Sambungan kepada Green Tea Pengikat Kasih (Ebook Percuma) Haqiemi Arfie yang sentiasa tenang kini merupakan seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Hazierah Ariesha merupakan pemilik kafe yang berkonsepkan buku dan kafe. Masih tinggal bersama keluarga Haqiemi tetapi tidak bergantung sepenuhnya dengan mereka. Ikatan pertunangan mereka yang makin hari makin goyah kerana sikap Haqiemi yang seperti tidak mengambil tahu tentang persiapan perkahwinan mereka. Kehadiran orang ketiga juga sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran Hazierah untuk meneruskan pertunangan mereka atau memutuskan sahaja ikatan itu di tengah jalan. "Ikhlas ke awak nak kahwini saya?" - Hazierah Ariesha. "Aku akan buat apa sahaja untuk buktikan yang aku ikhlas untuk memiliki kau." - Haqiemi Arfie Haqiemi Arfie dan Hazierah Ariesha Mula: 02/03/2024 (6:05p.m) Tamat: