𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 12

22 5 0
                                    

Sekarang sudah tiba masanya pelajar -pelajar sekolah merehatkan minda di rumah mereka. Tibanya hari cuti sekolah bermaksud tibalah hari berehat bagi para pelajar. Alicia sudah lama tidak menziarahi kubur arwah ibu tercinta. Jadi pada hari ini,dia merancang untuk menziarahi ibunya.

Sweater hijau dan seluar track shuit longgar di sarung pada tubuhnya. Tudung bawal berwarna hitam dikenakan pada kepalanya. Walaupun ringkas,namun tetap menepati hukum syarak. Tudungnya tidak singkat baju dan seluarnya juga tidak lah ketat.

Sebelum keluar,dia memastikan segala alatan elektrik di rumah telah di padam. Setelah berpuas hati,barulah dia mengunci pintu rumahnya. Dia mengayuh basikal hadiah daripada Kak Zahirah dan Sir Arfan dengan perlahan. Sambil mengayuh,dia menikmati keindahan alam semulajadi di sekelilingnya.

Tidak lama selepas itu,Alicia pun tiba di tanah perkuburan. Yassin kecil di pegang erat. Kaki kanannya mula melangkah menuju ke tempat ibunya di semadikan.

Tikar kecil di bentang lalu Alicia duduk di situ. Perlahan-lahan mulutnya mula melafazkan surah Yasin dan menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah si ibu.

Hatinya luluh mengingatkan peristiwa semasa ibunya meninggalkan dia. Air matanya sikit saja lagi mahu mengalir,namun Alicia pantas menahannya. Sebelum meninggalkan ibunya,Air yang di baca Yasin tadi di siram ke atas tanah yang menjadi rumah ibunya sekarang. Dengan berat hati,Alicia meninggalkan tanah perkuburan.

ALICIA POV:

Jam menunjukkan pukul 13.00 PM. Aku terus mengayuhkan basikal aku ke sebuah butik yang menjual pelbagai jenis pakaian.
Aku sangat teruja apabila aku masuk saja ke dalam kedai tersebut.

Aku telah mengumpulkan duit untuk membeli hadiah hari lahir Kak Zahirah. Aku juga telah mengumpul duit untuk membelikan buah tangan untuk Sir Arfan dan Datin Arfiah.

Sebenarnya,hari ini aku merancang untuk melawat keluarga Sir Arfan. Aku sangat rindu dengan mereka. Walaupun baru Jumaat lepas mereka melawat aku,aku tetap rindu mereka.

Aku membelek-belek pakaian-pakaian di dalam butik tersebut. Semuanya cantik. Setahu aku,Kak Zahirah bersaiz S. Dia juga sangat suka dengan warna biru.

Tiba-tiba mata aku tertancap pada sehelai pakaian yang aku rasa sangat sesuai untuk Kak Zahirah. Baju itu sangat cantik untuk Kak Zahirah yang pandai berfesyen tapi masih menutup aurat. Aku tidak menafikan bahawa aku juga suka melihat pakaian itu. Namun,aku tidak pandai bergaya.Jadi,aku tidak pernah memasang impian untuk memakai pakaian seperti ini.

Aku memilih baju itu dan membelinya. Tidak sabar rasanya aku mahu beri pada Kak Zahirah. Sebelum aku keluar daripada butik,aku terlihat sepasang baju kemeja yang sangat-sangatlah cantik. Baju itu untuk kaum lelaki. Entah bagaimana perkara ini boleh terlintas di ruangan minda aku, tangan aku pantas mencapai baju itu dan membelinya.

Pakaian-pakaian yang aku beli untuk Kak Zahirah,Sir Arfan dan Datin Arfiah semuanya bewarna sama iaitu warna biru tua. Entah kenapa, boleh terpilih warna yang sama.

Aku terus mengayuh basikal aku dengan gembira. Akhirnya,aku tiba di rumah agam milik ibu Sir Arfan.

"Assalamualaikum!!" Aku memberi salam. Nada aku di tinggikan supaya mereka yang berada di dalam mendengar salam aku.
Aku melihat pintu rumah agam itu dikuak dari dalam.

"Waalaikumussalam!!Alice!!Awak datang!! Eeii happynya akak!" Aku tersenyum melihat gelagat Kak Zahirah. Aku sangat gembira kerana berjumpa dengan orang yang sangat perama seperti dia.

"Happy Birthday Kak Zahirah! Nah,hadiah untuk Kak Zahirah." Aku ucapkan selamat hari lahir kepada Kak Zahirah. Dia mengambil hadiah dari aku. Tidak semena-mena dia membawa aku dalam dakapannya.

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now