𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 14

23 3 0
                                    

Hari cuti sekolah telah pun tamat. Semua pelajar perlu bangkit daripada katil dan bergegas ke sekolah. Pengawas bertugas bermain-main dengan masa untuk tiba di sekolah lebih awal daripada pelajar lain. Pelajar tingkatan 3,4 dan 5 berpusu-pusu masuk ke sekolah, manakala pelajar tingkatan 1 dan 2 berlumba-lumba pulang ke rumah.

Alicia sudah lama tidak menumpang Sir
Arfan untuk pergi ke sekolah kerana dia sudah memiliki basikal. Dengan adanya basikal, segala urusan untuk dia pergi ke mana-mana menjadi lebih mudah. Dia tiba di sekolah tepat pada masanya.

Masuk sahaja Alicia di kawasan sekolah,dia mula berhati-hati. Hari ini dia mahu menghantar borang menyertai lawatan kehadiran penuh di bilik kaunseling. Dia akan pastikan, tiada siapa yang menghalang urusannya pada hari ini terutamanya kumpulan sotong yang sangat dia benci. Sotong tidak sedar diri.

Semasa dalam perjalanan,Alicia terserempak dengan Sir Arfan.

"Assalamualaikum sir.." Sapa Alicia.

"Waalaikumussalam..Alice? Awak nak ke mana?" Soal Sir Arfan.

"Erm.Saya ada urusan.. Saya nak hantar borang kehadiran penuh pada Cikgu Marina." Sopan Alicia menjawab.

"Really? But Why do I see you running away from someone?" Tanya Sir Arfan kehairanan. Dia perasan Alicia daripada tadi seperti menyorokkan sesuatu.

"Erm..You know what..saya tak nak terserempak dengan tiga orang sotong." Jawannya ringkas. Memang tidak pernah diubah gelaran sotong itu sejak tingkatan 1 lagi.

"Ouh,yes. I understand. Okey,be careful!" Ucap Sir Arfan lalu beredar dari situ. Alicia segera melarikan diri. Akhir,dia selamat sampai di bilik kaunseling.

Sir Arfan sedang mengemas mejanya untuk bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Barang-barang berharga dibawa kerana dikhuatiri hilang. Belum sempat dia melangkah keluar dari muka pintu bilik guru,dia melihat wajah Cikgu Azam yang sedang muram.

"Assalamualaikum.." Tidak terjawab salamnya. Jauh sungguh Cikgu Azam termenung.

"Assalamualaikum!" Nada dinaikkan sedikit.

"Astaghfirullah..terkejut aku!! Waalaikumussalam." Akhirnya salamnya dijawab.

"Kau..asal? Okey tak?" Tanya Sir Arfan.

"I'm okey bro. Don't worry about me,bro" Jawab Cikgu Azam sambil menghadiahkan segaris senyuman

"Sorry,tapi aku tak caye. Weyh,jom aku belanja kau minum. Jom lah..Aku bosan ni" Sir Arfan cuba untuk memujuk sang sahabat yang merangkap seniornya. Ya,Cikgu Azam jauh lebih tua daripada Sir Arfan. Cikgu Azam sudah 30-an umurnya. Sir Arfan pula baru saja 22 tahun.

"Ye la..ye la..aku teman.." Mereka pun meninggalkan bilik guru bersama-sama.

Setibanya mereka di sebuah restoran,mereka terus membuat pesanan. Sementara menunggu, seperti biasa berbual kosong menjadi penghias suasana.

"Zam..Kau kenapa sebenarnya? Aku tengok muka kau dari tadi..tonyok aje. Dah macam cicak dah aku tengok." Sir Arfan bertanya dengan prihatin dengan diselitkan sedikit unsur lucu agar kawannya tersenyum.

"Kau kan..aku tengah pening ni..boleh kau kata muka aku macam cicak. Kurang ajar kau.." Marah Cikgu Azam. Sir Arfan hanya tersengih.

"Aku nak bagi tahu kau..tapi aku takut tiba-tiba rosakkan mood kau pulak.." Tiba-tiba Cikgu Azam bersuara lagi. Pernyataan itu membuatkan Sir Arfan menjadi sangat hairan dan risau. Apa kaitannya masalah Cikgu Azam dengan Sir Arfan?

"Kenapa? Weyh,cakap lah ngan aku..Apa benda yang kau pikir sekarang ni..Zam..Cakap la zam.."

"Kau..janji ngan aku jangan tanya soalan yang aku susah nak jawab eh..janji eh.."

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now