TAMD 30

1.3K 52 1
                                    

" macam mana?" soal Zulfan tiba-tiba. Usai saja aku dengan Najwa makan tadi, tiba-tiba along bagitahu Zulfan nak jumpa aku. aku bersyukur dia panggil, boleh la mengelak dari jawab soalan-soalan makcik bawang kat dapur tu.

" macam mana apa?" aku tanya balik. Tiba-tiba macam mana. Macam mana apanya dia tak faham.

" macam mana rasa jadi tunang saya?" usik Zulfan. Jarak diantara mereka didekatkan. Badannya menunduk sedikit menyamai paras ketinggian Safiyyah.

" rasa apanya, baru je tunang 2 minit lepas." balas aku laju. Aku sembunyi senyum bila Zulfan tanya soalan macam tu. Walaupun soalan dia nampak biasa je, tapi dia rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut dia ketika ni.

" tapi saya dah rasa happy walaupun baru je 2 minit. Macam mana ni?" Zulfan betul-betul memaksudkan kata-katanya walaupun terdengar macam tengah mengayat.

" dah la, malas saya nak layan awak ni. Ada apa panggil saya ni?" aku tukar topik. Kalau melayan perangai Zulfan ni silap hari bulan dia pulak yang jadi gila nanti.

" jom tangkap gambar? Saya nak ada gambar kita tunang. Lagipun dalam rumah tu ada dah pelamin." ajak Zulfan.

" saya mana ada upah photographer." ujarku. Lagipun untuk apa upah photographer, mereka hanya bertunang bukan kahwin lagi pun.

" jangan risau, Haziq kan photographer tak berbayar saya." Zulfan dah bagi cameranya pada Haziq tadi sebab dia tahu Safiyyah mesti tak upah mana-mana photographer sebab dia tak suka sangat bergambar.

" ye lah, jom lah. Orang pun dah ramai yang balik senang lah kita nak shoot gambar." aku setuju. Sayang jugak kalau dia tak ada gambar waktu mereka bertunang. Nanti boleh post dekat story, hahahaha.

" jom." Zulfan mengikut masuk ke dalam rumah. Pada Haziq dia menghantar mesej suruh masuk ke dalam rumah Safiyyah.



" ni ke tunang kamu Safiyyah? tadi masa dia dekat ruang tamu tak berapa nampak sangat mukanya." tegur makcik Kiah, jira sebelah kanan rumah aku.

" ye cik kiah." aku mengiyakan. Senyuman diukir buat wanita separuh abad itu. Dulu aku dengan along selalu ke rumahnya main dengan anak-anaknya. Kami rapat dengan keluarga makcik Kiah. Suaminya pakcik Rahman yang menegur along di ruang tamu tadi.

" segak orangnya kalah menantu cik kiah." puji makcik Kiah dengan mata memandang Zulfan atas bawah.

" semua anugerah Tuhan, kak oi." sampuk mama dari belakang. 

" jangan muka ja hensem tapi kurang agama. Esok-esok nak bimbing isteri dengan agama bukan dengan rupa." pesan makcik Kiah. Walaupun terdengar agak pedas tapi kata-katanya ada betul jugak.

" InshaAllah, mak cik. Saya pun masih lagi belajar perbaiki diri saya." balas Zulfan sopan.

" baguih la. Makcik bukan nak perli tapi tu lah hakikatnya. Orang muda sekarang bukannya boleh. Semuanya cari muka segak dulu baru nak buat calon pilihan hati. Dia tak tahu lelaki yang dia pilih tu esok bawak neraka ke syurga. Salah pilih ketua, punah keluarga tu." makcik Kiah menyambung tazkirahnya.

" InshaAllah cik Kiah, tunang saya baik orangnya." aku mempertahankan Zulfan. Aku kenal dia macam mana dan aku yakin dengan dia.

" hmm cik Kiah bukan apa. Cik Kiah sayangkan kamu, dah anggap kamu macam anak sendiri dah. Esok-esok si Iskandar ni buat perangai bagitau cik Kiah, cik Kiah debik dia." makcik Kiah tepuk bahu aku dua kali.

" jangan risau cik Kiah, Muiz yang debik dia dulu." along menyampuk perbualan kami.

" haa Muiz. Lama betul tak nampak kamu kat rumah ni. Selalu cik Kiah lepak dengan mama kamu tak pernah nak ada kat rumah. Sejak-sejak dah berkahwin ni, rumah cik Kiah pun dah tak jenguk." 

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now