𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 4.

30 6 0
                                    

"Ya Allah! Alicia kamu okey ke?"  Risau pula Sir Arfan apabila melihat Alicia terduduk di tengah jalan.

'eih,sir?' Bisik hati Alicia.

"I'm so sorry,Alice..Saya tak perasan lampu merah.." Sir Arfan meminta maaf berkali-kali kepada Alicia. Nasib baik lah masih bernyawa dan berroh lagi anak muridnya yang seorang ni.
Tangan Sir Arfan mengutip barang-barang yang jatuh. Alicia bingkas bangun dari duduknya.

"Don't worry sir. I'm okey"

"really? Awak dari mana?" Soal Sir Arfan.

"Err..Dari Balai. Sekarang saya nak balik rumah." Mendengar jawapan daripada Alicia,Sir Arfan menjadi risau lagi. Dia meneliti plastik yang diisi mangga dan kunci rumah tersebut.

"Apa yang berlaku?" Terus saja ditanya.

"erm..Rumah saya diceroboh.Ibu saya di Hospital. " ringkas saja jawapan diberi.

"Where is your home?"

"Rumah saya dekat Taman Rinting. Jalan Xx 12. "

"Really? Tak penat ke jalan dari sini ke sana? Tak nak tumpang?" Pelawa Sir Arfan seikhlas hati.

'ih tak nak ler. Mak aku pesan jangan percaya orang sembarangan. Kesah la cikgu ke tak..'

"Tak apa lah cikgu..Thanks" Alicia menolak pelawaan cikgunya dengan sopan.

"Saya tahu apa awak fikirkan. But,don't worry. Saya pun duduk Taman Rinting. Berjiran je. You Jalan Xx12. And me Jalan Xx 10. Tak jauh pun. Kalau saya culik awak pun,ada lah mak bidan nampak.Hahaha" Sir Arfan berjenaka. Dia memang suka buat lawak. Time orang serious pun buat lawak . Memang tak kena time.

'what the..' Alicia tergamam. Apa makhluk ni baca fikiran orang ke?

"For your information,lagi bahaya kalau you jalan sorang ii. Kat sini sunyi. Tak ramai. Nanti ada toyol culik baru tahu." Sekali lagi Sir Arfan berjenaka. Kali ini,Alicia tidak dapat menahan tawa. Lucu,barangkali.

"Eih Sir ni,ada ke patut toyol culik saya?" Alicia membalas kata-kata Sor Arfan tadi. Mereka sama-sama ketawa. Dalam masa yang sama,Alicia rasa ada betulnya apa yang diberitahu Sir tadi.

Alicia mengelamun sebentar. Jelas sekali pada reaksinya,nampak seperti sedang berfikir. Tanpa dia sedar,Sir Arfan telah membuka pintu kereta disebelah seat pemandu. Alicia tergamam. 'Tak kan lah aku duk sebelah pemandu? Aku penumpang'

"emm..Why not,saya duduk belakang. Saya cuma penumpang." Pinta Alicia.

"Ah, Seat belakang penuh dengan file pelajar. And..barang lama nak dibuang.. I think,kalau awak duduk situ,tersepit nanti." Entah kali keberapa Sir Arfan buat lawak. Baru Alicia tahu,sir Arfan sangat suka berjenaka.

"Ouh..okey.." Jawabnya.

Hampir 15 minit perjalanan mereka. Mereka hanya berbual kosong selama 15 minit itu. Setiba saja Alicia di rumah,Sir Arfan terfikir sesuatu.

"Btw, esok awak nak pergi sekolah dengan apa? Even you naik van or bus ke? " Sebagai seorang guru kelas Alicia,dia perlu ambil tahu. Kalau tidak,nanti ada yang cakap dia tak bertanggungjawab pula.

    "Saya tak naik van or bus..Even saya tak ada transport,saya tetap kena datang sekolahkan? So,I think..Saya...Jalan kaki kot" Jawabnya. Alicia tidak terfikir pula hendak menyusahkan orang lain.

'Selagi ada kaki,gunalah kan?'

"seriously? Jauh kot.."

" Tak de la. " Hakikatnya,dia tidak menafikan. Memang jauh rumahnya dengan sekolah.  Kalau jalan kaki dengan menggalas beg yang tahap beratnya tidak dapat nak dibincangkan,pasti tercabut kaki Alicia. Kalau mahu minta tumpang orang,siapa? Tiada pelajar satu sekolah dengannya di Taman Rinting.

  "I think..Start esok,I ambil awak. Nanti kalau mak awak dah sembuh,mak awak hantar. Boleh?"

'Siyes ah!?'

"Erk..tak perlu kot.." Tolak Alicia.

"No,tak boleh tolak. Saya guru kelas awak. So saya kena ambil berat. Dah jadi tanggungjawab saya. " Pujuk Sir Arfan lagi.

"ah..Emm..okey..InshaAllah.." Dia tak kisah. Tetapi,dia sendiri tidak tahu peluang ibunya untuk hidup bagaimana. Andaikata tiada peluang,tak kan Alicia nak tumpang Sir Arfan setiap hari kot?

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now