Bab 32

6.5K 364 20
                                    

SEDANG Arshad dan Marsha bersiap untuk tidur, telefon Arshad berbunyi. Arshad terkejut melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. Nama Marsha Afrina. Sudah sekian lama dia tidak dihubungi Afrina. Apa pula mimpi Afrina call dia malam-malam macam ni.

"Assalamualaikum, Arshad."

"Waalaikumusalam, Afrina ke ni?" Pandangan Arshad dan Marsha bertembung.

"Ya. Saya nak minta tolong awak boleh?"

"Err... Minta tolong apa tu ya? Insya Allah, kalau saya mampu, saya tolong." Berdebar jantung Arshad melihat renungan tajam isterinya.

"Farid dah ceraikan saya. Saya kena halau dari rumah tu. Jadi, boleh tak saya nak minta tolong awak tumpangkan saya tidur rumah awak malam ni? Malam ni aje. Saya janji, esok saya keluar."

"Astaghfirullah... Awak sekarang kat mana ni?"

"Okey. Nanti saya datang ambil awak. Tunggu ya sampai saya datang." Arshad mematikan panggilan lalu dia mencapai kunci kereta.

"Abang nak pergi mana?" soal Marsha pelik melihat Arshad tergesa-gesa.

"Abang nak pergi ambil Afrina sekejap. Dia kena halau dengan bekas suami dia."

"Bekas suami?"

"Dia dah kena cerai. Awak temankan saya pergi ambil dia ya," pinta Arshad. Marsha mengangguk laju.

KEESOKAN pagi, Afrina sudah bersiap untuk keluar dari rumah banglo Dato' Mukriz. Dia bersyukur kerana dia diizinkan bermalam disitu.

Tukk! Tukk!

Kedengaran bunyi pintu diketuk dari luar.

"Siapa?" soal Afrina.

"Marsha ni. Boleh saya masuk?"

"Masuklah." Afrina izinkan Marsha masuk.

Marsha masuk ke bilik Afrina lalu melabuhkan punggung di sisi Afrina. Afrina tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipinya.

"Macam mana keadaan awak? Baby sihat?" soal Marsha prihatin. Dia simpati kepada Afrina terhadap apa yang terjadi malam tadi.

"Alhamdulillah baby okay."

"Awak okey?" soal Marsha lagi.

Afrina menunduk. Kemudian, matanya mula berkaca. Masih terkesan dengan peristiwa semalam. Semudah itu Farid menceraikan dia malah dengan talak tiga pula dia diceraikan.

"Saya tak sangka dia sanggup halau saya. Dengan keadaan saya yang sarat macam ni. Dia memang tak ada hati perut," luah Afrina. Marsha mengusap belakang Afrina.

"Sabar ya. Semua ni ujian untuk awak. Awak orang yang hebat, sebab tu Allah uji awak dengan ujian yang hebat. Bukan ke Allah uji tu tanda Allah sayang?" Marsha cuba memujuk hati Afrina. Arshad selalu berpesan pada dia begitu. Disebabkan itu, dia selalu ingat yang ujian tu tanda Allah sayang.

Afrina kembali tenang setelah mendengar kata-kata Marsha tadi.

"Beruntung Arshad dapat isteri macam awak." Marsha tersipu malu apabila dipuji Afrina.

"Jomlah turun makan dulu," pelawa Marsha. Afrina mengangguk.

Selepas mereka bersarapan bersama, Arshad dan Marsha menghantar Afrina ke rumah ibu bapa Afrina.

MARSHA sedang berbaring di kerusi yang berhadapan dengan kolam renang. Dia asyik memerhatikan bintang di langit sambil tersenyum. Kemudian, dia merasakan tendangan bayi dalam perutnya. Perhatiannya tertumpu pada perutnya pula. Satu perasaan yang cukup bahagia buatnya apabila dapat merasakan pergerakan anaknya.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now