Bab 4

11.4K 524 35
                                    

"KAU yakin ke kau boleh hidup dengan dia? Macam mana nanti dia control hidup kau? Lepas tu kita dah tak boleh lepak sama-sama." Ain Liyana gusar memikirkan keputusan rakan baiknya itu. Kalau Marsha berkahwin dengan ustaz, pasti mereka tak dapat melepak di kelab malam lagi selepas ini.

"Alah kau tak payah la risaukan aku. Aku okay aje lah kahwin dengan dia. Dah lama aku mengidam orang macam dia untuk jadi calon suami aku. Kau dan aku takkan terpisah okay. Walaupun nanti aku dah kahwin, kita akan still together." Marsha cuba menenangkan hati sahabat baiknya itu.

"Dia malaikat, kau pula setan. Mana boleh hidup bersama." Liyana melabuhkan punggung di birai katil Marsha. Marsha pula sibuk menempek bedak compact ke pipi. Mereka sedang bersiap untuk ke club pada malam itu.

"Kurang asam boi punya kawan. Kau cakap aku setan? Kalau aku setan, kau pula apa?" Marsha menjeling sekilas.

"Kawan baik setan." Liyana tergelak. Marsha turut sama tergelak dengan gurauan Liyana.

"Dah lah, jom cepat. Sebelum papa aku balik, lebih baik kita keluar sekarang. Aku nak tamatkan zaman bujang aku kat club malam ni. Lusa aku dah nak menikah." Marsha mencapai tas tangan yang tersangkut berdekatan meja soleknya.

"Untung arr... Dah nak kahwin..." Liyana menayang wajah cemburu.

Malam itu, Marsha dan Liyana melangkahkan kaki ke dalam Zouq iaitu sebuah kelab malam yang agak popular di bandar Kuala Lumpur. Mereka berdua selalu ke sini bagi menghilangkan stress dan rasa sunyi. Marsha dan Liyana hidup dalam keluarga yang 'broken family'. Mama dan papa Marsha bercerai sejak dia berumur 10 tahun. Manakala ibu bapa Liyana pula masing-masing curang antara satu sama lain tetapi mereka masih tinggal bersama. Kadangkala Liyana tertekan mendengar ibu ayahnya bertengkar di rumah. Disebabkan itu, dia cuba mencari ketenangan di luar bersama Marsha.

"Marsha, tu kan Ryan. Suami tak jadi kau. Kau tak nak ajak dia datang majlis kahwin kau ke nanti?" Liyana mencuit bahu temannya. Pandangan Marsha berubah ke arah suatu sosok yang sedang duduk di meja bulat di suatu sudut. Lelaki itu sedang merokok sambil meneguk minuman keras.

"Ish, tak kuasa aku nak jemput dia. Nanti dia buat kecoh kat majlis aku macam mana?" Marsha menggulingkan bola matanya.

"Takkan lah dia berani buat kecoh. Ayah dia pun orang terkenal. Nanti family dia juga yang malu," sangkal Liyana.

Darwis Aryan yang sedang menikmati lagu rancak di kelab itu, tiba-tiba matanya menangkap sosok dua orang gadis yang tidak jauh berdiri dari situ. Langkahnya diatur ke arah mereka.

"Hey pretty! Long time no see. Lama aku tak nampak kau lepak kat club ni. Aku ingatkan kau dah bertaubat." Aryan sengaja ingin panaskan hati Marsha.

"Kalau aku dah taubat sekalipun, aku ada kacau hidup kau ke?" Marsha memerhatikan kuku jarinya menandakan dia bosan untuk berborak dengan Aryan. Aryan tergelak kecil.

"Kalau kau nak taubat, ajaklah aku sekali. Boleh kita berpimpin tangan sama-sama menuju syurga." Aryan tersengih nakal.

"Kau buanglah mimpi kau tu jauh-jauh Ryan. Campak biar masuk loji tahi. Kalau kau nak tahu Marsha ni akan berkahwin tak lama lagi." ucap Liyana separuh menjerit kerana bunyi dentuman muzik tiba-tiba bertukar menjadi kuat.

Jelas raut wajah Aryan bertukar terkejut. "Kahwin? Serious ke ni kau akan kahwin Marsha?"

Marsha mengangguk. Biarlah Aryan tahu yang dia akan berkahwin. Selepas ini, lelaki itu takkan ganggu hidupnya lagi.

"Dengan siapa? Dengan lelaki yang aku jumpa kat mall hari tu ke?"

"Tak kisah lah dengan siapa pun. Dah lah, aku nak pergi menari. Best juga lagu ni." Marsha menuju ke arah orang ramai yang sedang leka menari. Dia pun mula menari tak ingat dunia. Tak lama lagi dia bakal menjadi isteri seorang ustaz. Dia tidak pasti sama ada selepas ini dia masih ada kesempatan untuk berhibur seperti ini.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now