Bab 39

6.9K 404 20
                                    

DATIN Mariam datang menemui Marsha di rumah banglo Dato' Mukriz. Hatinya sebak apabila teringatkan memori pahit yang pernah dia lalui dahulu. Setelah dia bercerai dengan Dato' Mukriz, dia tidak dibenarkan lagi untuk bertemu anaknya Marsha.

Mahkamah memutuskan Dato' Mukriz yang berhak untuk mendapat hak jagaan anak mereka disebabkan Datin Mariam ketika itu tiada punca pendapatan yang tetap. Sejak dia berkahwin, dia tidak lagi bekerja.

Punca mereka bercerai adalah disebabkan kesibukan Dato' Mukriz sehingga tak mampu memberi perhatian kepada keluarga. Dato' Mukriz lebih mementingkan soal kerja berbanding meluangkan masa dengan isteri dan anaknya. Kemudian, asyik berlaku pertengkaran saja diantara mereka sehingga akhirnya Dato' Mukriz melafazkan talak.

Datin Mariam menghenyakkan punggung di sofa ruang tamu sambil menanti Marsha tiba di situ. Dato' Mukriz yang menghubunginya supaya datang ke rumah menemui Marsha.

"Mamaaa...." Marsha datang memeluk Datin Mariam. Datin Mariam membalas pelukan Marsha.

"Rindunya kat mama. Mama... Pindahlah duduk sini. Susahlah Marsha nak jumpa mama kalau mama duduk rumah lain."

Datin Mariam mengusap kepala Marsha. Sikap Marsha sekarang persis sewaktu Marsha kecil. Sangat manja.

"Mama tak boleh tinggal kat sini lagi. Sebab mama dengan papa bergaduh. Nanti kalau kami berbaik semula, mama boleh lah tinggal sini."

"Mama janganlah gaduh dengan papa. Marsha tak suka lah." Wajah Marsha muram.

Datin Mariam tersenyum nipis. "Tak apa. Nanti kalau Marsha rindu, Marsha call mama. Mama ada bawa handphone Marsha. Mama lupa nak bagi pada Arshad."

Marsha menyambut huluran Datin Mariam.

"Handphone apa ni mama? Tak pernah nampak pun handphone macam ni." Marsha menilik smartphone di tangannya. Semasa usianya lapan tahun, handphone yang dia kenal ketika itu hanyalah telefon berjenama Nokia dan Blackberry.

"Ini nama dia smartphone. Marsha boleh call, tangkap gambar dan record video. Nak tengok youtube pun boleh," beritahu Datin Mariam.

"Macam mana nak guna mama?"

Datin Mariam mengajar Marsha satu persatu. Sejak dari itu, Marsha asyik melayan telefonnya saja. Dia mengambil gambar selfie sehingga hampir penuh galeri iphonenya.

Sedang Marsha menilik gambarnya satu persatu, dia ternampak gambar dia bersama Khaulah. Kemudian, dia nampak pula gambar Khaulah semasa bayi. Seterusnya gambar dia ketika sedang mengandung. Sehinggalah akhirnya dia ternampak satu gambar Arshad dengan muka yang disolek oleh dirinya suatu masa dulu.

Marsha ketawa geli hati melihat muka Arshad yang kelihatan seperti seorang perempuan. Dia berniat untuk tunjukkan gambar tersebut kepada Arshad apabila Arshad pulang kerja nanti.

.

PETANG itu pula, Ain Liyana datang berkunjung ke rumah Marsha. Dia juga tak berkesempatan datang melawat Marsha di hospital tempoh hari. Liyana datang seorang diri saja. Kalau dia bawa triplet dia nanti, huru-hara pula rumah Marsha.

"Alhamdulillah Marsha... Kau dah sedar." Liyana memeluk kawan baiknya itu. Marsha masih terpinga-pinga.

"Mak cik ni pula siapa?"

"Kau dah kenapa panggil aku mak cik?" Liyana menampar bahu Marsha kuat sehingga Marsha meringis sakit.

"Marsha, kau tak kenal aku ke? Aku Liyana lah. Ain Liyana." Melihatkan Marsha seperti tidak mengenalinya, Liyana mula bertanya kepada Marsha.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now