Bab 28

5.9K 382 22
                                    

PUAN Rozita masih lagi tidak berpuas hati membuli Marsha. Setiap kali dia menyuruh Marsha melakukan kerja, Marsha turutkan saja tanpa mengeluh atau marah.

"Apa lagi yang aku kena buat untuk buat dia marah ya?" Puan Rozita berjalan ulang-alik di ruang tamu. Tiba-tiba dia terdengar bunyi suara Jongsuk mengiau kerana lapar. Puan Rozita menuju ke arah sangkar kucing yang berada di luar rumah.

"Aku rasa dengan cara ini saja dia boleh marah aku." Puan Rozita mengeluarkan Jongsuk dari sangkar lalu dia bawa Jongsuk masuk ke dalam kereta. Dia ingin membawa Jongsuk ke pasar lalu dia akan tinggalkan Jongsuk di situ.

"Mesti perempuan tu mengamuk bila dia tahu aku lepaskan kucing dia." Puan Rozita tersenyum sinis.

Marsha di rumah pula sudah gelabah apabila mendapati Jongsuk tiada di dalam sangkar. Dia baru teringat untuk memberi makanan kepada kucing kesayangannya. Terkejut dia apabila mendapati pintu sangkar tersebut terbuka luas. Puas dia mencari Jongsuk di sekeliling rumah, tapi tetap tak jumpa.

"Ibu ada nampak Jongsuk tak?"

"Jongsuk?"

"Kucing Marsha. Rasanya malam tadi Marsha dah kunci pintu sangkar tu. Tapi macam mana pintu tu boleh terbuka pula?" Marsha menggaru kepala. Dia buntu mahu mencari Jongsuk di mana.

"Oh... Kucing kau tu ke? Aku dah buang dia dekat pasar. Aku rasa dia lebih suka tinggal bebas di luar sana daripada kena kurung dalam sangkar tu."

"Ibu buanggg?"

Puan Rozita mengangguk selamba.

"Dekat pasar mana?"

"Pasar yang dekat simpang tu..."

Tanpa menunggu lama Marsha terus bersiap untuk keluar mencari Jongsuk.

"Kau nak pergi mana tu? Kerja rumah ni siapa nak buat?" Puan Rozita melaung dari jauh apabila melihat Marsha sudah menuju pintu rumah untuk keluar.

Marsha hanya memekakkan telinga. Rasa geram membuak-buak di hatinya tapi dia tetap bersabar. Tak guna pun kalau nak marah wanita tua itu. Bukannya dapat kembalikan Jongsuk semula.

Puan Rozita menghenyakkan punggung di sofa dan tangan disilangkan ke dada. Dia mendengus. Pelik dia dengan Marsha.

"Kenapa kau tak marah aku Marsha? Apa lagi aku perlu buat untuk kau marah?" Puan Rozita buntu.

.

"Mak cik, ada nampak tak kucing saya bulunya warna kelabu. Saiz badannya lebih kurang besar ni." Marsha puas bertanya kepada peniaga di pasar tersebut. Pasti Jongsuk kelaparan sekarang. Air mata Marsha mula mengalir. Marsha menangis sambil mencari Jongsuk. Dia sudah penat mencari Jongsuk di merata tempat. Masih juga tidak jumpa. Sudahlah dengan keadaannya yang sedang berbadan dua, lagi mudah penat berjalan.

"Jongsuk... Maafkan kakak. Kakak tak dapat jaga Jongsuk dengan baik. Jongsuk di mana ni?" Marsha menerkup mukanya. Dia sedang duduk di atas tembok batu di tepi jalan. Dia berdoa semoga Allah pertemukan semula dia dengan Jongsuk.

"Miau... Miau..." Tiba-tiba Marsha terdengar suara kucing di sebelahnya.

"Jongsukkkk." Marsha memeluk Jongsuk.

"Jongsuk pergi mana? Kenapa Jongsuk tinggalkan kakak?"

"Miauu...Miauuu."

"Ibu bawa Jongsuk ke sini ya? Jongsuk dah makan?" Marsha meletakkan Jongsuk di ribanya. Kemudian dia mengeluarkan sebekas makanan kucing yang dia bawa dari rumah. Dia memberi Jongsuk makan terlebih dahulu. Jongsuk makan dengan lahap sekali. Syukur dia dapat dipertemukan dengan Jongsuk semula.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now