𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 10

27 6 0
                                    

"Wah!! Cantiknya!" Alicia sangat teruja melihat keadaan rumahnya. Rumahnya tidak lah terlalu diubah suai. Cuma, rumah itu telah dihias sehingga membuatkan suasana di dalamnya ceria. Perabot lama telah diganti baru. Malah,telah disediakan juga kabinet khas untuk meletakkan trofi-trofi milik Alicia. Alicia meneliti setiap sudut ruang tamu. Sebelum ini,perabot yang terlalu banyak menyebabkan ruang tamu nya kelihatan sangat sempit sehinggan tidak muat untuk meletakkan sofa.

Alicia sedikit kagum dengan cara mereka menmghias rumah ini. Tidak sangka,rumah ini sekarang memiliki sofa yang gebu. Television berjenama Samsung juga digantungkan di dinding.
Sir Arfan dan Datin Arfiah sangat senang hati apabila melihat Alicia gembira.

"Hah,suka tak?" Soal Sir Arfan.

"Suka! Terima kasih,sir. Terima kasih umi! Mesti mahalkan..Maaf kalau banyak menyusahkan." Ujar Alicia. Walaupun dia gembira,namun hatinya tetap dibendung rasa bersalah. Dia yakin kabinet,sofa,katil,meja dan perabot-perabot lain yang ada sekarang pasti sangat mahal.

"Tak adanya mahal. Alice, umi suka tengok kamu happy macam tadi. Dah jangan sedih-sedih. Tu,kakak kamu tu. Dia dah siap buat sarapan dekat dapur baru kamu tu. Jom!"Ajak Datin Arfiah.Alicia hanya menurut.

"Umi,Arfan nak ambil barang jap eh. Nanti Arfan join." Pinta Sir Arfan. Datin Arfiah mengangguk sahaja dan terus menuju ke dapur.

Terubuntang mata Alicia apabila melihat dapurnya yang telah diubah suai. Dapurnya tidak terlalu besar kerana rumah ini hanya di diami oleh Alicia seorang. Alicia terpesona melihat perabot-perabot di dapurnya. Meja makan barunya juga tidak kurang hebat. Ditambah pula dengan lauk-pauk yang baru dimasak oleh Zahirah.

Sedang mereka asyik menjamu selera,barulah Sir Arfan datang ke dapur.
Dia tersenyum melihat keakraban Alicia dengan ibunya dan adiknya.

"Ehem,kamu tu. Tak nak makan ke?" Soal Datin Arfiah pada anak terunanya itu.

"eh..Of course lah nak. Lapar ni..Mana boleh tak makan"Ujar Sir Arfan sambil mengusap-usap perutnya. Tanpa membuang masa,dia segera mengambil tempat duduk di sebelah Alicia. Bukan sengaja, tetapi itu sahaja kerusi kosong yang tinggal. Alicia mula tidak senang duduk.

"Uhuk! Uhuk!" Alicia tersedak. Sir Arfan yang melihat tangan Alicia tergapai-gapai hendak mengambil air segera menuangkan air ke dalam cawan dan memberikan padanya. Alicia meneguk air tersebut dengan perlahan.

"Alhamdulillah.." Alicia menghembuskan nafas lega.

"Lah,dah kenapa sampai tersedak tu?" Soal Datin Arfiah.

"Ah,tercekik tulang ikan hehe.."

"Haih,makan tu elok-elok ler sikit anak Oii" Tegur Datin Arfiah kepada Alicia.
Risau pula dia apabila melihat Alicia tiba-tiba tersedak.

🅐︎🅛︎🅘︎🅒︎🅘︎🅐︎ 🅟︎🅞︎🅥︎:

Hari ini, aku menikmati saat-saat indah bersama keluarga Cikgu Arfan. Aku gembira dan bersyukur kerana bertemu mereka. Banyak jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan terhadap aku selepas pemergian arwah ibu kesayangan aku.

Ibu,Alice sihat. Alice bahagia. Alice gembira. Walaupun di sekolah Alice di buli,namun ia bukan penghalang untuk Alice terus bahagia. Kehadiran keluarga Sir Arfan sangat berharga bagi Alice. Ibu jangan risaukan Alice.

Lama aku mengelamun. Tetapi, tangan aku juga tidak lepas menikmati makanan yang telah di masak oleh Kak Zahirah yang aku dah anggap macam kakak sendiri.

Sedang aku asyik menikmati makanan sambil mengimbau memori lama antara aku dengan ibu, Sir Arfan tiba-tiba mengambil tempat di sebelah aku.

Aku mula tidak senang duduk. Bukan apa,tapi aku tidak selesa. Walaupun aku tahu dia guru yang baik,tetapi dia tetap seorang lelaki. Jadi,aku memang tidak biasa bersebelahan dengan lelaki.

Sepanjang aku menumpang Sir Arfan untuk pergi ke sekolah,inilah perasaan aku. Namun,aku cuba ketepikan perasaan ini dengan berbual kosong supaya suasana tidak terlalu kekok.

Disebabkan aku terlalu tidak selesa, entah bagaimana,aku boleh tersedak. Sebenarnya,aku bukanlah tercekik tulang ikan. Aku,terpaksa tipu sunat supaya Datin Arfiah tidak risaukan aku. Tapi,tipu sunat yang aku buat,tetap merisaukan juga.

"Arfan,lepas ni kamu nak ke mana?" Aku meneruskan urusan aku dalam menghabiskan makanan di hadapan aku sementara telinga aku terpasang elok untuk mendengar perbualan mereka.

"Emm,Arfan rasa balik rumah terus lah..Arfan ada banyak kerja kat sekolah belum siap. Jadi,Arfan nak rehat-rehat kejap."

Hati aku mula diulit rasa bersalah tatkala aku mendengar jawapan daripada Sir Arfan. Aku kagum melihat kegigihan Sir Arfan untuk menjaga keperluan aku. Pada aku,dia adalah seorang guru yang sangat prihatin. Namun, aku simpati dengannya. Aku yakin, di sebalik senyuman dia sekarang,pasti di ruangan mindanya penuh dengab urusan-urusan sekolah yang masih belum diselesaikan.

Namun,apakan daya. Aku sudah berkali-kali minta dia berhenti. Cukuplah sekadar menumpangkan aku ke sekolah dan bermalam di rumahnya bersama Kak Zahirah. Tetapi,Sir Arfan tetap berdegil.

Aku tidak mampu membalas kebaikan dia. Aku hanya mampu mendoakan dia. Aku harap,Allah permudahkanlah segala urusan hidup Sir Arfan sekeluarga.

"Ouh, kalau macam tu ,umi on je. Alice, okey ke?"

Aku tidak tahu apa yang perlu aku jawab sekarang. Aku mahu meluangkan masa dengan mereka lagi. Tetapi,aku mahu mereka berehat juga. Apa yang patut aku jawab?

"emm..Saya tak kesah..Ikut lah mana-mana..Tapi,saya rasa umi,kakak dengan Sir Arfan pun perlukan rehat."

Aku cuba memberi cadangan. Alhamdulillah,mereka setuju. Usai makan di dapur,aku bersalam-salaman dengan Kak Zahirah dan Datin Arfiah. Kemudian,barulah mereka pulang.

Apabila melihat kereta Sir Arfan sudah hilang dari perkarangan rumah,barulah aku menutup pintu rumah. Aku melihat setiap sudut rumah. Walaupun rumah itu telah di hias supaya ceria,namun aku tetap terasa kosong di dalamnya. Aku rindu saat aku bersama ibu di ruang tamu yang dulunya sempit dan hanya dipenuhi perabot lama yang seharusnya di ganti baru. Aku rindu dodoian ibu di di dalam bilik tidurku yang dulunya tidak seperti bilik.

Namun,apa yang aku boleh buat sekarang? Aku hanya mampu redho dan terima segala yang telah berlaku. Aku bersyukur dan aku terima segala-galanya kerana aku percaya,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

🅔︎🅝︎🅓︎ 🅐︎🅛︎🅘︎🅒︎🅘︎🅐︎ 🅟︎🅞︎🅥︎

2Ⓣ︎Ⓐ︎Ⓗ︎Ⓤ︎Ⓝ︎ Ⓚ︎Ⓔ︎Ⓜ︎Ⓤ︎Ⓓ︎Ⓘ︎Ⓐ︎Ⓝ︎..

Suasana sekolah di sesi petang sungguh berbeza semasa di sesi pagi. Pelajar-pelajar yang semasa tingkatan satu dan dua dulunya nakal tidak bertempat,sekarang sudah berubah menjadi lebih matang. Guru-guru yang mengajar di sesi petang juga lebih garang dan tegas berbanding di sesi pagi. Sesi pagi di tempatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 manakala sesi petang pula ditempatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 hingga 5.

Alicia kini telah melangkah ke alam sesi petang. Alicia tidak lah terlalu teruja apabila belajar di sesi petang. Sebaliknya, dia sangat merindui suasana di pagi hari. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan cuaca yang sejuk kerana matahari masih lagi belum naik.
Suasana di dewan juga tidak terlalu bising kerana hampir semua pelajar masih lagi lemah dan mengantuk. Mana tidaknya,pagi-pagi lagi perlu bergegas ke sekolah. Walaupun begitu,suasan tenang di pagi hari itulah yang membuatkan Alicia juga berasa tenang.

Alicia juga agak kecewa kerana dia tidak akan bertemu Sir Arfan lagi. Sejak dia menjelang umur tingkatan 2,Sir Arfan semakin lama semakin jarang melawatnya. Kak Zahirah dan Datin Arfiah saja yang masih mempunyai banyak masa untuk meluangkan masa dengan Alicia.

Perasaan rindu menguasai hati Alicia. Entah bila lagi mereka boleh berjumpa.



𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now