SLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhara terpaksa menggantikan Si Kakak, Elisha Dayana untuk menutupi rasa malu keluarga besan kerana hilangnya mempelai perempuan di hari pernikahan itu. "Kita buat satu persetujuan, boleh? Oneday, saya pasti yang kakak saya akan cari awak, Mika!" - Elina Dhara Keluarga Dato Affendi terpaksa menganggung malu kerana mempelai perempuan tidak munculkan diri, demi menahan malu mereka memaksa anak gadis kedua dari besannya untuk berkahwin dengan anak lelakinya, Arsyad Mikael yang sangat marah ketika menyedari perempuan yang dia cintai menghilangkan diri dan dia berjanji akan membalas dendam pada Elisha. "Jangan harap yang aku akan layan kau dengan baik, yang aku tahu kau dengan kakak kau tu sama je!" - Arsyad Mikael