𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 8

27 6 0
                                    


Berita tentang pemergian Pn Arica sampai ke pengetahuan pihak sekolah dan jiran-jiran setaman. Sir Arfan dan yang lain turut bersimpati setelah mendengar berita ini.

Sir Arfan,Cikgu Azam dan rakan sekerjanya yang lain turut serta dalam menunaikan soalt jenazah buat arwah ibu Alicia. Jiran-jiran yang lain juga turut serta. Jemaah yang menunaikan solat jenazah ke atas arwah lebih daripada 10,000 ahli jemaah. Ada yang kenal,ada yang tidak kenal. Tetapi,apa salahnya. Islam bersaudara. Siapa sahaja yang telah pergi ke rahmatullah yang beragama Islam tetap darah daging kita. Masing-masing semuanya keturunan Adam.

Selepas,sesi menunaikan solat jenazah,majlis diteruskan pula dengan majlis bacaan Yassin dan tahlil. Kemudian,barulah arwah dikebumikan. Alicia memerhati daripada jauh. Beberapa orang Pak cik sedang sibuk menguruskan pengebumian arwah. Air mata Alicia tetap tidak mahu berhenti mengalir. Semakin lama semakin deras.

"Sudah lah tu menangis..Tak elok tahu menangis di tanah perkuburan."Alicia tersentak. Dia menoleh ke arah empunya suara itu. Sir Arfan tersenyum melihat Alicia.

"Alicia,saya pun simpati lepas dengar berita ni.. Tapi,saya terkejut. Ramai jemaah yang datang untuk menunaikan solat jenazah ke atas arwah.. " Kata Cikgu Azam. Terkejut juga Alicia apabila Cikgu Azam turut ada sekali.

"Maksudnya,Ibu kamu tu orang yang baik.Beruntung kamu dapat ibu macam arwah. Sudah lah tu..Jangan nangis-nangis lagi..Nanti tak comel.." Pujuk Cikgu Marina.

"Eh..Cikgu?" Terkejut Alicia buat kali ke 3. Cikgu Marina adalah cikgu kaunseling sekolahnya. Cikgu kedua paling rapat dengannya selain Sir Arfan.

Cikgu Marina membawa Alicia ke dalam dakapan. Sebagai seorang guru kaunseling,dia sangat memahami Alicia. Dia yakin,Alicia sudah menerima pebagai ujian daripada Allah SWT. Pasti berat bagi Alicia.
Cikgu Marina meleraikan pelukan. Dia mengelap air mata Alicia.

"Alicia..Saya yakin kamu adalah anak yang baik. Kamu buatlah baik setiap hari. Nanti pahala itu kamu akan sumbangkan pada ibu kamu juga tahu? Kamu kan sayang ibu kamu. Kalau sayang,jangan sia-siakan ibu kamu,ya?"

Alicia mengangguk faham.

"Alicia,Ni buku awak. Awak tertinggal tadi dekat surau." Sir Arfan menghulurkan buku novel 'Meet My Lover Here' milik Alicia. Alicia mengambilnya. Dia memeluk buku itu. Itulah pemberian terakhir daripada ibunya.

"Alicia,I forgot to tell you, Cikgu Marina will send you to school from now on. But.."

"But what,sir?" Tanya Alicia tidak sabar.

"I will send you home. Teacher Marina needs to stay at school because she needs to be with the students in the afternoon session."

"Oh. begitu..Tak apa sir,saya faham. Terima kasih Sir. Saya banyak menyusahkan Sir. I'm so sorry." Sir Arfan memandang simpati kepada Alicia.

"No hal." Sir Arfan tersenyum lagi. Entah kali keberapa sudah Sir Arfan menghadiahkan senyuman kepada Alicia.

Masing-masing meminta diri untuk pulang. Sir Arfan menghantar Alicia pulang ke rumah. Apabila tiba di hadapan rumah,Sir Arfan menepuk dahi.

'Macam mana aku boleh lupa. Rumah dia terbakar dua hari lepas. Ya Allah..Manalah dia nak duduk. Kesiannya. Mesti berat bagi dia untuk terima semua ni.' Sir Arfan mengeluh berat.

Dia melihat Alicia yang sudah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia tahu, Alicia pasti buntu sekarang. Jika hendak beri tumpang tidur di rumahnya,pasti Alicia menolak. Jika,hendak beri tumpang rumah Cikgu Marina,jauh pula. Rumah jiran? Boleh percaya ke?

'Aha! Aku ada idea!'
Tangan Sir Arfan menyeluk poket seluarnya. Telefon bimbit berjenema Iphone 14 Pro Max itu di ambil. Dia segera mendail nombor ibunya.

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now