Bab 34

6.7K 383 107
                                    

DUA tahun kemudian.

"Mii... Nak chuchu..."

"Eh, bukan Khaulah baru minum chuchu tadi? Tak puas lagi minum?"

Khaulah menggeleng kepala.

"Kuatnya anak umi ni minum susu ya. Patutlah badan debab. Mari sini umi nak peluk sikit. Eeiii geramnya..." Marsha menggomol pipi Khaulah yang tembam. Khaulah ketawa kegelian.

Anaknya sudah mencapai usia dua tahun. Sekejap saja anaknya itu membesar. Tiba-tiba dia teringatkan Arshad. Apa khabar lelaki itu? Sihatkah? Bahagiakah dia sekarang? Langsung dia tak mahu ambil tahu. Takut dia tak kuat. Takut dia akan berpatah balik ke pangkuan lelaki itu.

"Khaulah... Nanti Khaulah dah besar jadi anak yang solehah ya. Jangan nakal macam umi tau." Marsha mencuit hidung Khaulah.

"Umiii... Nak chuchu..." Khaulah merengek manja.

"Iya lah... Sekejap umi buat. Khaulah main kat sini dulu. Jangan pergi mana-mana." Khaulah hanya mengangguk. Kemudian dia bermain dengan anak patung beruang di tangannya.

Tak berapa lama kemudian, rakan serumah Marsha iaitu Azmiya pulang dari kerja.

"Assalamualaikum... Hai Khaulah..." Azmiya menyapa Khaulah yang sedang bermain di ruang tamu rumah.

"Hai," ucap Khaulah pendek. Azmiya mencium pipi tembam Khaulah.

"Umi Khaulah mana?"

"Cana..." Khaulah menunjuk ke arah dapur.

"Khaulah, umi ada belikan Khaulah hadiah tak hari ni?"

Khaulah menggeleng. Keningnya berkerut.

"Eh awak dah balik rupanya. Tak perasan pula saya." Marsha melangkah menghampiri Azmiya sambil tangannya menggoncang botol susu Khaulah.

"Sha, saya nak tanya. Awak lupa ke hari ni hari apa?"

"Hari ni hari jumaat. Kenapa?"

"Hari ni birthday Khaulah la Sha..."

Marsha menepuk dahi. "Ya Allah, saya lupa lah Miya."

"Sorry sayang... Umi lupa hari jadi awak. Sanah helwah anak umi..." Marsha mencium kedua belah pipi Khaulah. Terkebil-kebil Khaulah memandang Marsha.

"Sannah helwah anak ibu. Ini ibu ada beli kek. Nanti kita makan tau." Kini giliran Azmiya pula mencium pipi Khaulah. Khaulah malas nak ambil tahu kenapa pipinya dicium. Dia pun pelik kadang-kadang, kenapa orang suka sangat cium pipinya. Tahulah dia comel. Khaulah terus menghisap botol susunya sambil berbaring di riba Marsha.

"Sha, sampai bila awak nak membesarkan anak awak ni seorang diri?" soal Azmiya.

Marsha tersenyum nipis.

"Entahlah Miya. Saya pun masih belum tahu status saya sekarang ni apa. Samada suami saya dah ceraikan saya atau belum, saya tak tahu. Lagipun saya tak ada niat pun nak kahwin lain. Biarlah masa saja yang akan tentukan."

"Mana boleh macam ni Sha. Awak perlu ada di samping suami awak. Awak tak kesian ke kat dia selama ni? Dah dua tahun, Sha. Dua tahun awak dan Khaulah tinggalkan dia. Macam mana kalau dia bencikan awak sebab tinggalkan dia macam tu je. Tanpa khabar berita. Tak baik Sha buat dia macam tu."

"Saya tak kesah kalau dia nak benci saya. Memang patut dia marah. Tapi, apa pilihan yang saya ada? Ibu mertua saya tak sukakan saya. Lebih baik saya pergi daripada dia asyik sakit hati dengan saya."

"Awak fikir sakit hati ibu mertua awak je. Awak tak fikir sakit hati suami awak. Awak tak fikir ke perasaan dia macam mana?"

Marsha terdiam. Dia tahu dia salah. Dia dah lukakan hati suaminya sendiri. Tapi pada masa yang sama dia tak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain. Kalau dia masih di sisi Arshad, pasti ibu mertuanya mendesak Arshad untuk berkahwin lain.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now