Bab 13

7.2K 429 23
                                    

MARSHA berjalan seorang diri menyusuri jalan. Air matanya sudah kering. Dia cuba untuk lupakan apa yang terjadi sebentar tadi.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terdengar suara anak kucing dari dalam longkang.

"Baby...awak terjatuh ya. Mari kakak tolong." Marsha cuba untuk turun ke dalam longkang. Akhirnya dia berjaya membawa anak kucing itu naik ke atas.

"Sayanggg..." Arshad berjaya menjumpai Marsha. Dia berlari kearah isterinya lalu ingin memeluk tubuh Marsha.

"Jangan!!" Marsha menjauhkan diri dari Arshad.

"Jangan sentuh saya. Saya kotor. Tadi saya masuk dalam longkang tu. Nanti baju awak pula yang kotor."ucap Marsha. Bunyinya seperti dia sedang berjauh hati.

"Sayang..."

"Ni...tengok...saya jumpa anak kucing. Jom hantar dia pergi vet sebab kaki dia cedera lah." Tiba-tiba saja suaranya bertukar ceria. Seperti tidak berlaku apa-apa. Marsha berjalan menuju ke kereta Arshad yang di parking tidak jauh dari situ.

Di dalam kereta, Arshad dan Marsha langsung tidak bercakap. Mereka baru sahaja menghantar anak kucing itu ke veterina. Marsha tak habis-habis tersenyum sambil membelai bulu anak kucing yang baru dia jumpa. Dia ingin pelihara anak kucing itu.

Arshad masih tak berani bertanya perihal kejadian di rumah ibunya tadi. Dia lihat Marsha seperti tidak terkesan dengan kejadian tadi.

"Sayang okay?"

"Abang...abang...berhenti kejap. Nak beli slurpee. Best nya dapat minum slurpee petang-petang macam ni. Tekak sayang dah haus ni. Abang nak slurpee?"

"Hm. Boleh juga." Arshad menghentikan kenderaannya berdekatan Seven Eleven.

'Isteri aku ni okay tak ni? Rasanya dia menangis keluar dari rumah ibu tadi. Tapi kenapa muka dia sekarang ni happy je aku tengok.' Arshad setia menunggu isterinya dari dalam kereta.

.

"BABY dah makan dan minum susu. Sekarang baby boleh tidur. Ni tempat tidur baby. Kakak akan jaga baby sampai baby sihat." Marsha meletakkan anak kucing itu ke dalam sebuah bakul kecil beralaskan kain.

Kemudian dia mencapai tuala untuk membersihkan diri. Arshad hanya memerhatikan tingkah-laku isterinya. Sejak mereka pulang dari rumah ibu, hatinya jadi tak tenang melihat perilaku isterinya.

Arshad menghampiri katil. Dia melihat isterinya sudah dibuai mimpi. Malam itu dia tak dapat berbual banyak dengan Marsha. Ditanya dua tiga patah dijawab sepatah oleh Marsha.

"Sayang...jangan layan abang macam ni. I need you. Abang perlukan Marsha yang dulu. Marsha yang clingy dan manja bila dengan abang. I love you sayang..." Arshad melabuhkan satu kucupan di dahi dan pipi isterinya sebelum dia melelapkan mata.

Marsha belum tidur. Dia dengar setiap butir kata suaminya. Air matanya mula mengalir keluar. Sejak petang tadi dia cuba tahan dari menangis di depan Arshad.

"Diam Marsha! Ibu tak nak dengar suara kamu. Ibu ingatkan kamu gadis suci, gadis baik. Rupa-rupanya...perempuan murah!"

"Biarlah...biar semua tahu. Acad nak sangat kan malukan ibu ayah. Biar jiran-jiran kat sini tahu yang menantu ibu ni kaki clubbing, kaki minum...apa lagi? Sugarbaby? pandai goda laki."

Terngiang-ngiang suara Puan Rozita di telinga Marsha. Marsha pejam mata rapat-rapat. Cuba menghalau ingatan yang menjengah dikepala.

'Cukup Marsha! Tak perlu ingat. Tidur Marsha...tidur...esok ada kelas.' Marsha memeluk bantal peluknya erat. Selimut ditarik menutupi muka.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now