Bab 31

6.5K 384 29
                                    

BIBIK menghulurkan sekeping kertas yang dilipat berbentuk hati kepada Marsha.

"Bu Marsha, ini bibik jumpa dari saku seluarnya Pak Arshad. Sepertinya... Bukan sembarangan kertas loh."

"Kertas apa ni bik? Tak apa. Nanti Marsha tengok. Terima kasih ya bik."

Setelah bibik beredar, Marsha membuka lipatan kertas berbentuk hati tadi. Surat cinta dari siapa pula ni?

"Daripada Amira Sofia... kepada Ustaz Asad Motah." Marsha tersenyum senget. Siapa pula yang bagi surat cinta pada suami dia ni? Nasib baik bukan Cikgu Humaira.

Assalamualaikum, Ustaz Asad Motah. Ustaz mesti kenal saya kan? Saya murid ustaz dari kelas 2 Ibnu Sina. Pertama kali saya jumpa ustaz, hati saya dah terpaut pada ustaz. Ustaz ibarat magnet kutub utara dan saya magnet kutub selatan. Bila bertemu pasti akan semakin mendekat.

Marsha hampir tergelak. Nasib surat cinta dari anak murid. Dia masih meneruskan bacaannya lagi.

Ustaz ni handsome lah. Tak nampak macam dah kahwin. Tapi kenapa ustaz kahwin awal sangat? Isteri ustaz tu cantik sangat ke? Atau saya lagi cantik?

Kembang kempis hidung Marsha membaca ayat cinta budak tingkatan 2 itu.

Ustaz, ana uhibbuka fillah... Saya sebenarnya malu nak luahkan pada ustaz. Saya dah lama usyar ustaz. Dari form 1 lagi. Kalau ustaz sudi terima saya jadi isteri kedua ustaz, ustaz bagi tahu saya ya. Selepas saya habis spm, kita kahwin.

Marsha mula bangun berdiri. Tiba-tiba dia rasa panas punggung pula dengan ayat budak yang bernama Amira Sofia itu.

"Ini dah lebih dah... Ada hati nak jadi madu aku?" Marsha mengipas-ngipas mukanya dengan surat di tangannya. Namun, dia masih lagi ingin meneruskan bacaan pada surat tersebut.

Saya ada teka-teki untuk ustaz. Ustaz jawab ya.

1) Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang paling indah?

2) Dalam banyak-banyak ayam, ayam apa yang paling manis?

Jawapan ada di belakang.

Marsha pantas melihat halaman belakang surat tersebut. Matanya terbeliak melihat jawapannya.

Jawapan:
1) Ikan(I can't) live without you in my life.
2) Ayam(I'm) falling in love with you.

"Abaaaaannnngggg." Marsha melaung memanggil Arshad yang berada dalam bilik di tingkat atas.

Arshad terus keluar dari bilik setelah mendengar suara isterinya menjerit. Dia berlari menuruni tangga dengan tergesa-gesa.

"Kenapa sayang? Sayang nak terberanak dah ke? Jom... Jom... Pergi hospital." Arshad dah mencempung tubuh Marsha untuk dibawa ke kereta.

Marsha menampar lengan suaminya. "Bukan lah... Baby belum nak keluar lagi."

"Habis tu?" Arshad mengerutkan kening. Dia menurunkan Marsha semula.

"Ni apa? Kenapa abang simpan surat cinta ni? Siapa budak ni? Abang bermain mata dengan pelajar abang eh kat sekolah?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada Arshad.

"Hah? Apa sayang cakap ni? Surat cinta?" Arshad mengambil surat yang berada di tangan Marsha.

"Oh... Surat ni ke. Ingatkan apa lah tadi sayang ni. Risau abang."

"Kenapa abang simpan surat ni? Abang ada hati kat pelajar abang ni ke?"

"Eh... Takkan lah abang nak suka dekat pelajar abang sendiri. Biasa lah ni... budak kasi surat cinta kat cikgu."

"Biasa abang cakap? Tapi ayat budak ni luar biasa. Dia dah berangan nak jadi isteri kedua abang."

"Oh...Iya ke? Dahsyat budak ni." Arshad membaca isi surat cinta pelajarnya. Kemudian, dia ketawa berdekah. Marsha di sebelah merenungnya tajam.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now