tak tunjuk kebolehan aku. Tunggu time. Biarlah aku enjoy dulu. Nanti sampai masa semua cikgu tak akan pandang kau dah." Emira menyindir Alicia dengan pedih sekali. Sesekali di selitkan dengan ugutan.

"Apa masalah awak semua ni? Saya tak ada niat apa-apa pun. Salah ke cikgu rapat dengan saya? Hak cikgu lah? Saya tak heran pun. Tugas saya di sini hanya belajar dan kumpul markah PAJSK untuk dijadikan bekal bila nak sambung belajar. Bukan nak glamour! Kalau awak semua nak glamour, pergilah! Saya tak halang pun! Your life! Saya tak kacau!" Balas Alicia. Panas betul hati Emira mendengarnya. Perempuan ni betul-betul mencabar.Pantas tapak tangannya hinggap di pipi Alicia. Tanpa disedari Air mata Alicia menitis. Dia memegang pipinya. 'Pedih' itu yang dirasainya sekarang.

Satu lagi penampar daripada Ezrin hinggap di pipi Alicia. 'Takut' perasaan yang berbeza. Kini dia takut. Belum sempat Shasha ingin menghantar satu lagi penampar,Sir Arfan terlebih dahulu menepisnya menggunakan buku.

"Apa kamu semua buat ni! Kenapa pukul anak orang!? Baru form 1 dah buat hal! "

Mereka bertiga dibawa ke bilik disiplin. Masing-masing tidak ada rasa bersalah. Selamba badak sahaja masing-masing memberi nama pada guru disiplin. Mana tidaknya,ini rekod disiplin pertama mereka di sekolah menengah. Di sekolah Elit,sudah berlambak rekodnya.

Alicia pula dibawa ke bilik kesihatan. Pertama kali dia dibuli secara fizikal. Trauma.. Sangat trauma. Sir Arfan simpati dengan keadaan Alicia. Alicia tidak berhenti menangis. Bukan mahu menagih simpati, tetapi dirinya terlalu lemah untuk menerima perkara yang baru sahaja berlaku.

"Mereka bertiga kelas mana?" Soal Sir Arfan kepada Alicia.

"Satu kelas.." Jawab Alicia ringkas. Sesekali terdengar esakan tangisannya.

"Wait what! Lah.. I'm very forgot! Saya tak ingat pun mereka pelajar saya. But, you.. Saya still cam awak. Ye lah pelajar first I jumpa and awak kan Top Student " Sengaja dipanjangkan cerita. Sir Arfan hanya hendak memujuk. Walaupun dia sebenarnya tidaklah pandai bab-bab pujuk orang ni. Mendengar leteran Sir Arfan, Alicia hanya tersenyum.

"But why? Kenapa mereka pukul kamu?" Hairan pula Sir Arfan apabila Top Student dipukul orang.

"Saya... Saya tak tahu." Alicia menceritakan semula kepada Sir Arfan apa yang baru berlaku sebentar tadi. Sir Arfan mengangguk faham.

'oh kes jelous la ni' Dia bermonolog sendiri.

...

"Ibu Alicia dah pulang!" Alicia memanggil ibunya yang berada di dalam rumahnya. Namun, panggilan Alicia tidak disahut. Hatinya risau. Harap tiada perkara tidak diingini berlaku kepada ibunya.

Dia melangkah deras menuju ke bilik tidur. Tetapi, ibunya tiada di sini. Dia menuju ke dapur. Alangkah terkejut dia apabila melihat ibunya terdampar di lantai dapur. Matanya melilau memandang sekeliling. Tingkap rumahnya pecah. Dia yakin rumahnya diceroboh. Dia cuba mengejut ibunya tetapi hampa. Dia mengambil telefon bimbitnya di ruang tamu. Pantas tangannya mendail talian 999.

  Tidak lama selepas itu ambulans datang mengangkut ibunya ke hospital. Alicia pula dibawa ke balai polis. Dia menceritakan tentang apa yang baru berlaku kepada polis dihadapannya. Tidak banyak yang dapat dia kongsikan kerana dia baru saja tiba di rumah tadi.

   Usai sesi soal siasat,Alicia ingin pulang ke rumah. Dia perlu mengemas semula rumahnya. Malangnya,dia perlu berjalan kaki daripada balai polis. Jarak balai dengan rumahnya tidak lah jauh dan tidaklah terlalu dekat. Tetapi,jika Alicia hanya berjalan kaki,pasti terasa jauh. Alicia berjalan dengan tenang di kawasan pejalan kaki. Tangan kirinya membawa sebungkus plastik yang berisi mangga dan kunci rumah yang baru dibeli di kedai tadi. Di tangan kanannya pula dia memegang sekotak susu segar. Sambil berjalan, sesekali dia menyedut susu itu.

Lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah. Ini menunjukkan bahawa dia perlu berhenti sebelum melintas jalan raya. Apabila lampu isyarat kembali berwarna hijau,dia segera melintas jalan.

'PON!! PON!!'

"Arghh!!" Laung Alicia. Alicia membuka mata cuba untuk melihat sekeliling. Huh! Nasib hidup lagi.

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Kde žijí příběhy. Začni objevovat