𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 6

28 6 0
                                    

"Astaghfirullah!!" Laung Alicia.
Alicia berlari mencari item untuk memadamkan api. Alicia panik apabila melihat api lilin yang semakin merebak di langsirnya. Sungguh,dia tidak jangka ini semua akan berlaku!  Keadaan semakin berlarutan apabila api terus-terusan merebak di langsirnya!Alicia segera mengalihkan buku-buku di atas mejanya kerana risau jika bukunya pula terbakar.

  Malangnya, disebabkan terlalu panik, tangan Alicia tertepis lilin di atas mejanya.
.
"Ya Allah!!" Habis buku-bukunya dijilat api. Alicia terduduk. Dia buntu. Talian rumahnya terputus kerana ibunya sudah dua bulan tidak bayar. Sekarang,Alicia tidak tahu bagaimana hendak minta bantuan. Alicia keluar dari biliknya, dia hendak melarikan diri. Hatinya berdegup laju.

  "Ya Allah Api makin merebak!!!!!" Dari satu bilik, akhirnya pergi ke ruang tamu. Atap rumahnya sedikit demi sedikit mula retak. Asap dari api berkepul-kepul membuatkan Alicia sesak nafas.

Tangan Alicia akhirnya berjaya mencapai kunci rumah. Dia dengan segera membuka pintu. Akibat terlalu gelabah, kunci telah jatuh keluar.

"Hidup aku sampai sini aja ke??" Akhirnya,Alicia pitam. Bau asap yang penuh dengan karbon monoksida itu membuatkan Alicia pitam.

..

Penduduk taman sudah berkumpul melihat bomba-bomba sedang bertungkus-lumus menyimbah air ke arah rumah Alicia. Begitu juga dengan Sir Arfan. Dia sangat terkejut dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang. Apabila api sudah padam,Sir Arfan terlebih dahulu masuk ke dalam rumah Alicia.

   Matanya melilau mencari Alicia.

'tu pun dia!' desis hatinya.

"Alice! Alice! Alicia! Bangun!" Dia cuba mengejutkan Alicia. Namun,tiada respon. Hatinya benar-benar risau. Dia keluar dan memanggil beberapa orang wanita untuk membawa Alicia keluar.

  Tidak lama selepas itu, barulah ambulans datang. Ambulans tersebut membawa Alicia ke hospital. Sir Arfan pula mengekori ambulans tersebut dengan membawa keretanya.

"A..apa keputusannya doktor?" Soal Sir Arfan kepada seorang doktor wanita yang nampak seperti sudah berusia itu.

"Alhamdulillah dia baik-baik saja. Jangan risau. Dia cuma perlu rehat yang cukup." Jawab doktor itu penuh sopan. Sir Arfan mengangguk faham.

  Pada mulanya,dia berfikir hendak menjenguk Alicia sebentar. Tetapi,matanya sangat penat sekarang. Esok,pagi lagi dia perlu bergegas ke sekolah untuk melayan pelawat. Jadi,dia mengambil keputusan untuk pulang saja ke rumah.

  "Argh..penatnya.."Keluh Sir Arfan. Mana tidaknya, setiap hari ulang alik ke sekolah untuk melayan pelawat. Sudah 3 hari dia terpaksa menangguhkan kelas bersama muridnya. Tidur pun tidak cukup kerana masih banyak kerja yang perlu disiapkan. Buku-buku pelajar yang dikutip pun belum siap di tanda. Laporan guru bertugas mingguan belum lagi siap.

'Erghhhh kusut!' Rungutnya. Baru tahun pertama mengajar di sekolah,sudah banyak kerja.

  Sir Arfan sudah menguap. Mengantuk barangkali. Dia menuju ke arah katil bersaiz 'Queen' itu lalu menghempaskan tubuhnya di situ. Tanpa disedari,matanya terlelap juga.

..

  Baju kemeja putih berlengan panjang dikenakan dengan seluar slek berwarna hitam. Tali leher diikat kemas. Coat berwarna coklat di sarungkan di badannya. Rambutnya yang separuh kering itu di sapu gel dan di sikat. Tangannya kemudian mencapai cermin mata yang letaknya di atas meja.

  'Fuh,hensem' Sir Arfan memuji diri sendiri.

"Amboi,kamu hensem-hensem ni nak ke mana?" Seorang wanita yang nampak berusia itu tiba-tiba muncul di daun pintu bilik Sir Arfan.

"Eih, umi ni. Arfan nak pergi kerja lah. Hari ni kena pakai smart-smart sikit. Pelawat nak datang. Kalau pakai buruk-buruk nanti dia kata tak hensem." Sir Arfan menjawab sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Eh,eh kamu ni. Pelawat tu lelaki ke perempuan?"

"Of course lah lelaki."

" Kalau lelaki,buat apa nak hensem-hensem.Kamu nak pikat dia ke apa?" Sindir Datin Arfiah kepada anak bongsunya itu.

"Hello.Mana ada. I am a boy! Men can't seduce men!"

"Hahaha! Umi gurau lah..Ha,kamu tu,tak pergi amik ke anak murid kamu tu. Nanti lambat dia nak pergi sekolah sebab kamu."

Kata-kata Datin Arfiah tadi akhirnya mengingatkan Sir Arfan tentang Alicia. Ya,Alicia di hospital sekarang. Dia perlu menjenguknya sebelum pergi ke sekolah.

  "Erm..umi..Arfan nak pergi beli sarapan jap.."

"Eih kamu ni,umi dah buatkan sarapan lah"

"Bukan..Bukan untuk Arfan.. Arfan nak beli untuk murid Arfan tu..Dia tak ke sekolah harini. Mc. Dia di hospital sekarang."  Sir Arfan cuba memahamkan ibunya.

"Oo.. Kenapanya masuk hospital pulak?" Soal Datin Arfiah kehairanan.

"Eh,umi tak tahu? Semalam rumahnya terbakar."

Datin Arfiah mengangguk simpati.
Sir Arfan bersalam dengan ibunya. Dia segera menuju ke luar. Kasut berjenama Fila di sarung. Kakinya pantas berjalan menuju ke kereta.

  Kereta Mercedes Benz milik Sir Arfan berhenti di tempat letak kereta. Sir Arfan mengorak langkah menuju ke kaunter hospital.

"Where's Nurin Alicia Balqis binti saed?" Tanya Sir Arfan sopan kepada jururawat dihadapannya. Jururawat itu tersenyum sebelum matanya fokus pada skrin komputer.

"Nurin Alicia Balqis binti saed ya? Bilik 09 di hujung tu. " Jawab jururawat itu sambil menunjukkan arah laluan untuk ke bilik yang ditanya.

"Ouhh .okey thanks.." Sir Arfan mengucapkan terima kasih kepada jururawat tersebut. Dia segera menuju ke bilik yang dicari. Pintu bilik diketuk lalu dikuak dari luar. Tampak Alicia sedang khusyuk membaca buku yang bertajuk 'Meet My Lover Here.' 

   "Assalamualaikum.." Sapa Sir Arfan.

"Waalaikumussalam..eh Sir!" Alicia menjawab salam Sir Arfan dengan teruja.

"What are you doing here!?" Tanya Alicia. Tampak di wajahnya bertukar ceria apabila Sir Arfan muncul di muka pintu. Sir Arfan mengatur langkah menuju ke arah Alicia. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu susuk tubuh wanita tua yang kelihatan uzur sedang duduk di atas kerusi roda di sebelah katil Alicia.

"Who'she"

"Siapa dia?"

Serentak wanita tua dan Sir Arfan bertanya.

"Ouh, Ibu. Ini guru kelas Alice! Merangkap guru mata pelajaran bahasa Inggeris saya." Alicia memperkenalkan Sir Arfan kepada ibunya.

"Ouhh.." Jawab Ibunya ringkas.

"Alice? So..is she your mother?"

"Yes, of course.. Erm,but..Sir..What are you doing here?"

"Ouh I just want to visit you before going to school. And, here.. I brought breakfast. Eat it. This is a lot. You can share it with your mother."

"Thanks Sir.."

"Amboi,cikgu kamu ni. Muda lagi nampak. Handsome pulak tu. Tak terpikat ke kamu?"

"Eh ibu ni? Lain macam punya soalan?"

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now