Bab 20

7.4K 361 31
                                    

SEORANG gadis bertudung labuh sedang menghampiri pintu pagar rumah Puan Rozita. Salam diberi. Puan Rozita meluru ke luar rumah.

"Waalaikumusalam... Anak cari siapa ya?" soal Puan Rozita.

"Ini rumah Ustaz Arshad Mokhtar ke?" soal gadis tersebut.

"Ya. Ini rumah dia. Saya ibu dia. Anak ni siapa?" soal Puan Rozita lagi.

"Saya Cikgu Humairah. Saya terjumpa dompet Ustaz Arshad ni kat sekolah waktu nak balik tadi. Saya tengok kereta dia dah tak ada di sekolah, jadi saya fikir dia dah balik. Sebab tu saya ke sini nak hantarkan dompet dia ni," jelas Cikgu Humairah panjang lebar.

"Oh... Terima kasihlah tolong hantarkan dompet ni. Mesti Arshad tak perasan dompet dia hilang. Kalau macam tu masuk lah dulu. Kita borak-borak dulu kat dalam." pelawa Puan Rozita.

"Eh, tak apa lah puan. Saya cuma nak hantarkan dompet ni je." Cikgu Humairah terlihat segan.

"Apa salahnya. Dah alang-alang kamu datang ke sini, bagilah mak cik hidangkan air untuk kamu. Susah payah kamu cari rumah ni semata-mata nak hantar dompet ni. Jom lah masuk... Jangan malu-malu. Mari... " Puan Rozita meraih tangan Cikgu Humairah untuk diajak masuk ke rumah.

Cikgu Humairah terpaksa akur. Serba salah untuk menolak pelawaan Puan Rozita.

Cikgu Humairah mengambil tempat menunggu di sofa ruang tamu. Tak berapa lama kemudian, Puan Rozita keluar dari dapur dengan sedulang air dan kuih untuk dijamu.

"Cikgu Humairah mengajar subjek apa di sekolah?" Puan Rozita sengaja ingin memulakan sesi perkenalan.

"Saya ajar subjek Bahasa Melayu je puan," jawab Cikgu Humairah.

"Mak cik ingatkan kamu mengajar subjek agama. Tengok tudung kamu ni labuh." Puan Rozita tersenyum. Sejuk matanya memandang sosok yang berada di depannya. Sesuai kalau dijadikan menantu.

"Sekolah tu kan sekolah agama. Jadi saya dah mula terikut dengan pemakaian cikgu-cikgu lain. Dan saya rasa selesa pula bila dah pakai tudung labuh macam ni. Ramai juga yang tersilap panggil saya ustazah. Padahal saya mengajar subjek Bahasa Melayu saja." Cikgu Humairah tertawa kecil.

"Baguslah macam tu. Asalkan niat kita tu ikhlas kerana Allah. Bila kita ikhlas ni, mudah untuk istiqamah. Tak macam setengah orang yang sekejap pakai sekejap buka." Luah Puan Rozita. Terus dia teringat dengan menantunya Si Marsha. Sakit pula hatinya mengingat wanita hipokrit seperti itu.

"Saya dulu pun tak yakin nak pakai macam ni. Macam puan cakaplah. Risau tak istiqamah. Tapi alhamdulillah, Allah tetapkan pendirian saya untuk berhijrah ke arah lebih baik. Hijrah kita ni takkan kuat kalau tak ada orang sekeliling yang akan support kita. Melainkan kalau kita betul-betul tekad nak berubah, Allah pasti bantu permudahkan jalan bagi kita. Itu pendapat saya lah," jelas Cikgu Humairah. Begitu yakin dengan pendiriannya.

"Betul. Mak cik setuju." Puan Rozita tersenyum lebar. Semakin berminat pula dengan calon menantunya. Nampak betul-betul ada pendirian. Bukan sejenis yang hipokrit.

"IBU... Arshad nak pergi ke Perlis hari ni. Nak pergi ambil Marsha. Katanya Opah Som dah sembuh," beritahu Arshad melalui telefon.

"Acad... Ibu rasa tak sihat lah hari ni. Boleh tak Acad tak payah pergi ambil Marsha lagi. Acad jaga ibu kat rumah ibu ya. Ayah kerja. Tak ada siapa yang nak jaga ibu. Kak Hana pula tengah pregnant. Takkan ibu nak minta dia jagakan ibu. Mesti dia penat nanti. Boleh ya Acad? Jaga ibu kat rumah ni," pujuk Puan Rozita. Muslihatnya adalah tak mahu Arshad berjumpa dengan Marsha. Dia memang nak pisahkan hubungan anak menantunya itu.

"Tapi ibu... Marsha..." Arshad serba salah.

"Acad lebih pentingkan isteri berbanding ibu? Tak apa lah... Pergi lah kat isteri kesayangan Acad tu. Biar ibu sakit seorang diri kat sini. Nanti kalau ibu dah tak ada... Jangan Acad menyesal pula." Puan Rozita seakan merajuk.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now