Bab 19

6.8K 358 19
                                    

"CIK...cik okay?"

"Hah? Oh...okay...okay..." Terkebil-kebil Marsha melihat lelaki di depannya.

"Minta maaflah budak kampung sini nakal sikit," kata lelaki tersebut.

"Terima kasih tolong saya halau tiga ekor... Eh, tiga orang tu tadi. Tapi kenapa dia orang tu macam takut je lepas tengok awak datang. Awak ni siapa?" soal Marsha dengan dahi berkerut.

" Saya Ustaz Amirul. Dia orang tu takut dengan saya sebab saya anak tok penghulu kampung ni." Ustaz Amirul tersenyum kecil.

"Oh, anak tok penghulu." Marsha mengangguk faham.

"Okay lah. Saya nak ke masjid ni. Hati-hati ya jalan. Kalau dia orang kacau awak lagi nanti report je pada tok penghulu. Tahu lah tok penghulu nak buat apa pada dia orang," ujar Ustaz Amirul.

"Okay... Terima kasih ya pasal tadi." Sekali lagi Marsha mengucapkan terima kasih.

"Sama-sama. Assalamualaikum," ucap Ustaz Amirul sebelum mereka berpisah.

"Waalaikumusalam," balas Marsha sambil tersenyum.

'Handsome memang handsome. Tapi handsome lagi suami aku... Ehekk.' Marsha tersengih sendiri.

ALLAHU Akhbar... Allahu Akhbar...

Kedengaran bunyi azan zohor dilaungkan dari Masjid berdekatan rumah Opah Som.

"Sedapnya suara tukang azan ni Opah Som," kata Marsha.

"Ni macam suara Ustaz Amirul," balas Opah Som.

"Uztaz Amirul?" Marsha menjungkit kening.

"Ustaz Amirul ni anak ketua kampung di sini."

"Oh... Marsha baru je terserempak dengan dia sewaktu belikan lauk tengahari," beritahu Marsha.

"Oh, kamu ada berjumpa dia ke?"

"Haah. Tadi ada tiga ekor tenuk ganggu Marsha masa on the way balik rumah, lepas tu Ustaz Amirul tolong halaukan tenuk-tenuk tu."

"Selama Opah Som duduk sini jarang Opah Som jumpa tenuk kat kampung ni." Opah Som berkerut dahi.

"Ada Opah Som. Tenuk tu besar. Tiga ekor pula tu." Marsha bercerita dengan penuh gaya.

"Macam-macam lah kamu ni. Dah tolong pimpin opah ke bilik air. Opah nak ambil wuduk."

"Okay jom..." Marsha membantu Opah Som berjalan ke bilik air.

"JONGSUK...." Marsha melaung nama Jongsuk.

"Jongsuk... where are you going?" Marsha menggaru kepala. Mana pula perginya kucing kesayangannya pergi. Selalunya Jongsuk bermain di dalam rumah saja. Kali ini Jongsuk sudah berani keluar rumah pula.

Marsha mencari Jongsuk di merata tempat. Masih tak jumpa.

"Jongsuk... janganlah bergurau. Jongsuk sembunyi kat mana ni?" Marsha mula rasa nak menangis. Susah hati bila Jongsuk hilang. Perlahan-lahan air matanya mula menitis. Teresak-esak dia menangis kerana sudah puas mencari Jongsuk merata tempat.

"Kak Cha... kenapa nangis?" soal Thaqif yang baru muncul di situ. Pelik dia melihat Marsha menangis seperti anak kecil di tepi tangga.

"Jongsuk Kak Cha hilang... Thaqif ada nampak Jongsuk tak?"

Thaqif menggeleng.

"Jom ikut Thaqif... kita cari sama-sama." Thaqif menarik tangan Marsha.

Marsha dan Thaqif mencari di sepanjang jalan kampung. Mungkin Jongsuk tersesat di jalan.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now