Bab 12

7.2K 422 9
                                    

MARSHA memarkir keretanya di depan sebuah kelab malam. Hatinya sungguh tak tenang memikirkan soal Ain Liyana. Pada masa yang sama dia rasa berdosa kerana tak meminta izin suaminya untuk keluar.

"Marsha, hari ni je tau. Kali ni last kau jejakkan kaki ke sini. Yana, aku buat ni demi kau." kata Marsha sebelum melangkahkan kaki masuk ke tempat maksiat tersebut.

Marsha mencari kelibat Liyana. Bunyi bising lagu disko membingitkan telinga. Tak berapa lama kemudian, Marsha melihat Liyana sedang minum di kaunter pub tersebut. Nampak gayanya Liyana sudah mabuk teruk.

"Yana, kau okay tak ni? Jom aku hantar kau balik." sapa Marsha.

"Marsha..." Liyana mengangkat wajah memandang rakannya itu. Terus dia rasa ingin menangis. Liyana mendakap Marsha.

"Marsha...hati aku hancur..."

"Kau kenapa ni babe? Cerita dengan aku...apa yang dah jadi?"

"Mummy daddy aku dah tak sayang aku..." Semakin kuat esakan Liyana.

"Mummy daddy kau kenapa?" Marsha mengusap belakang tubuh rakannya. Untuk tenangkan Liyana.

"Diorang dah bercerai."

Terkedu Marsha mendengar berita yang disampaikan temannya itu. Marsha menepuk lembut belakang Liyana. Dia juga turut mengalirkan air mata di atas penderitaan kawan baiknya.

"Aku faham perasaan kau. Aku pun pernah rasa dulu. Tak apa...kau kan ada aku. Aku akan selalu ada untuk kau babe." pujuk Marsha.

Tiba-tiba datang seorang lelaki berbadan sado memakai kemeja sendat. Lengan kemeja diselinsingkan sehingga menampakkan tatu di bahagian lengan.

"Hai...kenapa ni? Kenapa menangis ni?" tegur Dragon. Kalau GDragon yang datang tegur okay la juga.

"Jangan sibuk lah dragon ball. Ini hal personal kawan aku. Jangan jadi pak cik kepochi kat sini." marah Marsha.

"Eh, kau ke Marsha? Aku ingatkan ustazah tersesat dari mana pula datang club dengan bertudung macam ni." Balas dragon.

Marsha hampir terlupa yang dia sedang memakai tudung. Patutlah semua orang pandang dia lain macam ketika dia masuk ke dalam pub.

"Suka hati lah aku nak pakai tudung pun...bukan ganggu hidup kau pun kan." Marsha menggulingkan bola mata.

"Jom lah yana. Kita blah dari sini." Marsha ingin beredar. Dia tak boleh berlama-lama di situ. Suaminya pasti akan pulang ke rumah tak lama lagi.

"Nak pergi mana tu sayang... Enjoy lah dulu..." Dragon mencuit dagu Marsha. Dengan pantas Marsha menepis. Liyana sudah terlentok dibahu Marsha.

"Tudung ni...kau buka je lah!!" Dragon merentap tudung Marsha ke depan. Rambutnya terjuntai keluar menampakkan rambut merahnya. Tergamam Marsha dibuatnya. Tudungnya sudah berada dalam genggaman Dragon.

"Pulangkan balik tudung aku!!" bentak Marsha.

"Rambut kau dah cukup cantik, buat apa pakai tudung?" Dragon mengusap kepala Marsha. Sekali lagi Marsha menepis tangan Dragon dengan sebelah tangannya. Sebelah tangannya lagi sedang menampan tubuh Liyana yang masih lagi mabuk.

"Kau nak ke tudung ni? Try lah ambil..." Dragon membaling tudung Marsha ke arah rakannya yang turut menyaksikan pertelingkahan mereka.

"Dragon, kau jangan kurang ajar!" Tiba-tiba Liyana yang disisi Marsha tadi mencekak leher kemeja Dragon. Liyana masih lagi mabuk. Namun, tanpa dijangka Liyana telah memuntahkan isi perutnya ke atas badan Dragon. Habis kemeja Dragon dicemari dengan muntah Liyana. Terbeliak mata semua orang disitu.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now