Bab 27

6.5K 423 26
                                    

MARSHA mengurut kaki Puan Rozita sehingga wanita itu tidur. Setelah dia pastikan Puan Rozita tidur, dia menuju ke arah meja soleknya. Perlahan-lahan dia membuka laci meja solek untuk mengambil pewarna kuku. Pewarna kuku tersebut sudah sekian lama dia tak gunakan.

Marsha duduk semula di hujung katil. Kemudian, dia pakaikan pewarna kuku itu di jari kaki ibu mertuanya. Dia hanya mampu ketawa di dalam hati agar wanita itu tidak terjaga dari tidur. Selesai saja tugasnya, dia turun ke bawah. Dibiarkan wanita itu tidur nyenyak di biliknya.

Ketika Puan Rozita terjaga dari tidur, dia terkejut melihat kuku jari kakinya berwarna hitam.

"Astaghfirullah... Ini mesti kerja si Marsha ni. Tak guna punya budak. Marshaaa!!" Laung Puan Rozita.

Marsha mendengar Puan Rozita menyeru nama dia.

"Kenapa ibu?" Marsha menjegul kepala di muka pintu biliknya.

"Kau buat apa pada jari kaki aku ni ha?"

"Marsha saja letakkan warna sikit, sebab kuku kaki ibu nampak pucat sangat macam kaki mayat." Marsha tergelak kecil.

"Kau tahu tak warna yang kau letak ni warna hitam? dah nampak macam kuku hantu pula aku tengok. Kau ni memang nak cari pasal dengan aku kan." Puan Rozita mengetap bibir.

"Eh, ibu marah ke tu?" soal Marsha sambil senyuman disengetkan.

Puan Rozita teringat semula dengan pertarungan antara mereka. Siapa marah, dia kalah.

"Mmana ada. Ibu tanya je. So, macam mana ibu nak ambil wuduk ni? Tak sah ni kalau dibawa solat." Puan Rozita kesal kerana tak mampu nak marah Marsha.

"Sekejap. Marsha ambil remover." Marsha ketawa geli hati kerana dapat kenakan Puan Rozita. Dia mencapai botol nail remover yang terdapat di atas meja soleknya.

"Nah... Ibu cuci guna ini." Marsha menghulurkan sebotol nail color remover ke arah Puan Rozita. Puan Rozita merampas kasar botol tersebut lalu menjeling Marsha. Marsha pula menahan tawa.

Sebelum dia keluar dari bilik Puan Rozita, dia sempat berpesan.

"Ingat ya ibu... Kalau marah nanti kena jual. Hahaha..." Terletus juga tawa Marsha. Puan Rozita tak mampu membalas. Hanya sekadar memberi jelingan maut.

.

PETANG itu pula, Puan Rozita menyuruh Marsha masakkan untuk dia.

"Bibik dan Mak Leha tak perlu masak untuk makan malam ya. Marsha nak masakkan untuk saya makan malam ni." Puan Rozita mengerling Marsha di sebelah.

"Tapi Puan Rozi, Encik Arshad tak bagi Puan Marsha buat apa-apa kerja dalam rumah ni sebab Puan Marsha sedang mengandung."

"Aku tak nak dengar apa-apa alasan. Biarlah dia buat kerja sikit. Masak je pun. Takkan tak pandai lagi. Kahwin dah hampir setahun. Masak pun tak pandai," perli Puan Rozita. Sengaja ingin menjentik kemarahan Marsha.

"Tak apa Mak Leha. Marsha boleh masak lagi. Perut Marsha ni belum besar mana. Kalau macam tu... Ibu pergi tunggu kat depan tau." Marsha cuba menghalau Puan Rozita dari dapur.

"Bibik dan Mak Leha tak boleh tolong tau. Biar je Marsha sorang yang masak. Lagi satu aku nak pesan. Jangan beritahu pasal ni dekat Arshad dan Dato' kalau korang tak nak dipecat. Aku boleh buat cerita tentang korang pada mereka. Jadi korang berdua kena ikut cakap aku."

Mak Leha dan bibik mengangguk. Mereka jatuh kasihan kepada Marsha. Serba salah pula nak biarkan Marsha masak dalam keadaan mengandung macam tu.

.

MARSHA pandai masak yang ringkas-ringkas saja seperti sambal telur dan ayam masak kicap. Setelah siap memasak, dia hidangkan di meja.

"Assalamualaikum... Sedapnya bau. Mak Leha masak apa hari ni?" Arshad menuju ke ruang makan.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now