Bab 21

6.8K 365 15
                                    

LIYANA dimasukkan ke hospital akibat mengambil pil tidur secara berlebihan. Dia mengalami tekanan perasaan berpunca dari kes penceraian ibu bapanya.

"Mummy tahu kamu stress sebab mummy dan daddy. Tapi please don't hurt yourself," kata Puan Alina.

"Mummy tak perlu risaukan Yana. Yana ni tak penting pun bagi mummy kan?" Sejak tadi Liyana hanya terbaring di atas katil. Disuruh makan pun tak mahu. Pandang muka Puan Alina pun tak ingin.

"No. Mummy sayang Yana... "

"Mummy tipu. Kalau mummy sayang, mummy takkan buat Yana macam ni. Kenapa Yana tak boleh hidup bahagia macam kawan Yana yang lain? Ada ibu ayah yang baik. Tak macam mummy dan daddy. Saling curang antara satu sama lain."

"Daddy yang curang dengan mummy dulu. Dan mummy jadi sakit hati. Daddy ingat dia seorang je yang boleh pasang perempuan? Mummy pun boleh." Puan Alina berpeluk tubuh. Tiba-tiba hatinya sakit mengingat perihal suaminya.

"You are selfish ma!! Mummy langsung tak pedulikan perasaan Yana. I hate you!!" Matanya tepat menikam mata Puan Alina. Liyana mula turun dari katil.

"Yana... "

Liyana berlari keluar dari bilik wad. Dia nak lari jauh daripada situ. Jauh dari dunia yang menyesakkan bagi dia. Dia benci melihat orang yang selalu menyakiti hatinya. Dia merasa tidak ada guna lagi untuk dia berada di atas dunia.

"Yana... you nak pergi mana ni?" jerit Puan Alina. Liyana sudah jauh meninggalkan Puan Alina. Tak sempat dia menahan langkah anaknya itu.

'Tiada siapa sayang aku dan tiada siapa pedulikan aku lagi'. Liyana berlari ke arah jalan raya.

Dia berhenti di tepi jalan raya yang agak sibuk. Dia pandang kiri dan kanan. Kemudian dia pejamkan mata. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke depan.

Biarlah jasadnya sakit dilanggar daripada hatinya terus disakiti oleh orang yang dia sayang. Selama 10 tahun dia hidup dalam penuh kesedihan. Dia bertahan selama ini kerana ibu ayahnya masih tetap bersama. Tapi setelah mereka berpisah, apa gunanya lagi dia diatas dunia. Daddy dan mummynya hanya pentingkan perasaan sendiri. Tak pernah memikirkan tentang perasaannya.

Sedang Liyana berjalan melintasi jalan, tiba-tiba tubuhnya terasa melayang. Sekelip mata saja tubuhnya menindih tubuh seseorang.

Dia mencelikkan mata. Kemudian dia mengangkat kepala untuk melihat wajah orang yang telah menyelamatkan dia.

"Ryan bakery??" Liyana terkejut.

'Apa Ryan buat dekat sini? Ryan datang selamatkan aku?' bisik Liyana dalam hati.

"You dah gila ke??" marah Aryan.

Liyana masih membisu. Terkebil-kebil matanya memandang Aryan. Terkejut kerana dibentak lelaki itu.

"Kalau nak mati jangan menyusahkan orang boleh?" bentak Aryan lagi. Mereka masih berada di tepi jalan. Aryan pantas bangun dan membawa tubuh Liyana ke tempat yang lebih selamat.

Tangisan Liyana mula kedengaran. Air matanya mengalir ke pipi. Kepalanya menunduk. Perlahan-lahan Aryan menyeka air mata gadis itu. Kemudian dia mendakap tubuh Liyana. Tangannya menepuk belakang Liyana untuk menenangkan gadis itu. Serba salah pula dia rasa sebab termarah gadis itu.

Hampir lima minit mereka dalam keadaan begitu. Setelah Liyana dapat tenangkan dirinya semula, dia menolak tubuh Aryan. Terasa segan pula dipeluk lelaki itu.

"Kalau I ni menyusahkan... Biar je lah I mati tadi. You sibuk halang I kenapa?" ucap Liyana bersama esakan yang masih tersisa.

"Kalau you mati... you akan susahkan I." kata Aryan pula.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now