Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Safiyyah ketika mereka bertemu di library universiti di tempat mereka belajar. " sorang je ke?" - Zulfan Iskandar " ada nampak malaikat ke sebelah saya? ke nampak qarin saya?" balas Safiyyah sarkastik. Takdir mempertemukan mereka apabila kelas mereka disatukan oleh pensyarah. " siapa cakap saya setuju nak satu group dengan awak?" - Nur Safiyyah " saya tak selesa nak satu group dengan orang yang rebut-rebutkan saya. Lagipun saya kenal awak sorang je, Safiyyah." - Zulfan Iskandar hampir 6 bulan mengenal hati budi masing-masing, Zulfan mengikatnya dengan tali pertunangan. " saya cintakan awak, Safiyyah." - Zulfan Iskandar " awak akan jadi lelaki pertama dan terakhir dalam hidup saya." - Nur Safiyyah Kerana masa depan, Safiyyah menyambung pengajiannya ke luar negara walaupun hatinya berat ingin meninggalkan Zulfan di Malaysia. " jaga diri baik-baik kat sini, Zulfan. Saya akan tunggu awak selama mana saya mampu. - Nur Safiyyah " tak boleh ke sambung dalam Malaysia je?" - Zulfan Iskandar Sepanjang tiga tahun, mereka hanya menjalinkan hubungan melalui telefon dan tiada konflik yang berlaku di antara mereka. " selamat hari raya, tunang saya." - Zulfan Iskandar " selamat hari raya, Zulfan Iskandar." - Nur Safiyyah Akhirnya, rindu yang tersimpan selama 3 tahun akan berakhir apabila Safiyyah berjaya menamatkan pengajiannya di luar negara. " mama, Zulfan mana? dia tak ikut sekali?" - Nur Safiyyah " zulfan...zulfan.." " Zulfan apa, ma?" desak Safiyyah " zulfan..dia kahwin harini dik." Kakinya melutut lemah mendengar khabar berita itu dari ahli keluarganya. " mama, ni prank kan? Zulfan tunang adik, ma. Takkan dia nak kahwin dengan orang lain." dia enggan percaya. Tuhan, Aku Mahu Dia.