𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 13

22 5 0
                                    

Azan Maghrib berkumandang. Irama kurdi yang merdu di alunkan oleh bilal. Masjid Al Falah dipenuhi para jamaah. Baik lelaki,baik perempuan semua berpusu-pusu hendak menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid.

"ALLAHU AKHBAR!"
Takbiratul Ihram di laungkan oleh Ahmad Amjad iaitu anak kepada Imam Auf. Merdu sekali alunan bacaan Qurannya. Sekali di dengar,pasti menusuk ke jiwa.

Usai menunaikan solat berjemaah, para jamaah memulakan sesi berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Majlis Maulidurrasul pada tahun ini sangat meriah. Lebih ramai penduduk taman yang menyertai program ini berbanding tahun lepas.

Pihak majlis juga menyediakan juadah yang pelbagai untuk penduduk taman . Alicia bersama-sama keluarga Sir Arfan menikmati juadah yang terhidang dengan penuh nikmat.

"Lama rasanya umi tak makan Nasi Briyani ni,Fan.." Datin Arfiah terlalu menikmati makanan di hadapannya. Alicia tersenyum melihat gelagat Datin Arfiah yang tidak ubah seperti perangai arwah ibu kesayangannya dahulu. Tiba-tiba terbit rasa rindu di dalam hati Alicia.

Flashback...

"Ibu!! Alicia kat sini lah!!" Jerit Alicia. Alicia memanggil ibunya yang sudah jauh merata mencari dirinya.

"Adui,kamu ni nak..Penat dah ibu ni duk mencari kamu..Kamu tu menghilang ke mana entah tak tahu..Haih.." Tangan tua itu menepuk-nepuk bahu si anak daranya.

"Sorry ibu..Alice excited sangat tadi nak makan Ice cream..Jadi,Alice lari lah cepat-cepat..Takut habis." Alicia membuat alasan. Setiap kali majlis Maulidurrasul,pasti akan ada yang menyumbang Ais Krim dan setiap tahun juga, Alicia tidak dapat merasa Ais Krim tersebut. Jadi,dia akan pastikan,pada tahun ini dia akan dapat rasa Ais Krim yang disedekahkan oleh salah seorang penduduk taman ini.

"Kalau iya pun,jangan lah tinggalkan ibu..Sedih tahu.." Ibunya mula membuat muka. Sengaja mahu mengusik Alicia yang mudah menangis ini.

"Alaa..ibu janganlah merajuk..Alice tak sengaja .Ibu jangan merajuk..Nah Ais Krim..Alice ambil untuk ibu sekali tahuu.. jangan merajuk.." Rayu Alicia. Niat hendak mengusik anaknya tadi terbantut apabila melihat anaknya sudah merayu-rayu meminta dia berhenti merajuk.

"Alolo..kamu ni..Baru nak merajuk..Dia pulok yang nangis..Dah dah..Ibu tak rajuk dah..Ibu main-main je.." Baru mahu merajuk,dia pula yang perlu pujuk anaknya. Namun,dia tidak kisah. Apabila melihat Alicia berusaha memujuknya sehingga menangis, hatinya benar-benar terharu. Alicia sedikit pun tidak mewarisi sikap suaminya.

Suami yang paling tidak guna bagi ibu Alicia dan ayah yang paling tidak guna bagi Alicia. Namun, ketiadaan dia bukanlah alasan untuk Pn Erica dan Alicia untuk tidak bahagia. Sebaliknya,mereka sangat bahagia tanpa lelaki durjana itu.

End Flashback...

Lama Alicia mengelamun. Perlahan-lahan tanpa dia sedar,air matanya telahpun mengalir sedari tadi. Perasaan rindu terhadap ibunya dan geram terhadap ayahnya memenuhi hati.

"Alice,are you okay?" Tanya Sir Arfan prihatin kepada anak muridnya. Risau apabila melihat Alicia tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata. Mindanya ligat berfikir,apakah yang mengganggu fikiran anak murid kesayangannya ini.

"Ah, nothing! Emm,saya..saya sakit perut.. Saya pergi tandas sekejap ye!" Alicia menukar topik. Dia segera mengesat air matanya dan berlari-lari anak menjadi ke tandas. Sir Arfan hairan. Dia yakin,pasti ada sesuatu yang tidak kena. Dia mengarahkan Zahirah untuk menemankan Alicia di dalam tandas. Zahirah hanya menurut kata tanpa sebarang kata untuk membantah.

Alicia membasahkan wajahnya berkali-kali dengan air. Dia cuba untuk menenangkan fikirannya. Perasaan rindu tiba-tiba mengganggu hatinya kini. Matanya kelihatan sedikit sembab.

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now