Chapter 1.

45 6 0
                                    


________________________________________

Tahun 2023 merupakan tahun baharu bagi semua pelajar menjalankan sesi persekolahan. Semua pelajar sangat gembira dan teruja. Alangkah indahnya dunia apabila mereka dapat berjumpa dengan sahabat yang sentiasa mewarnakan dunia mereka.

Begitu juga dengan Alicia. Hatinya juga tidak sabar untuk bersekolah. Cuma,dia tidak akan menjejakkan ke sekolah kesayangannya lagi. Hari ini benar-benar tahun baharu. Sebelum ini,tahun baharu tidak seperti tahun baharu baginya. Kerana, selepas cuti persekolahan dia akan kembali bersekolah dan bertemu orang yang sama,Cikgu yang sama,kawan yang sama,mata pelajaran yang sama dan suasana persekitaran yang sama. Tetapi berbeza sekali untuk hari ini.

  Segalanya berbeza. Sekolah lain,cikgu lain,kawan lain dan suasana nya tidak meriah seperti di sekolah rendah.  Alicia cuba untuk bangun dari mimpi. Akhirnya barulah dia sedar,ini bukan lagi mimpi. Dia sudah menjangkau umur 13 tahun sekarang.

"Adica,Fariza..Atina..Aku mesti rindu korang..Cikgu Kamariah..Miss Annis..Cikgu paling banyak simpan kenangan dengan aku..Mesti aku rindu gila dengan korang semua" Bisik hati Alicia. Sesekali air matanya dikesat. Tidak sangka,dia sedang berdiri di hadapan sekolah yang bakal mengubah hidupnya. Dahulu,dialah yang paling glamour. Dialah senior. Dialah yang terbaik. Sekarang, dialah junior. Dialah yang tidak mempunyai apa-apa. Terasa seperti pelajar tahun 1 pula.
 

   Alicia mula membuka langkah masuk ke sekolah. Hatinya berdegup kencang. Mindanya ligat berfikir 'Apakah nasibnya selepas ini?'

'Cikgu di sekolah menengah garang-garang! Nanti dah tak ada dah yang nak layan kamu semua macam kawan dekat sana!'

  Kata-kata Pn.Ashihah merangkap guru penolong kanan sekolah rendah nya dulu terngiang-ngiang di ruangan mindanya.

"Betul ke?" Hatinya berbisik perlahan. Dalam Alicia sedang melayan perasaan sambil berjalan tanpa arah tuju,tanpa sengaja dia terlanggar seorang guru lelaki.

"Ah!" Jerit cikgu itu.

Buku-buku yang diikat dengan pengikat buku Alicia itu terlepas dari tangan dan hinggap di kaki cikgu dihadapannya. Kaca mata yang diapakai guru itu jatuh kebawah.

"Astaghfirullah..Maafkan saya cikgu! Saya tak perasan..sa..saya tak sengaja.." Alicia meminta maaf berkali-kali sambil tangannya tergesa-gesa mengangkat buku-bukunya yang terjatuh tadi.

"..Erk..cikgu? Cikgu okey?" Alicia hairan apabila cikgu dihadapannya ini seakan-akan mencari sesuatu.

"Where's my sunglasses?" Soal Sir Arfan.

'ouh cikgu English ke..' Bisik hati Alicia lagi. Pada masa yang sama,matanya melilau mencari cermin mata milik Sir Arfan.

'ouh tu pun ia!' Alicia segera mencapai cermin mata milik Sir Arfan.

"Erm..Ini ke cikgu punya..cermin mata?"

"Ouh yes! Thanks..err.. What's your name?"

"Alicia. Just call me Alice.."

"Okey, Thanks Alice!"

"Erk..saya minta maaf banyak-banyak ya cikgu.Saya tak perasan cikgu ada di depan tadi. Mana kasut cikgu? Kenapa cikgu hanya berstokin?" Soalan spontan tidak sengaja keluar dari mulut Alicia. Ops! Sekali dia teringat. Disini tiada guru yang akan melayannya seperti kawan lagi. Alicia yakin,pasti cikgu ini akan memarahinya kerana menyibuk.

"Ouh! Hahaha! Saya daripada Surau tadi. Saya nak keluar ambil barang di pondok guard. Kasut saya pula bertali. Leceh nak diikat. Alang-alang jarak surau dengan pondok guard ni dekat,saya malaslah nak sarung kasut." Terang Sir Arfan.

'Seriously? Dia bercakap dengan aku macam member? By the way,pandai cakap melayu rupanya. Ingatkan tak reti. Dari tadi speak English je.'  Alicia bermonolog sendiri.

"Ouh..Hahaha.. So next time cikgu tak boleh berkaki ayam lagi lah..Nanti ada buku jatuh atas kaki sakit lagi.." Alicia pula berjenaka.

'eih apa aku ni. Random noh. Kang tak pasal-pasal kena sepak ngan cikgu.'

"Yes of course. Next time saya tak kan berkaki ayam lagi."

'Eh,lain macam..Baik pulak cikgu ni? Tak macam apa yang aku bayang. Ke..tak semua cikgu macam rimau?' Inilah masalahnya apabila wujudnya hamba Allah yang percaya cakap orang tua bulat-bulat.

Sebelum Alicia meneruskan perjalanannya,dia terfikir untuk bertanya kepada Sir Arfan. Ya,dia sendiri sudah hilang arah. Dia tidak tahu hendak kemana. Sekolah ini sangat asing baginya.

Alhamdulillah, Sir Arfan menjawab soalannya dengan ramah sekali. Sedikit hatinya merasa selesa dengan keadaan sekolah ini. Dia yakin,pasti tidak semua guru di sekolah menengah garang bak harimau mahupun singa. Pasti masih ada guru yang baik seperti kucing yang manja.

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now