𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 15

19 2 0
                                    


Basikal bewarna merah hitam diletakkan di tempat yang sepatutnya. Kaki mengatur langkah dengan sangat pantas. Hati diulit rasa rindu dan sebak. Mulutnya tidak pernah putus memanjatkan doa agar mereka sekeluarga dapat menghadapi ujian ini dengan jiwa yang kuat. Dia yakin,iman yang tetap utuh dihati mereka akan menjadi pemangkin semangat bagi mereka sekeluarga untuk menerima ujian ini.
Alicia terus berlari menuju ke arah kaunter. Bilik rawatan yang menempatkan Datin Arfiah ditunjukkan oleh jururawat di kaunter itu. Alicia mengangguk perlahan dan berterima kasih kepada jururawat tersebut.
"Assalamualaikum.." Pintu bilik rawatan Datin Arfiah dan Zahirah dikuak perlahan dari luar. Pergerakan Alicia terhenti apabila melihat dua pasang mata sedang tertumpu padanya dengan wajah yang sugul. Melihat wajah sugul kedua-dua insan tercinta ini membuatkan hati Alicia seperti di robek-robek. Rasa simpati semakin berkepul-kepul di dalam jiwa sanubari anak muda ini.
"Waalaikumussalam..Alice.."Serentak mereka menjawab salam.
"Alice!! Akak rindu sangat dekat Alice! Come here!" Wajah sugul Zahirah berubah ceria apabila melihat susuk tubuh Alicia sudah berdiri di hadapan pintu bilik rawatan. Dia mendepakan tangannya untuk memeluk Alicia. Alicia hanya tersenyum melihat gelagat Zahirah lalu memeluk Zahirah. Kemudian, dia meleraikan pelukan dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Datin Arfiah. Datin Arfiah memandang wajah manis Alicia dengan tenang. Dia tersenyum lalu menyambut huluran tangannya. Usai bersalam, satu kucupan hinggap di dahi Alicia. Mata Datin Arfiah sudah mula bergenang. Rindu sungguh dia hendak melihat wajah comel ini.
"Umi,Kakak..Ni Zahirah ada bawa buah tangan. Ambillah." Zahirah menghulurkan makanan yang dibelinya sebentar tadi kepada mereka sambil menghadiahkan senyuman manis.
"Alahai..susah-susah je kamu..Terima kasih Alice.."-Datin Arfiah.
"Thanks Alice! Lope you very much!!" -Zahirah.
Alicia sedikit kagum dengan mereka. Walaupun mereka telah diuji dengan pelbagai masalah,mereka masih tersenyum dan ceria.
"Umi,Kak Zahirah..Sihat?"-Alicia
"Alhamdulillah. Our condition is okay.." Jawab Datin Arfiah.
"Umi dengan Kakak kena kuat tau.. Walaupun umi kakak sekeluarga diuji dengan bermacam-macam ujian,jangan sesekali salahkan takdir. Allah uji sebab Allah sayang. Allah tahu Umi kakak sekeluarga kuat." Ujar Alicia menahan sebak. Dia amat-amat dan teramatlah simpati dengan nasib mereka sekeluarga.
"InshaAllah..Jangan risau lah. Umi and family always kuat. Tahun lepas kan Alicia susah. Tahun ni Umi sekeluarga pula di uji. Mungkin hari ni umi menderita Maybe,esok akan jadi hari paling bahagia buat umi sekeluarga? Siapa tahu kan?" Balas Datin Arfiah pula. Alicia terkedu seketika. Kata-kata yang sama diberikan oleh Datin Arfiah dengan Sir Arfan semasa dia susah dahulu. Benarlah orang kata. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Datin Arfiah adalah seorang ibu yang terbaik untuk Sir Arfan dan adik-beradiknya. Tidak pernah sekalipun Datin Arfiah mengeluarkan kata-kata kesat mahupun adegan-adegan tidak sepatutnya dihadapan anak-anaknya. Tiba-tiba ada sesuatu yang membuatkan Alicia tersentak daripada lamunannya.
"Umi,Kakak..How about.. Sir Arfan?" Setelah mendengar soalan daripada Alicia,hati tua Datin Arfiah mula dipagut sayu. Namun, perasaannya tetap disembunyikan dengan segaris senyuman agar anak muda dihadapannya ini tidak diulit rasa bersalah.
"Jom ikut umi. Zahirah tunggu sini ya..Kaki kamu tu tak boleh gerak sangat..Tau?" Zahirah mengangguk perlahan sebelum kembali membaca risalah.
Datin Arfiah berjalan dengan mengampu tongkat dengan berhati-hati menuju ke tempat yang menempatkan Sir Arfan. Alicia terpinga-pinga mengikuti langkah wanita tua itu.
Mereka berdiri di hadapan pintu bilik rawatan Sir Arfan. Alicia mencekup mulutnya sambil menahan sebak di dada. Tidak sanggup rasanya hendak melihat keadaan guru kesayangannya dengan tubuh yang penuh dengan wayar-wayar.
"He's been in a coma for two weeks.." Ujar Datin Arfiah sayu. Alicia tertunduk. Sedih melihat keadaan Sir Arfan kini. Alicia mengesot air mata lalu memandang wajah Datin Arfiah.
"Umi, esok Alicia datang lagi.. Alicia balik dulu..Umi ingat tau.. Doakan baik-baik untuk sir..Alicia pun doakan umi sekeluarga sihat selalu. " Datin Arfiah mengangguk perlahan. Dia tersenyum. Entah kenapa, dia merasakan kehadiran Alicia sentiasa menyinari kehidupan mereka sekeluarga. Alicia juga sering menjadi pendorong untuk mereka sekeluarga bangkit sebelum jatuh.
Huluran tangan Alicia membuatkan Datin Arfiah tersedar daripada lamunan yang panjang. Alicia sempat menghadiahkan segaris senyuman sebelum tangan tua itu dicium perlahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now