𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 9

30 7 0
                                    

Rutin harian Alicia sentiasa sama. Pergi sekolah dan pulang sekolah. Namun,suasananya tidak sama. Di sekolah dia sengsara dan dibuli. Di rumah dia bahagia dan di layan dengan baik sekali. Sudah 5 bulan dia tinggal bersama ibu Sir Arfan. Hubungan mereka semakin akrab.

"Kamu betul ke ni,Arfan? Kamu yakin dengan keputusan kamu?" Soal Datin Arfiah kepada anak terunanya itu.

"Ya umi. Rumah nya dah nak siap dibaiki dah. Nanti Arfan bagi tahu dia..Boleh umi?" Pinta Sir Arfan lagi.

"Boleh nak..Tapi umi takut nanti umi rindu dengan Alicia.." Datin Arfiah sedih sekiranya Alicia akan kembali ke rumahnya. Dia pasti akan merindui Alicia. Selama 5 bulan Alicia tinggal bersamanya,Alicia lah penghibur dan penceria rumah mereka.
Sir Arfan hanya mengangguk faham.

"Jangan risau lah umi..Alicia kan jiran kita..Nanti kita jenguk dia setiap hari ya?" Pujuk Sir Arfan lagi. Tampak ibunya sudah tersenyum riang.

"Kalau macam tu tak apa lah! Tapi,janji lah dengan umi yang kamu akan bawa ibu melawat Alicia se....tiap..hari! Tau!!"

Sir Arfan meng'ia'kan sahaja kehendak si ibu.

"Okey lah umi,Arfan nak cakap dengan Alicia..kejap " Pinta Sir Arfan.

"Eh..eh. Biar umi yang panggil. Kamu mana boleh masuk bilik dia. Dia tu anak dara orang. Faham?" Tegur Datin Arfiah dengan nada yang sedikit tegas.

"Heheh..faham umi..faham..Lupa pula" Sir Arfan tersengih malu. Entah bagaimanalah dia boleh terlupa akan privasi Alicia.

Pintu bilik Alicia diketuk. Perlahan-lahan pintu dikuak dari dalam. Alicia tersenyum apabila melihat susuk tubuh Datin Arfiah yang sedang berdiri dihadapannya dengan senyuman yang manis.

"Assalamualaikum Alica" sapa Datin Arfiah. Alicia tersenyum lagi. Alahai, lembutnya ibu Sir Arfan ni. Comel aje senyum nya.

"Waalaikumussalam mak cik..kenapa ni?"

"Tu hah,cikgu kamu tu. Nak jumpa kamu. Nak bincang something lah katanya " Ujar Datin Arfiah lagi.

"Alicia menangguk faham. Tudung sarung hitam yang labuhnya sehingga bawah pusat di sarung. Kakinya mula mengorak langkah menuju ke ruang tamu.

"Assalamualaikum.." Sapa Alicia dari belakang. Terkejut Sir Arfan apabila di sapa begitu dari belakang.

"Waalaikumussalam. Adui kamu ni Alice..nasib baik tak pengsan cikgu . Ingatkan hantu mana lah tadi bagi salam.." Gurau Sir Arfan. Alicia hanya tertawa. Dia mengambil tempat di kerusi hadapan Sir Arfan.

"Sir ada apa nak bincang tadi?" Tanya Alicia.

"Ouh,saya nak cakap yang rumah awak hampir siap di baiki. InshaAllah bulan depan. Jadi.." belum sempat Sir Arfan menghabiskan ayatnya,Alicia terlebih dahulu memotong ayatnya.

"Jadi,saya dah boleh balik rumah!! Yeay!! " Alicia terlalu gembira. Ya, perasaannya di kala ini sedang melonjak-lonjak gembira. Hatinya lega,tidak lagi perlu menyusahkan guru kesayangannya ini.

"Amboi..Amboi..Suka nampak? Apa kamu tak suka ke duduk dengan saya?" Usik Datin Arfiah kepada Alicia. Nadanya berbaur-baur merajuk. Sengaja mahu bermanja-manja dengan Alicia.

"Eh..eh bukan..Sa..saya.." Alica sudah kehilangan kata-kata. Tidak dapat dibahaskan perasaannya di kala ini.

"Oo..jadi awak tak nak kawan akak lagi lah ni..hmm.." Zahirah turut serta dalam urusan bermanja-manja dengan Alicia bersama ibunya. Sir Arfan hanya menahan tawa. Lucu melihat aksi mereka.

"Tak..tak bukan macam tu.." Alicia tertunduk sayu. Hatinya dihimpit rasa bersalah. Datin Arfiah dan Zahirah simpati.

"Eh..jangan nangis..Saya gurau Aje.." pujuk Datin Arfiah.

"Akak pun gurau ya..Sudah lah tu. "

Alicia tersenyum kembali. Nasib baiklah hanya gurauan. Kalau tidak,entah macamana lah dia hendak meminta maaf.

"Tapi...Ada syarat kalau Alice nak pergi balik rumah Alice."

Alicia sudah tercengang. Syarat apa pula,dia pun tidak tahu. Harap bukan pelik-pelik . Sir Arfan pula sudah menjongket-jongketkan kening.

"Sebelum kamu pergi nanti, saya nak kamu panggil saya...emm..Umi? Boleh?" Pinta Datin Arfiah.

"Kalau macam tu, Alice panggil lah saya kakak! Tau Alice. Kalau Alice tak panggil saya kakak,Alice tak boleh keluar daripada rumah ni" Sengaja Zahirah mengugut Alicia.

Alcia mengangguk laju. Setuju dengan permintaan Datin Arfiah dan Zahirah.

"Baik Umi dan Kakak!" Alicia tersenyum manis. Hati Datin Arfiah dan Zahirah sekarang benar-benar kembang bak bunga yang sedang mekar.

"Ehem.. korang dua aje ke ada nama panggilan? Orang tak de??" Sindir Sir Arfan.

"Aik,kamu pun nak nama? Hek eleh..Nama 'Cikgu' tu cukup lah..Kamu nak nama apa??Abang? " Usik Datin Arfiah kepada anak terunanya itu.

"Bukanlah umi.. Entah-entah,abang nak Alice tu panggil dia..'sa.." Tidak sempat Zahirah menghabiskan ayatnya. Mulutnya ditekup oleh Sir Arfan. Muka Sir Arfan sudah merah-kemerahan. Malu apabila adiknya main cakap lepas sahaja.

"Jangan ME.RE.PEK boleh tak?" Tajam matanya melihat Zahirah. Rasa mahu lempang sahaja.

"Nyenyenyenyenyenye " Zahirah mengajuk Si abang. Alicia dan Datin Arfiah sudah tertawa terbahak-bahak. Sesekali mata Sir Arfan melirik ke arah Alicia. Entah kenapa, setiap kali dia melihat Alicia gembira,hatinya turut menumpang gembira. Apabila Alicia bersedih,dia juga bersedih. Kadang-kadang selera makannya juga hilang setelah melihat Alicia bersedih.
Sir Arfan hanya tersenyum sendirian.

..

"Alicia!! " Suara nyaring dari belakang sangat mengejutkan Alicia. Alica menoleh kebelakang. Jelas kelihatan tiga susuk tubuh sedang menghampirinya. Wajah masing-masing bengis.

"Hoi! Kau ni kan. Aku dah kata kan,tak payah lah nak menyibuk sangat dekat si Rayyan tu! Yang kau tak faham bahasa ni kenapa!?" Marah Emira sambil menunjal-nunjal dahi Alicia.

"A..apa maksud awak ni?" Tanya Alicia kehairanan.

"Hek eleh..nak buat-buat tak tahu pulak! Yang tadi tu kau bagi buku kat dia tu..apa? " Marahnya lagi.

"Astaghfirullah..Itu Sir Arfan yang minta tolong saya bagi buku tu pada dia..Saya tak ada niat pun.." Alicia cuba memahamkan situasi yang sebenar kepada Emira.

"Woi, betina. Kau tak payah lah nak beristighfar bagai depan aku! Hipokrit punya perempuan!" Tangannya 'otw' menampar pipi Alicia. Namun, perbuatannya terhenti apabila suara yang tegas menegur mereka dari belakang.

"Siapa betina yang kamu cakapkan tu? Saya rasa nama dia Alicia. Bukan betina. Betulkan Alice?" Alicia lega apabila Sir Arfan muncul di situ. Hampir saja tadi dia di pukul.

Emira sudah termati kata. Hatinya sudah mula gelabah. Amboi, buli orang berani pula. Bila nampak cikgu, muka mengalahkan cicak.

' Kecut perut nampak?' Bisik hati Sir Arfan.

"Emira,Ezrin and Shasha right? Dah berapa banyak kesalahan disiplin awak semua buat ni? Alicia,come here." Panggil Sir Arfan. Alicia segera menuju ke arah Sir Arfan.

"what did they do to you?Do they bully you?'

Alica hanya mendiamkan diri. Tidak berani hendak bersuara. Mata-mata tiga orang sotong itu sedang memandang tajam ke arahnya.

" what did you all do to her, huh!?" Marah Sir Arfan. Buat pertama kalinya dalam sejarah,Sir Arfan marah dengan garangnya. Alicia terpana. Tiga orang 'sotong ' sudah kecut perut.

Sir Arfan sangat geram dengan sotong-sotong dihadapannya itu. Tidak habis-habis membuli. Apa salah Alicia? Entahlah,dia pun tidak tahu. Apabila melihat Alicia di buli, hatinya benar-benar sakit. Seolah-olah dia dapat merasakan apa yang dilalui Alicia. Panas betul hatinya dengan tiga orang 'sotong' ini.

"Follow me to the discipline room, now!" Arah Sir Arfan.

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now