𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 5

26 6 0
                                    

Sudah hampir sebulan Alicia menuntut ilmu di sekolah menengah. Hampir sebulan juga,Alicia pergi ke sekolah dan pulang dari sekolah dengan menumpang Sir Arfan. Pada mulanya, Alicia tidak merasakan apa-apa. Tidak terlalu janggal. Ini kerana Sir Arfan selalu berbual dengannya. Adegan lucu juga tidak sah kalau tidak diselitkan dalam perbualannya. Pada Alicia,baru seorang guru yang melayannya seperti kawan yang dia jumpa di sekolah menengah.

Namun,setelah hampir sebulan menumpang Sir Arfan,Alicia mula tidak selesa dengan mata-mata yang memandang. Hampir setiap hari juga,Emira,Ezrin dan Shasha mengatanya. Gosip kencang daripada murid lain pun apa kurangnya. Sama saja, menyakitkan hati.

Sekarang adalah waktu semua murid pulang ke rumah. Alicia menunggu Sir Arfan di hadapan bilik guru. Sementara menunggu,Alicia ligat berfikir. Dalam mindanya, penuh dengan soalan atau lebih tepat lagi permintaan. Doanya,Sir Arfan dapat membuat keputusan dengan baik untuk memenuhi permintaannya.

Sedang asyik Alicia mengelamun,pintu bilik guru dikuak dari dalam. Sir Arfan keluar dari bilik guru dan berjabat tangan dengan seorang pelawat. Kemudian,dia menuju ke arah Alicia.

"Dah lama ke tunggu? Sorry, ada pelawat and saya kena layan mereka."

"Ouh..Tak lama pun.."

Mereka berdua terus berjalan menuju ke kereta. Semasa dalam perjalanan,Alicia cuba mencari nafas untuk menyampaikan sesuatu.

"Emm..Sir,Sebenarnya saya nak tanya..Boleh ke kalau sir carikan mana-mana cikgu perempuan untuk saya tumpang sementara ibu saya masih di hospital?" Pinta Alicia penuh makna.

"Why? Takut?" Gurau Sir Arfan.

'eih die ni,orang serious dia main-main pulak. Kalau bukan sebab ko cikgu dah lama aku lepuk!' Desis hati Alicia.

"Mana ada lah sir..Tapi,kat sekolahkan banyak mak cik bawang. Sikit-sikit gosip. Lagi-lagi sotong-sotong tu. " Jelas Alicia. Sir Arfan mengangguk faham sambil tertawa.

'Asal pulok dah..gelak tiba-tiba hang ni' Bisik Alicia di dalam hati.

" What do you mean 'sotong-sotong ' ? Hahaha" Soal Sir Arfan.

"Emm..You know what,team perempuan-perempuan sotong? Faham?" Alicia memberi penerangan ringkas.

"Ouh you mean 'Gedik' right?

"Yes, That's right"

"Hahahah You're good at making jokes!"

"Hey, I'm serious, okay?" Alicia geram dengan Sir Arfan yang asyik kenakan dia saja. Alicia memeluk tubuh. Sir Arfan ketawa saja melihat reaksi Alicia.

'comel' Desisnya.

"Okay..okay .don't sulk.. InshaAllah, I'm trying to ask the female teacher to take you. Come on, don't sulk." Pujuk Sir Arfan lagi.

"Hello..Who's sulking? me? Where am I sulking" Geram betul Alicia dengan Sir Arfan. Sejak Alicia menumpang Sir Arfan, hubungan mereka menjadi akrab seperti kawan baik.Alicia pula selalu saja dijadikan bahan untuk ditertawakan. Semakin Alicia kenal Sir Arfan, semakin banyak telatah lucu dari Sir Arfan. Kadang-kadang, Alicia rasa, tanpa Sir Arfan,dia mudah rasa bosan. Lebih-lebih lagi apabila ibunya masih di hospital. Bosan sungguh! Dalam kelas pun, cikgu-cikgu lain yang mengajar sentiasa serius. Tidak banyak melawak. Maka jelaslah,pasti kelas Sir Arfan yang paling meriah.

Alicia tersenyum sendirian.

🌟

Peperiksaan awal tahun akan menjelma tidak lama lagi. Semua murid pasti sedang bertungkus-lumus membuat ulangkaji. Begitu juga dengan Alicia.

Alicia sedang membuat persiapan sebelum mengulangkaji pelajaran. Segala alat tulis disediakan di atas meja belajar. Buku teks,buku latihan dan buku rujukan juga diletakkan di tempat yang sama. Air kosong di isi dalam satu botol yang besar untuk menjadikan bekal. Tidak perlulah Alicia mengulang alik dari bilik ke dapur. Lilin kecil dinyalakan untuk menggantikan lampu malam .

'Lengkap!'

Alicia mencari penyepit untuk disepitkan di langsirnya. Setiap laci yang ada di dalam bilik nya dibuka.

"Adui..Mana ni.." Alicia sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Dia keluar dari biliknya. Dari satu sudut ke satu sudut ruang tamu Alicia ronda. Akhirnya, dia jumpa penyepit langsir. Dia kembali ke biliknya dengan gembira.

Tiba sahaja Alicia di biliknya, terbuntang matanya melihat sesuatu yang tidak diduga berlaku dihadapannya!

"Astaghfirullah!!"

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now