Bab 33

6.4K 369 22
                                    

ARSHAD membisikkan kalimah iqamat ke telinga bayi perempuan yang sedang berada dalam dukungannya. Rasa sebak mula bertapa dihatinya. Betapa dia bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang malaikat kecil yang akan menceriakan rumahtangga mereka.

"Syukran lillah... Terima kasih sayang." Arshad mengucup tepi dahi Marsha. Anak yang berada dalam dukungannya dia serahkan pula kepada Marsha.

"Abang... Comelnya anak kita."

"Comel kan? Macam abang."

"Perasan!" Marsha menjeling sekilas ke arah Arshad. Dia mengaku wajah anak perempuannya itu seiras muka suaminya. Masin mulut dia. Disangkakan anak lelaki yang keluar, tiba-tiba anak perempuan.

"Jadi, nama anak kita... Khaulah?"

"Na'am. Ismuk Khaulah Azwar binti Mohammad Arshad," ujar Arshad bersama senyuman yang tak lekang di bibir.

Pada hari itu, semua orang gembira menyambut ahli keluarga baru kecuali Puan Rozita. Dia sedikit pun tak rasa teruja untuk menimang cucu keduanya itu. Ahli keluarga yang lain sudah beransur pulang dan hanya tinggal Puan Rozita dan Marsha sahaja ketika itu.

"Kau ingat lagi kan janji kita dulu? Sekarang kau dah selamat lahirkan budak tu. Apa lagi kau tunggu? Berambuslah dari hidup anak aku." Puan Rozita berbisik perlahan pada Marsha.

"Sha ingat ibu. Tapi tolong bagi Sha sikit aje masa lagi. Kalau boleh sampai Sha habis berpantang. Lagipun Arshad mesti sedih kalau lepas ni dia tak dapat tengok anak dia lagi. Boleh ya ibu... 40 hari saja. Lagipun baby ni lahir tak sampai sembilan bulan. Sha janji sembilan bulan kan?"

"Hm. Iya lah... Asalkan kau tinggalkan anak aku. Jangan dah lepas habis pantang kau minta tangguh lagi. Dah lah, panas lah wad ni. Aku nak balik. Kenapa aku kena paksa untuk datang ke sini semata-mata nak tengok budak tu. Dahlah hodoh! Mesti sama hodoh macam perangai mak dia juga." Puan Rozita menjeling Marsha lalu melangkah keluar dari bilik wad tersebut.

Air mata Marsha mula menitis. Kenapa dia perlu lalui semua ini? Apa salah dia? Teruk sangat ke dosa yang pernah dia lakukan sebelum ini? Kenapa ibu mertuanya masih tak mahu terima dia sebagai menantu?

Air mata diseka laju. Kemudian, dia mengerling ke arah anaknya yang masih lagi tidur di sisinya. Pipi Khaulah diusap lembut. Semoga anaknya nanti jadi wanita solehah dan tak ikut perangainya bila dah besar nanti.

HARI ke-39 tempoh berpantang telah pun tiba. Hati Marsha semakin resah. Esok dia perlu tinggalkan rumah. Dia perlu membawa anaknya sekali pergi dari situ. Pakaian sudah dimasukkan ke dalam bagasi. Segala kelengkapan anaknya juga sudah dimasukkan ke dalam beg. Malam ini, dia akan letakkan barang tersebut ke dalam bonet kereta.

"Sayang kenapa? Abang tengok sayang macam risaukan sesuatu aje?"

Marsha menggigit bibir. "Mana ada apa. Hmm... Abang, mari duduk sini kejap." Marsha menepuk tilam agar Arshad duduk di sebelahnya.

Tangan Arshad dia gapai lalu dibawanya ke wajah. Arshad masih terpinga-pinga dengan perlakuan Marsha.

"Abang tataplah muka sayang ni puas-puas. Dan sayang nak tatap muka abang puas-puas juga." Tangan Marsha menerkup kedua pipi Arshad. Air mata dia mula bergenang. Esok mereka akan berpisah. Dia tak mungkin boleh menatap wajah suaminya lagi. Mungkin sampai di sini saja, kisah cinta mereka berdua.

"Sayang ni kenapa? Abang risau lah."

"Mana ada apa. Sayang cuma rindukan abang aje. Abang tak rindukan sayang?"

"Mana boleh tak rindu. Hari-hari abang rindu sayang. Abang rindu Khaulah. Kalau boleh, abang nak buat rumah tepi sekolah tu. Dari bilik guru boleh nampak sayang kat rumah." Arshad tergelak kecil.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now